my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

16 March 2012

KENAPA - Adalah lebih baik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membubarkan parlimen selepas 11 April 2012

Salam, bagi aku memang ada betul pembubaran patut dibuat selepas 11 April 2012. Biasalah, di negara puak-puak yang asyik suka,  sikit-sikit bawa perkara ke mahkamah. Andainya betul le boleh parlimen dibubar sebelum tarikh pertabalan DYMM YDA...tapi mesti ada isu itu ini  dan sengaja ditohmahkan. Akhirnya dibawa ke mahkamah. Jika kalah...mesti ada tuduhan kononnya konspirasi kerajaan le...kalau menang, besar le kepala orang tertentu yang mengatakan mereka lebih bijak daripada kerajaan dalam menentukan kejelasan undang-undang dan perlembagaan negara. Tapi bagi aku elok je dibuat selepas 11 April...dah tentu tiada pertikaian, mensia-sia masa berdolak dalih mempertikaikan perkara yang tak berfaedah dan merugikan dan menyusahkan mahkamah mengendalikan  kerja-kerja tak berfaedah dan menyusahkan banyak pihak. Betul juga kata YDP Dewan rakyat ini...buat je tapi yang penting selepas 11 April....



KUALA LUMPUR: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, adalah lebih baik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menasihatkan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah supaya membubarkan Parlimen selepas istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda disempurnakan 11 April depan.

Beliau berkata, ia penting supaya tidak timbul sebarang persoalan atau dicabar di mahkamah kelak mengenai kesahihan pembubaran itu. “Banyak tafsiran undang-undang mengenai perkara ini. Seri Paduka bersemayam di takhta sekarang kerana perkhidmatan Agong yang lalu sudah tamat. “Ada yang berpendapat apabila Agong belum ditabalkan, jadi tak boleh bubar Parlimen. Pada saya ini adalah pandangan peribadi,” katanya di sini, semalam.


Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 13 Disember lalu menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat pemerintahan pada 11 November 2011.

Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz, berkata pertabalan Yang di-Pertuan Agong adalah satu formaliti dalam proses peralihan kuasa ketua negara. Beliau berpendapat apabila Yang di-Pertuan Agong baru sudah dilantik dan menduduki takhta berkenaan, satu penyerahan kuasa sudah berlaku. “Sekiranya tidak, Agong yang baru dilantik tidak boleh berada di situ dan tidak boleh digelar Yang di-Pertuan Agong.

“Berkenaan sama ada Perdana Menteri boleh menasihatkan Agong untuk membubarkan (Parlimen), itu tidak timbul masalah,” katanya. Pembubaran Parlimen sebelum Yang di-Pertuan Agong ditabalkan tidak pernah berlaku sebelum ini, kata Shamrahayu. – BERNAMA
saifulfromslim

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...