my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

31 March 2012

Gaji Baru SSM setelah pemansuhan SBPA - Pekeliling Terbaru JPA berkuatkuasa 1hb Januari 2012

Untuk mengetahui gaji terbaru SSM yang berkuatkuasa pada 1.01.2012....sila semak pada link di bawah
Apakah ianya lebih baik daripada SBPA....fikir-fikirkanlah.....



Yang  agak mendukacita ialah aspek mata gaji peringkat maksima...Adakah setelah mencapai mata gaji berkenaan bagi yang masih lama dalam perkhidmatan akan diubah pada gred seterusnya? Ini menjadi persoalan yang perlu kita fikirkan. Ada pro dan kontra. Dalam perkhidmatan pendidikan berlaku perbezaan gaji antara Gred DH dan DM...dimana DM melebihi mata gaji DH.

Bagi Pendidikan ada kenaikan berdasar time based. Ini secara langsung akan melibatkan pada perubahan gaji apabila gred berubah pada katogeri berikutnya. Soalnya sekali lagi menjadi tandatanya...bagaimana ianya akan dilaksanakan. Aliran gaji P1, P2 atau P1, P2 dan P3 masih diguna pakai pada sistem Gaji SSM baru ini. SBPA telah menganjurkan sistem satu aliran gaji sahaja dan ini secara langsung, jika tak silap saya akan mengunjur gaji maksima lebih tinggi dalam sistem SBPA dibanding dengan SSM Baru. Itu saya tak berapa pasti kerana peningkatan 13 % hingga 7% kenaikkan gaji agak telah mengubahkan angka pada gaji SBPA.

Waau bagaimana pun sila perhatikan dengan teliti pada jadual gaji SMM Baru dengan  klik link dibawah:

(Klik link di bawah)
Lihat je: Klik lihat
Download: Klik Muat Turun


Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012

Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan
Di Bawah Sistem Saraan Malaysia




saifulfromslim









30 March 2012

My Lovely Daughter Noratiqah Fasya Birthday - 30th March 2012


Abah and Mak always assumed Noratiqah Fasya as our cute lovely little girl and also…..

4 u Noratiqah Fasya
Girls Hostel MRSM Pasir Salak
Kg Gajah, Perak

Noratiqah Fasya  is a miracle that never ceases to be miraculous...full of beauty and forever beautiful...loving and caring and truly amazing.

Noratiqah Fasya is always like flowers, they fill the world with beauty, and sometimes attract pests.

Before Noratiqah Fasya were conceived I wanted you. Before you were born I loved you. Before you were here an hour I would die for you. This is the miracle of life. 

Noratiqah Fasya is always like sunshine, who fills your life with brightness and warmth.

Noratiqah Fasya is an a angel sent from above to fill our heart with unending love.
Lastly…for all the above quote Abah, Mak and all the family’s wishes you a happy birthday to you…and always hope you will achieve a great succeed in education, living and health…and may Allah s.w.t will always bless you in gaining the truth achievements in the all coming years


 On the due date...31th March create a simple little gathering at the girl hostel compound in MRSM Pasir Salak...Its just a simple gathering in remembering my youngest daughter Noratiqah Fasya (Iqah) 17th Birthday on the 30th March 2012 

















30th March 2012

From Abah, Mak
Saiful Anuar Safian, Kasmah Sumani
Bro n Sis
Mohd Hafizul,
Syafina fasya, Nurulaina Fasya, Suhaifaniza Fasya.
Slim River, Perak

saifulfromslim


29 March 2012

Susahnya nak cari mayat tak berkepala matching dengan badan mayat empunya diri

Semalam cerite pasal orang kena sembelih...hari lain lak...setelah disembelih maka berlaku kesukaran untuk mencari kepala-kepala yang betul matching dengan badan mayat yang telah disembelih ini. Ini bukan lawak tapi betul-betul berlaku. Tajuk entri nie macam lawak je. Tapi sebenarnya...ianya masih berkisar pada kezaliman manusia dizaman yang kononnya tahap ketamadunannya di titik tahap optima...Betul ke? Bagi aku ini semuanya nie bukan kejayaan manusia. Sebenar dunia nie dah tua. Penghuninya dah mula nyayok dan tak boleh beza antara sifat kejahilan dan ketamadunan...Itu yang betul....sedang berlaku, manusia sedang menuju kezaman kejahilan dan kehancuran

saifulfromslim @ saiful D Riverian

28 March 2012

Kekejaman manusia, penyembelihan manusia yang dasyat. PERHATIAN: Pada yang berani dan tidak lemah semangat saja dibenar menonton video ini

Manusia telah mula hilang perasaan kemanusiaan sesama manusia
Penyembelihan manusia dilakukan dengan menggunakan peralatan tajam.
Percaya tak selain pisau mereka gunakan chainged saw untuk menyembelih sesama insan
Manusia sudah mula hilang tamadun dan perasaan kasih sayang sesama insan. Tonton....beristigafarlah supaya kita tak tergolong dalam himpunan manusia seperti ini

saifulfromslim @ saiful D Riverian

Saman anwar pada Nalla - satu aktiviti politik era baru...seorang kawan bertanya aku


Salam, sekarang ni...jangan silap sikit je...semua akan ke pengadilan. Pengadilan dunia je le. Menang bukan bererti betul...kekadang ada menang kerana teknikal dan macam lagi le. Kalah bukan bererti salah tp ada sebab lain le tau...mcm saksi yang meragukan...Jd ape guna ke mahkamah ye...mana le tau menang...dan yg pastinya gantian berupa wang....bukan sikit mencecah ratusan juta ringgit. 

Manakala, pengadilan kat akhirat di mahkamah Allah swt...takde error...semua confirm sah dan tepat
saifulfromslim

Anwar fail saman fitnah RM100 juta terhadap Nallakaruppan dan Utusan

26 Mac 2012
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Presiden Parti India Malaysia (MUIP) senator Datuk S. Nallakaruppan berhubung satu kenyataan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Mac lepas. 

