my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

25 December 2011

Gambar Kahwin Ariff Alfian Rosli Dengan Lelaki Gay Dublin

Sumber: Gambar Kahwin Ariff Alfian Rosli Dengan Lelaki Gay Dublin melvister.com 


Lelaki melayu dari Malaysia Ariff Alfian Rosli kahwin dengan Jonathan lelaki gay dari Dublin. Perkahwinan cetus kontroversi apabila lelaki melayu tersebut juga kahwin dalan gereja. Dalam gambar kahwin yang tersebar di laman homoseksual, dia berusia lingkungan 20-an itu memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.












Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat. Laman web yang dipercayai menyokong perkahwinan homoseksual itu telah memuatkan sebanyak 15 keping gambar sepanjang majlis ‘perkahwinan’ itu berlangsung.
Antara yang disiarkan adalah pasangan itu bergambar di dalam kumpulan dan sedang diraikan setelah selesai menjalani proses bergelar ‘suami-isteri’. Terdapat dua keping gambar lelaki warga asing itu sedang bersiap sedia melangsungkan perkahwinan sambil dibantu rakan-rakannya.


Ini kali pertama Ariff Alfian Rosli, bekas pelajar Malaysia di Dublin, Ireland yang tersebar gambar tunjuk dia ' kahwin' dengan sejenis lelaki Mat Saleh  bersuara. Itupun bukan kepada wartawan Malaysia tetapi pada akhbar Irish Times. Dia enggan ulas isu gambar 'kahwin' itu tetapi mendakwa dia tetap beragama Islam akan terus dengan agama Islam sampai ke akhir hayatnya. Dalam pada itu dia menafikan ' tidak dapat dihubungi'. Katanya sekalipun sudah tidak berkomunikasi dengan bapanya tetapi masih berhubung dengan saudara mara lain.

Isu Ariff, 28, dipercayai 'kahwin' sejenis dengan gambar berpakaian lengkap baju Melayu pada majlis itu telah mencetuskan gempar di Malaysia. Bapanya seorang pesara TLDM mendakwa mereka sudah lapan kali ke Dublin tetapi tidak dapat menemui Ariff yang merupakan bekas pelajar perubatan tajaan Petronas. Ariff mengaku dia berseliseh faham dengan bapanya pada tahun 2009 dan selepas itu tidak berhubung dengannya lagi. Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata siasatan akan dibuat berhubung penyebaran gambar di Internet yang mendakwa seorang lelaki Melayu 'berkahwin' dengan lelaki warga asing di luar negara.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...