Saman itu difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui syarikat guaman Tetuan Daim & Gamany. 

Selain menamakan Nallakaruppan sebagai defendan pertama, Anwar juga menamakan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd sebagai defendan kedua dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan ketiga. 

Dalam saman pemulanya, beliau mendakwa perkataaan-perkataan fitnah seperti yang dinyatakan di dalam laporan itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat untuk memburukkan dan mencemarkan reputasinya sebagai ketua pembangkang serta sebagai seorang ahli politik. 

Anwar menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. 

Beliau memohon satu injunksi bagi menghalang semua defendan dan ejen mereka daripada terus menyatakan ataupun menerbitkan perkataan-perkataan berunsurkan fitnah. - Bernama

25 March 2012

Cuepacs mahu anggota suruhanjaya gaji diumum sebelum 31 Mac 2012. Penambahbaikkan dan syarat-syarat pada gaji SSM baru setelah SBPA dibatal perlu diketahui oleh semua penjawat awam


Cuepacs mahu anggota suruhanjaya gaji diumum sebelum 31 Mac

25 Mac 2012
logo cuepacs
KOTA BHARU Cuepacs hari ini menggesa kerajaan mengumumkan senarai anggota suruhanjaya khas yang dibentuk bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik skim saraan perkhidmatan awam.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, senarai tersebut diharap akan dikemukakan dlm ms terdekat dan selewat-lewatnya 31 Mac ini.
"Perkara ini mula dipersoalkan anggota dari Cuepacs yang sehingga kini ternanti-nanti masa suruhanjaya berkenaan akan bersidang," katanya kepada media pada Seminar Pengurusan Kewangan Penjawat Awam serta Taklimat Penambahbaikan SSM di Dewan Besar Kampus Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian di sini, hari ini.
Seminar itu dirasmikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perjumpaan khas penjawat awam di Putrajaya pada 8 Mac lepas.

Najib juga turut mengumumkan pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan pelaksanaan semula SSM yang ditambah baik, termasuk pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus.

Mengulas perkara itu, Omar yang dipetik Bernama berkata, Cuepacs juga telah bersetuju untuk meletakkan sembilan pegawainya menganggotai suruhanjaya berkenaan yang mampu memberikan cadangan dan pendapat bagi penambahbaikan penjawat awam itu.

"Cuepacs harap penubuhan suruhanjaya ini dapat dilakukan segera dan esok akan diadakan mesyuarat penambahbaikan SSM ini dan jawatankuasa mesyuarat itu akan membuat laporan kepada pihak kerajaan selepas itu," katanya.

Omar berkata draf pekeliling mengenai SSM yang ditambah baik itu akan diteliti di peringkat akhir sebelum diserahkan kepada 1.4 juta penjawat awam seluruh negara secepat mungkin.

"Kita tidak mahu timbul lagi masalah seperti yang berlaku dalam SBPA sehingga ada penjawat awam yang tidak tahu menahu langsung dan ini yang akan kita pastikan tidak akan berlaku," katanya.

Beliau berkata Kelantan adalah negeri yang pertama diberikan taklimat oleh Cuepacs berhubung penambahbaikan SSM itu sebelum ke seluruh negara secara berperingkat.

saifulfromslim

Gaji baru SSM 2012 - Tunggakan gaji 3 bulan dibayar April 2012 ini - kata KSU


22 March 2012

guru kena penyayang

Dalam mesyuarat guru kali kedua pada 19 Mac tahun nie...pengetua aku menyarankan semua guru mesti bersikap penyayang pada semua pelajar. Sekolah tempat aku bekerja sebagai guru adalah sebuah sekolah luar bandar dan pelajarnya terdiri daripada budak kampung, estet, kampung baru dan pekan. Pasal perangai ada yang baik dan sopan santun dan perangai nakal serta katogeri jahat boleh dikatakan banyak juga. Kenyataan boss aku nie ada betulnya juga tapi yang mempertikaikannya banyak juga.

Hari ini aku masuk kelas, dan umumkan keputusan ujian selaras 1 pada kelas tingkatan 3 ranking 3. Budak dalam kelas boleh dikatakan average je...Semua lulus melainkan seorang gagal dan seorang lagi tak hadir. Budak nie memang sejak bukak sekolah pada sesi persekolahan tahun 2012...nie dah banyak kali tak datang. Yang aku geram pada dia nie...sebab ade je alasan dia beri. Rase nak marah memang sentiasa ada pada budak nie...kerana asyik ponteng je sehingga masa ujian pun dia ponteng.

Aku pun panggil budak nie...ke depan. Memang tujuan aku nak marah. Tapi tibe-tibe ingat kate-kate pengetua yang mahukan semua guru-guru tunjukkan sifat penyayang pada pelajar-pelajar sekolah nie. Aku panggil le budak nie...tapi kali nie dengan lembut. Budak tu agak terperanjat kerana selalunya aku marah dan kasar memanggilnya. Dia datang dengan tersenyum dan dari riak rupa macam seronok je. Maklum le tak kena marah. Dengan lembut aku bertanya, ' Kenape tak datang ujian hari tu Zamir?' Dia tunduk sambil menggarukan kepalanya...sedang berfikir alasan yang nak diberi. Tibe-tibe dia berkata, ' Saya tak sihat le cikgu '. Ye ke Zamir. Terperanjat beruk budak nie dengan jawapan aku kerana menyedari seolah-seolah aku terima alasan yang diberi dengan mudah dan tidak seperti sebelum ini. Zamir senyum sambil merenung kawan-kawannya dalam kelas seolah-olah rase bangga kerana tak kena marah malah dapat simpati dari cikgu pulak.

Boleh saya duduk cikgu? Dia bertanya aku...Dengan lembut aku bertanya, 'Zamir awak sakit ape...kesian awak.'  Malas  nak cakap cikgu...sebab mesti cikgu tak percaya punye. Saya sebenar kena buatan orang cikgu...sebab ramai orang kat kampung dengki kat saya dan keluarga saya. Aku geram dengan alasan penipu budak nie...tapi kerana nak bersikap penyayang, aku terus bertanya, "Zamir sekarang awak dah sihat ke?" Sekarang semua ok...cikgu kerana saya nie ada pendinding yang kuat. Celaka punya budak dah le penipu..dan sekarang nak tambah lagi kelentongnya pulak dengan cakap besar pulak...aku tak tunjuk marah padanya...tapi ikutkan hati rasa nak sekeh je kepalanya.

Semua dengar sini, aku tujukan pada semua pelajar dalam kelas. Mulai hari ini awak semua mesti bersimpati dengan Zamir kerana dia terkena penyakit buatan orang. Awak mesti tolong dia jika ada kesukaran kerana dia nie tak begitu sihat. Semua pelajar terdiam dan rasa hairan kerana aku bersimpati pada Zamir. Mereka nie semua tahu Zamir nie...memang pandai menipu dan paling pemalas. Semua pelajar dalam kelas jelas tak berpuas hati dengan simpati aku pada Zamir. Rungutan kecil dikalangan rakan kelas jelas kedengaran kerana tak berpuas hati kerana berpihak berlebihan pada Zamir dengan tuturbahasa yang lembut. Ginie semua...kesian Zamir walau pun dia seorang pelajar lelaki yang gagah...masih terkena sakit buatan orang. Sebagai makluman semua awak semua mesti tolong dia kerana dia dah berbadan dua kerana kena buatan orang. Untuk lebih jelas lagi sebagai makluman semua kita tak lama lagi akan dapat adik kerana Zamir mengandung. Satu kelas bising dengan pekikan dan ketawa...dan Zamir terus beredar ketempat duduk dan menangis kerana terlalu malu....atau terlalu sakit hati ataupun terlalu marah.
- saifulfromslim -

p/s: ini adalah paparan cerite benar ok

17 March 2012

Bunuh isteri hamil dua bulan guna pisau


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai membunuh isterinya yang sedang hamil dua bulan dengan menikam seluruh badan menggunakan pisau, masih sempat menghubungi rakannya meminta datang ke rumahnya untuk melihat isteri yang baru dibunuhnya dalam kejadian di Pangsapuri Permai, Sungai Besi, di sini, petang semalam. 

Malah, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, suspek yang bekerja sebagai penjaga tempat letak kereta berusia 42 tahun itu dikatakan membalut isterinya, Ruzila Sabtu, 27, yang terlentang berlumuran darah di ruang tamu dengan plastik.

Sebaik selesai membalut isterinya, suspek dikatakan menghubungi rakannya memaklumkan dia sudah membunuh mangsa dan memintanya datang melihat mayat isterinya.

Rakan mangsa yang terkejut sebaik menerima panggilan daripada suspek terus bergegas ke lokasi kejadian dan memintanya membuka pintu sebelum terkedu apabila melihat sekujur badan di ruang tamu yang dibalut dengan plastik dan suspek sedang menangis di tepi mayat isterinya.

Pasangan suami isteri yang berasal dari Melaka itu baru berkahwin setahun lalu dan isterinya yang bekerja sebagai kerani kewangan dipercayai sedang mengandung dua bulan.

Rakan suspek yang enggan identiti dikenali berkata, dia menerima panggilan kira-kira jam 6 petang daripada suspek yang memaklumkan baru selesai membunuh isterinya.
"Saya amat terkejut dan terus bergegas ke rumah rakannya sebelum terkejut melihat sekujur mayat yang dibalut dengan plastik terbaring di ruang tamu.

"Ketika itu, suami mangsa tidak mampu bercakap dan hanya menangis di sebelah mayat isterinya. Saya terus menghubungi polis memaklumkan kejadian itu," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh, berkata suami mangsa ditahan polis untuk siasatan lanjut dan pemeriksaan di lokasi kejadian menemui sebilah pisau dipercayai digunakan suspek.

Katanya, pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati terdapat beberapa kesan tikaman dan siasatan awal polis mendapati kes berpunca akibat perselisihan faham.



Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@bharian.com.my
2012/03/17


16 March 2012

KENAPA - Adalah lebih baik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membubarkan parlimen selepas 11 April 2012

Salam, bagi aku memang ada betul pembubaran patut dibuat selepas 11 April 2012. Biasalah, di negara puak-puak yang asyik suka,  sikit-sikit bawa perkara ke mahkamah. Andainya betul le boleh parlimen dibubar sebelum tarikh pertabalan DYMM YDA...tapi mesti ada isu itu ini  dan sengaja ditohmahkan. Akhirnya dibawa ke mahkamah. Jika kalah...mesti ada tuduhan kononnya konspirasi kerajaan le...kalau menang, besar le kepala orang tertentu yang mengatakan mereka lebih bijak daripada kerajaan dalam menentukan kejelasan undang-undang dan perlembagaan negara. Tapi bagi aku elok je dibuat selepas 11 April...dah tentu tiada pertikaian, mensia-sia masa berdolak dalih mempertikaikan perkara yang tak berfaedah dan merugikan dan menyusahkan mahkamah mengendalikan  kerja-kerja tak berfaedah dan menyusahkan banyak pihak. Betul juga kata YDP Dewan rakyat ini...buat je tapi yang penting selepas 11 April....



KUALA LUMPUR: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, adalah lebih baik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menasihatkan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah supaya membubarkan Parlimen selepas istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda disempurnakan 11 April depan.

Beliau berkata, ia penting supaya tidak timbul sebarang persoalan atau dicabar di mahkamah kelak mengenai kesahihan pembubaran itu. “Banyak tafsiran undang-undang mengenai perkara ini. Seri Paduka bersemayam di takhta sekarang kerana perkhidmatan Agong yang lalu sudah tamat. “Ada yang berpendapat apabila Agong belum ditabalkan, jadi tak boleh bubar Parlimen. Pada saya ini adalah pandangan peribadi,” katanya di sini, semalam.


Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 13 Disember lalu menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat pemerintahan pada 11 November 2011.

Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz, berkata pertabalan Yang di-Pertuan Agong adalah satu formaliti dalam proses peralihan kuasa ketua negara. Beliau berpendapat apabila Yang di-Pertuan Agong baru sudah dilantik dan menduduki takhta berkenaan, satu penyerahan kuasa sudah berlaku. “Sekiranya tidak, Agong yang baru dilantik tidak boleh berada di situ dan tidak boleh digelar Yang di-Pertuan Agong.

“Berkenaan sama ada Perdana Menteri boleh menasihatkan Agong untuk membubarkan (Parlimen), itu tidak timbul masalah,” katanya. Pembubaran Parlimen sebelum Yang di-Pertuan Agong ditabalkan tidak pernah berlaku sebelum ini, kata Shamrahayu. – BERNAMA
saifulfromslim

15 March 2012

Hukum menyokong golongan Yahudi


Hukum menyokong golongan Yahudi
FATHUL BARI 

Israel diambil daripada istilah Bani Israel yang merujuk kepada keluarga Nabi Yaakub. Oleh yang demikian, umat Islam harus hati-hati menggunakan istilah Israel atau ketika mahu mengutuk negara Israel. Dalam kalangan Bani Israel itu ada yang kufur dan mereka inilah digelar sebagai Yahudi.

Syaikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan Alu Salman menuliskan dalam kitab beliau; “Penamaan ini, iaitu menamakan Yahudi dengan nama Israel merupakan kemungkaran. Ia telah meluas di tengah masyarakat di negara Muslim, sebuah perkataan yang berkonotasi celaan “Israil melakukan ini dan itu, dan akan melakukan tindakan ini dan itu”, padahal Israel itu, merupakan salah seorang Rasul ALLAH (utusan ALLAH), iaitu Nabi Yaakub a.s.

Beliau, sama sekali tidak memiliki hubungan apa pun dengan negara yang suka berbuat makar dan keji ini. Antara para Nabi dan Rasul, sama sekali tidak ada saling waris-mewarisi dengan orang-orang kafir, musuh mereka. Yahudi, sama sekali tidak memiliki hubungan din (agama) dengan Nabi ALLAH, Israel.” (lihat: di catatan kaki kitab As-Salafiyun wa Qadhiyatu Filasthina, Markaz Baitul Maqdis, 1423H, hal12-13)

Perlu diimbas semula, suatu ketika dahulu ALLAH memuliakan Bani Israil. Ini dapat kita lihat dalam beberapa ayat al-Quran. Para Nabi paling ramai dibangkitkan daripada kaum Bani Israil seperti Nabi Yaakub, Nabi Yusuf, Nabu Musa, Nabi Isa, Nabi Dawud, Nabi Sulaiman a.s dan ramai lagi.

Namun perlu disebutkan juga, jahatnya bangsa Yahudi ini sehingga mereka semua berbuat jahat terhadap Nabi-nabi yang ALLAH utus. Nabi mereka didustai, dihalau, ditolak dakwahnya, bahkan ada yang dibunuh.

Justeru kita melihat ALLAH secara tegas menyebutkan sifat mereka dalam al-Quran; “Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redha dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka...” (Surah al-Baqarah, ayat 120)

Berikutan itulah kita lihat sikap dan usaha pihak Yahudi dan Nasrani yang sangat degil, keras kepala dan berhati batu terhadap umat Islam. Walhal ALLAH awal-awal lagi sudah memperincikan sikap dan tabiat mereka.

Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a, Rasulullah bersabda; “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.”

Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang Engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (Riwayat Muslim)
Hadis ini mengesahkan realiti yang berlaku hari ini. Umat Islam begitu mudah mengikut rentak orang Yahudi dan Nasrani. Nabi memberi isyarat ini, iaitu berhati-hati dengan kaum yang dimurkai oleh ALLAH itu.

Walaupun secara zahirnya seperti orang Yahudi ini mahu memberikan hak-hak kepada penduduk Palestin dan tidak mahu menyerang lagi, tidak bermakna kita boleh sokong atau mengadakan hubungan diplomatik bersama mereka. Bahkan ia bertentangan dengan apa diwasiatkan Nabi untuk sentiasa menyelisihi mereka.

Namun, mantan Mufti Arab Saudi Syaikh Abdul Aziz bin Baz pernah menimbulkan polemik dan kontroversi apabila beliau berfatwa supaya penduduk Palestin mengadakan perdamaian dengan Yahudi. Bagaimanapun jika dibaca dan diteliti fatwa beliau secara penuh, beliau rahimahullah membawakan justifikasi dan rasional fatwa tersebut. Yakni tatkala pihak Yahudi dilengkapi dengan kereta kebal, peluru berpandu dan alatan yang canggih, tatkala itu penduduk Palestin hanya memiliki lastik dan batu sebagai senjata.

Berkonfrontasi dan perang dalam situasi demikian merupakan suatu tindakan yang tidak bijak. Ini jelas tidak menepati perintah ALLAH supaya menyiapkan kekuatan sebelum berperang,
“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan apa saja kekuatan yang kamu sanggup dan dan kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh.” (Surah al-Anfal, ayat 60)

Justeru, Syaikh Bin Baz mengeluarkan fatwa supaya berdamai buat seketika. Damai dalam erti kata bukanlah menyokong dan meredhai tindakan mereka. Sebaliknya damai dalam maksud tidak mengganggu mereka dan angkat senjata sementara. Ini persis dilakukan oleh Nabi dalam perjanjian Hudaibiyah.

Namun sekali lagi ditegaskan, jangan memberi sokongan kepada Yahudi walau atas alasan apa sekalipun. Memadai kita tuntut Yahudi mengembalikan hak-hak rakyat Palestin yang mereka rampas.

11 March 2012

JALAN Slim River-Tanjung Malim ini merupakan lebuh raya bertol terawal di Malaysia, dibuka pada 1966.


Menyingkap sejarah lebuh raya


JALAN Slim River-Tanjung Malim ini merupakan lebuh raya bertol terawal di Malaysia, dibuka pada 1966. Laluan sepanjang 33 kilometer ini kemudian ditukar status menjadi jalan persekutuan pada 1994, sekali gus memansuhkan bayaran tol 50 sen hingga RM2. Di kanan jalan ialah Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) yang dikekalkan.


SEJARAH pembinaan jalan raya negara bermula pada tahun 1860 apabila Orang Besar Jajahan Hilir Perak, Tengku Menteri Ngah Ibrahim membina jalan pertama menggunakan kayu balak yang diikat dengan rotan.
Jalan tersebut dibina bagi mengangkut bijih timah dari lombong di Kamunting ke jeti Teluk Kertang (kini Kuala Sepetang), Perak.
Jalan kedua pula dipercayai dibina oleh pekerja lombong bijih timah dari Ampang ke Kuala Lumpur.
Pembinaan jalan raya di negara ini hanya berkembang pesat selepas kemasukan British.
Selain mempunyai teknologi dan kepakaran dalam membina jalan raya, perkembangan pesat itu turut didorong oleh pertumbuhan industri bijih timah.
Faktor lain jalan raya banyak dibina bertujuan memudahkan British mentadbir negeri-negeri di bawah pemerintahannya terutama Negeri-Negeri Selat.
Disebabkan itu, banyak kemudahan jalan raya dan pengangkutan awal dibina di negeri tersebut sebelum diperluaskan ke negeri-negeri lain.
Setelah merdeka, sistem jaringan jalan raya terus berkembang bagi menghubungkan lebih banyak kawasan.
Jalan-jalan tersebut kemudiannya dirujuk sebagai Jalan Persekutuan yang mempunyai satu lorong.
Jalan dua lorong pertama pula dibina di Jalan Gasing dan Jalan Universiti di Petaling Jaya sebelum Lebuh Raya Persekutuan yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Klang dibina.
Mungkin ramai berpendapat Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) merupakan lebuh raya bertol pertama negara.
Pendapat itu tidak tepat kerana lebuh raya bertol pertama negara terletak di antara Slim River ke Tanjung Malim, Perak sebelum PLUS dibuka sepenuhnya pada tahun 1994.
Wartawan S2, MUHAMAD AMIRUL AFIQ MASTOR dan jurugambar MUHAMAD IQBAL ROSLI, FAUZI BAHARUDIN, MOHD. NAIM AZIZ dan MOHD. NOOR AMIN menyingkap sejarah pembinaan lebuh raya negara dalam memastikan jaringan pengangkutan darat bergerak lancar.
Kini terdapat lebih 29 buah lebuh raya di seluruh negara termasuk di ibu negara yang memberikan kemudahan, keselesaan dan penjimatan masa kepada pengguna.

Shahrizat Abdul Jalil said she will resign as minister of women, family and community on April 8 once her term as senator ends.


KUALA LUMPUR, Malaysia (AP) — A Malaysian minister said Sunday she will step down amid accusations that her family misused a 250 million ringgit ($83 million) government loan meant for a cattle project to purchase condominiums, vacations and a Mercedes.
The scandal, dubbed "Cowgate," has greatly embarrassed Prime Minister Najib Razak ahead of general elections widely expected to be called by June.
After months of resisting calls from critics to step down, Shahrizat Abdul Jalil said she will resign as minister of women, family and community on April 8 once her term as senator ends.
Shahrizat said her decision had nothing to do with the cattle project run by her husband and three children but that she is stepping down as a "responsible member of the government." She will, however, stay on as chief of the women's wing of the ruling Malay party.
The scandal emerged last year after the auditor-general's annual report said the National Feedlot Center run by Shahrizat's family had not met its goal of making the country 40 percent self-sufficient in beef production by 2010.
Since then, opposition parties have accused the company of using a government loan allocated for cattle rearing to purchase property including luxury condominiums in Malaysia and Singapore and other personal items. Shahrizat's family has denied any wrongdoing, saying the company was allowed to use the loan at its discretion and that the properties would earn it rental income.
Police have recommended that the company's directors be charged with criminal breach of trust but the attorney-general has asked police to conduct further investigations.
Najib said Shahrizat's resignation was a sacrifice in the interest of the government and party.
"Although there is no proof so far that she had committed any offense in terms of law, because the (project) has drawn controversy and dispute, she was willing to withdraw from the government," the national Bernama news agency quoted him as saying.
Analysts said Shahrizat's resignation wasn't surprising as Najib isn't likely to renew her senatorship.
"Cowgate is a big blow to Najib as it shows he is slow to act on allegations of high-level corruption," said James Chin, a political science lecturer at Monash University in Malaysia.
Najib's National Front coalition suffered its worst performance in 2008 polls, losing more than a third of Parliament's seats to a resurgent opposition amid widespread discontent over the government's handling of problems such as corruption and racial discrimination.
While the ruling coalition isn't expected to lose power in upcoming polls, scandals such as Cowgate make it tougher for Najib to consolidate his power. General elections are not due until 2013 but are widely expected in the next few months.

10 March 2012


Nuget McDonald dijual RM24,510....di Dakota USA 


  
7 Mac 2012
DAKOTA CITY - Seorang wanita di Nebraska menjual seketul nuget McDonald berusia tiga tahun yang didakwa menyerupai Presiden Pertama Amerika Syarikat, George Washington dengan harga AS$8,100 (RM24,510) di laman lelong dalam talian, eBay.

Rebekah Speight berkata, dia mahu menggunakan wang itu untuk membiayai 50 kanak-kanak ke sebuah kem musim panas di Sioux City.

“Saya hampir membuang nuget tersebut sebelum menyedari ia menyerupai wajah Washington. Ia turut disimpan dalam peti sejuk beku bagi mengelakkannya reput,”menurutnya.

09 March 2012

Jadual Gaji Minimum -Maksimum diperkenalkan menggantikan struktur gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM)


Jadual Gaji Minimum -Maksimum diperkenalkan menggantikan struktur gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jadual gaji yang diubah suai itu menyaksikan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bagi Gred 1 hingga Gred 54 sebanyak RM80 hingga RM320 mengikut gred.

Kadar KGT bagi JUSA dan ke atas kekal menggunakan KGT SSM dengan diberi pelarasan mengikut peratusan yang ditetapkan.
Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Pelaksana

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54. Pelarasan dibuat berdasarkan Jadual Gaji Matriks Sistem Saraan Malaysia (SSM) berikutan pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam hari ini.

Najib mengumumkan perkara tersebut ketika berucap pada majlis perjumpaan khas bersama kira-kira 10,000 penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.

Jadual seperti dibawah:-

Kumpulan Pelaksana Gred 1 - 54 =
 13%
Kumpulan Pengurusan Dan Profesional =
 13%
Kumpulan Gred Utama C,B,A =
 9%
Gred Turus 2 dan 3 =
 8%
Gred Turus 1 dan Ketua Setiausaha Negara = 7 %


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap langkah kerajaan memansuhkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang diumumkan hari ini, akan meredakan rasa tidak puas hati di kalangan 1.4 juta anggota sektor awam.

"Saya harap keputusan ini dapat meredakan ketidakpuasan hati penjawat awam pelbagai peringkat. Bagi isu-isu lain yang berkaitan perkhidmatan dan skim perkhidmatan, perkara ini akan dikaji oleh suruhanjaya yang diumumkan tadi," kata beliau di sini hari ini.

Najib berkata, bagi menjayakan segala perubahan dalam perjalanan menuju matlamat untuk transformasi negara, peranan yang penting terletak di bahu penjawat awam keseluruhannya.

Beliau berkata, SBPA yang diperkenalkan awal tahun ini mengundang keresahan, rasa terkilan dan perasaan tidak puas hati penjawat awam, dan oleh kerana kerajaan semasa adalah kerajaan yang prihatin serta mengenang jasa dan budi, ia mendengar keluh kesah rakyat.

"Kita bukan seperti puak-puak yang belum berjaya membentuk kerajaan sudah mahu membuang kakitangan awam," kata beliau.

Perdana Menteri berkata, sambil menjelaskan bahawa ekoran rasa tidak puas hati itu, kerajaan pada 12 Jan lepas memutuskan supaya SBPA dikaji semula.

Sebuah pasukan petugas yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam TanSri Ismail Adam kemudiannya ditubuhkan dan diberi tempoh tiga bulan untuk meneliti semua aduan serta maklumat balas yang dikemukakan.

Ia diberi tanggungjawab mengemukakan cadangan penyelesaian kepada kerajaan.

Perdana Menteri berkata, sebarang cadangan yang disyorkan oleh suruhanjaya yang dianggotai semua pihak berkepentingan yang bekerja menerusi prinsip musyawarah, perundingan dan permuafakatan itu akan dipertimbang mengikut kemampuan kerajaan.
Katanya, struktur gaji SSM akan diubah suai daripada jadual Gaji Matriks kepada Jadual Gaji Minimum-maksimum dengan kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bagi Gred 1 hingga 54 ditetapkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.

Kadar KGT bagi JUSA dan ke atas pula kekal menggunakan Kenaikan Gaji Tahunan SSM dengan diberikan pelarasan mengikut peratusan yang ditetapkan.

Najib berkata, kerajaan juga bersetuju supaya Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP), dikekal pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.

Bagi guru-guru pula, menurutnya, kerajaan mengekalkan keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan prinsip "time-based" Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti yang diumum dalam Bajet 2012.

 saifulfromslim


06 March 2012

dosa, isteri, suami....iktibar


Cerita nie aku terbaca dari satu blog…dan bagi aku cerita nie terlalu sakit tapi ada sifat yang mengkagumkan bagi seorang yang bergelar ayah atau suami..cerite nya begini:




Saya takkan ampunkan dosa isteri saya

SAYA sering membaca kisah-kisah yang dipaparkan dalam ruangan ini yang banyak mengisahkan kecurangan suami sahaja. Biasanya kaum wanitalah yang sering mengadu tentang keburukan kelakuan, tabiat dan perbuatan sumbang suami masing-masing.
Namun saya tak salahkan mereka kerana mereka yang merasakan penderitaannya tentulah sakit hati dan ingin meluahkan perasaan masing-masing. Mereka tahu cerita mereka menjadi rahsia, dan apa yang tersemat di hati mereka cuma penulis sahaja yang tahu.
Tetapi kali ini saya ingin mencurahkan perasaan saya. Kalau selalunya wanita berasa tertipu dengan suami masing-masing, perasaan saya lebih sakit lagi apabila dikhianati isteri sendiri. Demikian cerita Zain ketika penulis menghubungi beliau setelah membalas e-melnya kerana ingin bertanya lebih lanjut lagi.
Memang terkejut tetapi bukan mustahil boleh berlaku kerana dunia ini pentas dan kita semua adalah pelakonnya.
Apa perasaan puan bila baca cerita saya, terkejut tak? Tentu terkejutkan! Saya rasa bukan saya seorang sahaja suami yang berperasaan demikian. Ada lagi mungkin tidak ramai kaum lelaki yang mempunyai pengalaman pahit seperti yang saya lalui, tetapi mereka suka mendiamkan diri. Dulu saya pun menyimpan perasaan yang sama, tetapi semakin lama kita simpan semakin perit, pedih dan menjadi racun berbisa.
Jadi hari ini saya luahkan kepada puan, pertimbangkanlah. Memang benar zaman ini macam-macam perkara yang kita tak sangka boleh berlaku. Demikian pengalaman pahit yang saya lalui.
Saya bekerja tetap tahun 70-an, oleh kerana saya daripada keluarga susah, ramai adik-beradik, maka saya amat sayangkan kerja. Saya bekerja tak tentu masa kerana terlalu gembira dengan tugas, sesuatu yang saya idam-idamkan
selama ini.
Walaupun saya mendapat tawaran ke U tetapi saya tolak, sebab keluarga miskin, jadi saya berkorban supaya saya boleh bekerja dapat duit, bantu ayah sekolahkan adik-adik. Saya bersyukur semua adik-beradik saya berjaya dalam pelajaran, lulusan U dan semuanya memegang jawatan yang baik juga.
Biarpun saya tidak lulus U tetapi kerana dedikasi dan ketekunan bekerja, saya naik pangkat dan menjawat jawatan yang baik. Ini balasan Allah daripada pengorbanan besar yang saya lakukan demi pelajaran adik-adik saya.
Kerana terlalu sayangkan kerja, saya terlupa usia semakin meningkat dan tak kahwin. Hidup saya cuma rumah dan tempat kerja saja. Sebelum pukul 8 saya dah mula bekerja dan balik pukul 6 petang ada kalanya lewat malam. Dan bila kerja banyak ada kalanya sampai pagi. Hari Ahad dan Sabtu sama saja. Ada satu ketika rutin ini berterusan hingga 114 hari, termasuk hujung minggu dan cuti umum, hingga risau ibu di kampung.
Saya hanya lulus MCE, tetapi nasib menyebelahi saya. Jawatan kerajaan yang dipegang adalah idaman ramai. Pendapatannya lumayan bagi seorang bujang umur 20-an, dapat kereta baru, dan dihormati ramai, tentu glamor juga di mata gadis-gadis.
Tetapi kerana taksub dengan kerja, saya lupa dunia, hiburan dan hidup berkeluarga. Akhirnya ketua jabatan, seorang pengarah merancang konspirasi menjodohkan saya kerana tidak mahu melihat hidup saya habis di pejabat.
Awal tahun 70-an usia dah dekat 30 tahun masih bujang. Di pejabat, saya digelar the most eligible bachelor. Konspirasi mereka menjadi, mereka memaksa saya berkahwin dengan seorang gadis yang boleh dikatakan cantik juga.
Anak ulama daripada keluarga agak tersohor dan dikenali secara peribadi oleh ketua jabatan saya. Hampir setahun berkenalan, akhirnya saya mendirikan rumah tangga dengan Hamizan.
Belum dua tahun berkahwin, Hamizan melahirkan anak, disusuli seorang lagi tiga tahun kemudian dan ketiga, lima tahun kemudian. Dalam pada itu saya dinaikkan pangkat, melayakkan saya menduduki banglo kuarters kerajaan di KL. Saya juga dianugerahkan bintang kebesaran Persekutuan, semua dalam tempoh kurang 13 tahun saya bertugas.
Hamizan bekerja di sebuah badan berkanun. Dia gemar bersukan apa jenis pun dan aktif berpersatuan. Rajin menyertai kegiatan kesenian dan kebudayaan, seperti menari dan berdrama. Kebolehannya ini membawanya ke seluruh negara dan ASEAN dalam misi mengeratkan silaturahim antara badan-badan yang sama antara negara tersebut.
Kerana aktif berpersatuan, dia sering pulang lewat selepas pukul 8 malam dan kadangkala sehingga pukul 10 malam. Saya tidak merasa syak-wasangka kerana kami diketahui ramai sebagai pasangan ideal. Tetap bergurau senda, berpegang tangan semasa berjalan dan tidak kurang menunjukkan affection pada bila-bila masa. Kami saling sayang-menyayangi.
Suatu hari lebih kurang sedekad lalu, seorang hamba Allah menelefon saya dan bertanya mengapa saya biarkan isteri diusung orang merata tempat. Saya jadi bingung kerana selama ini Hamizan tidak menunjukkan sebarang tanda dia curang selain pulang lewat. Sungguhpun saya sangsi cerita pemanggil itu, namun hati saya mula curiga. Saya bawa bertenang, dan tidak terburu-buru menyergah Hamizan. Saya cuba siasat sendiri.
Suatu hari saya pulang pukul 3 pagi, dengan kehendak Allah jua saya ternampak bukti pertama sebuah diari di sebelah Hamizan, ketika itu dia tertidur. Hampir pitam saya bila membelek diari itu. Rupa-rupanya dia keluar masuk hotel dengan teman-teman lelakinya, termasuk orang berpangkat tertinggi di jabatannya, juga berpangkat rendah.
Bila diajukan dengan bukti Hamizan tidak dapat mengelak daripada mengakuinya. Dia menceritakan segala-galanya, termasuk kecurangannya. Mahu saya cekik dia ketika itu. Tapi ingatkan anak-anak dan maruah keluarga, saya mengucap berkali-kali. Ketika itu anak-anak sedang membesar dan pencapaian pelajaran mereka amat menggalakkan. Mengenangkan masa depan mereka, saya tidak bertindak. Kalau dulu saya berkorban untuk adik-beradik, kali ini saya berkorban untuk anak-anak, maruah mereka dan keluarga saya.
Walaupun marah, namun saya beri amaran keras bahawa sekiranya perbuatan ini berulang lagi padahnya amat berat. Dia menangis meminta ampun.
Malangnya pisang berbuah banyak kali. Hamizan mengulangi kegiatannya meskipun tidak lagi pulang lewat. Kali ini saya menemui bukti setelah menerobos masuk ke e-melnya. Kali ini temannya seorang jurutera sebuah syarikat telekomunikasi dan seorang jeneral yang pernah dikenali semasa remaja. Saya tak mahu marah lagi, kerana inilah sifat buruknya yang sebenar. Mulai hari itu antara kami sudah tidak ada apa-apa.
Namun untuk meyakinkannya saya hubungi teman-temannya itu, dan berjaya mendapatkan pengakuan bertulis mereka, ada juga secara lisan. Saya beritahu mereka perbuatan mereka akan ada balasannya, tiada statute of limitation, bermakna balasannya mungkin serta-merta, lepas lima tahun atau 20 tahun, bila-bila saja. Allah maha besar.
Apa yang menghairankan saya, Hamizan bukan anak orang sembarangan, dia anak ulama, pandai mengaji al-Quran kalau berlagu ala qari terkenal Ismail Hashim, baca Yasin setiap malam Jumaat dari dulu sampai sekarang, sembahyang, puasa, termasuk yang sunat, tak pernah tinggal, bertudung, pakaian sopan. Malah kalau berzanji merdu suaranya. Setelah difikirkan baru saya sedar, apa yang dilakukan adalah untuk mengaburi mata saya daripada melihat maksiat dan kecurangan yang dilakukan di luar.
Walaupun saya begitu marah tetapi memukul tidak sekali-kali. Saya bawa bertenang kerana memikirkan anak-anak kami ketika itu sedang membesar. Tetapi sedihnya peristiwa pahit dalam kehidupan saya, belum berakhir. Satu hari anak kedua saya Nuraine yang melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di IPTA pulang bercuti. Sampai di rumah dia terus memeluk saya dengan tangisan. Katanya, dia bukan anak saya. Darah kami berlainan.
Saya terkejut besar. Bila saya tanya mana dia tahu, katanya ketika menderma darah dia dapati jenis darahnya tidak ada persamaan dengan darah saya. Saya langsung tidak terfikir kecurangan Hamizan sampai ke tahap ini.
Hamizan ketika ditanya menafikan, namun ujian darah membuktikan bahawa Nuraine adik-beradik dengan anak-anak saya yang lain, satu emak tetapi lain ayah. Hamizan tetap berdegil tidak mengakui kesahihan ujian tersebut, meskipun saya dapat agak siapa sebenarnya ayah Nuraine.
Malah pernah rakan-rakan sepejabat Hamizan ada mengatakan wajah Nuraine sama seperti salah seorang pegawai tinggi di pejabatnya. Tetapi Hamizan menafikan. Bukan sekali dua wajah Nuraine menjadi pertanyaan ramai, banyak kali.
Hamizan kini masih sebumbung dengan saya, tetapi saya tidak pernah menyentuhnya sejak hampir 10 tahun lalu. Anak-anak tidak menghormatinya lagi. Mereka enggan bertegur sapa, tidak bercakap sopan, kalau bercakap pun dengan kasar, membuatkan Hamizan menangis.
Anak-anak tahu perbuatan keji emak mereka dan tahu pengorbanan saya demi menjaga hati, maruah dan pembelajaran mereka. Anak sulung saya kini star-performer di jabatannya. Nuraine mewakili syarikatnya bertugas di Eropah sementara anak ketiga akan tamat pengajian tidak lama lagi. Inilah pengorbanan saya. Biar hati lebur asal anak-anak bahagia.
Yang penting saya tidak mahu korbankan masa depan mereka dengan sikap saya yang tidak sabar dan mengikutkan rasa saya.
Nuraine hampir setiap hari menelefon saya bertanya khabar. Anak-anak lebih sayangkan saya dan lebih suka berbincang dan berbual dengan saya daripada emak mereka. Inilah sebabnya saya masih tidak menceraikan Hamizan.
Saya tetap tidak mengampunkan Hamizan. Biar dia nazak dan meminta maaf atau saya sedang nazak dan dia sujud menangis meminta ampun, saya tetap tidak akan memaafkannya. Saya tahu Allah Maha Pengampun, Nabi Muhammad juga mengampunkan umatnya. Namun, saya bukan Allah dan saya juga bukan Nabi Muhammad. Saya seorang biasa dan tidak akan melakukan sesuatu untuk menyamai Allah atau Nabi.
Ada saya terbaca bahawa ibadah seseorang isteri tidak diterima Allah sekiranya dia melakukan dosa besar terhadap suaminya dan tidak mendapat pengampunan daripadanya. Jika benar, saya tidak akan mengampunkan apa juga dosa Hamizan. Sungguh saya tidak menyangka kebahagiaan, kesenangan, kesetiaan dan kepercayaan yang saya curahkan kepada dia disia-siakan.
Kalaulah membunuh bukan satu kesalahan dan tidak membawa aib kepada keluarga, sudah lama saya cincang-cincang Hamizan untuk menjadi jamuan anjing-anjing liar di tepi jalan dengan daging busuknya, demikian cerita Zain.
Nampaknya Zain telah melakukan pengorbanan besar bukan sahaja untuk adik-beradiknya, anak-anaknya malah menjaga nama baik dan maruah mentuanya. Namun saya tertanya-tanya apakah Zain sudah bertanya kehendak Hamizan untuk masa depannya? Mungkin dia ingin menjadi burung yang terbang bebas? Kepada pembaca, dapatkah anda pertimbangkan jika mempunyai isteri yang curang seperti ini?


saifulfromslim 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...