my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

29 May 2014

ALBUm AkU SempEna LawataN BaRRacK ObaMa HusseiN....PRESIDEN amerika - gaMbar dan yAng BerkaiTan



ALBuM  AkU  SempEna  LawataN  BaRRacK  ObaMa HusseiN ....PRESIDEN  amerika  -  gaMbar dan  yAng  BerkaiTan







Obama tiba untuk lawatan tiga hari - saifulfromslim

SUBANG 26 April - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama tiba kira-kira pukul 4.50 petang di sini hari ini, bagi memulakan lawatan tiga hari ke Malaysia.Ketibaan Obama di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sambut Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.Yang turut hadir menyambut Obama ialah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin serta Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Dr. Awang Adek Husin.Sebelum ini lawatan pemimpin nombar satu dunia itu ke Malaysia ditunda beberapa kali ekoran krisis politik yang menyebabkan pentadbiran kerajaan AS lumpuh.Obama merupakan Presiden AS kedua melawat Malaysia dalam tempoh 50 tahun selepas kali terakhir oleh Presiden Lyndon B. Johnson pada 1966.Lawatan bersejarah itu merupakan sebahagian daripada siri lawatan Obama ke Asia meliputi negara seperti Jepun, Korea Selatan dan Filipina.Kunjungan tersebut membawa makna besar bagi Malaysia kerana ia menggambarkan keyakinan AS terhadap negara ini selain pengiktirafan terhadap kepimpinan Najib.Pada masa yang sama, kesediaan Obama memilih Malaysia juga menunjukkan Washington yakin dengan situasi politik di negara ini yang aman dan harmoni.Sempena lawatan ini, Najib dan Obama dijangka membincangkan kerjasama ekonomi, pelaburan, aspek keselamatan, pertahanan serta sains dan teknologi.Beliau juga dijangka mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan melawat Masjid Negara

'Terima kasih!', kata Presiden Barack Obama
SUBANG: “Terima kasih!”, kata Presiden Barack Obama, menjawab ucapan "Selamat datang Mr President" daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin selaku Menteri Pengiring di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, pada kira-kira 4.50 petang tadi. Perkara itu dikongsi bersama Khairy menerusi laman Twitternya, sebentar tadi. Turut mengiringi Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan juga Duta Besar Malaysia Ke Amerika Syarikat, Datuk Dr Awang Adek Husin - saifulfromslim







Lawatan Obama dijangka tingkat keyakinan komuniti pelabur di Malaysia - Saifulfromslim

2014/04/25 - KUALA LUMPUR: Lawatan Presiden Barack Obama ke Malaysia memberi petanda baik bagi persekitaran perniagaan dan sektor teknologi secara keseluruhannya, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah. "Malaysia adalah sebuah negara perdagangan. Lawatan Presiden Amerika Syarikat itu juga akan meningkatkan keyakinan komuniti melabur (di Malaysia)," katanya. Mohd Irwan berkata demikian kepada pemberita pada program 'Code for Malaysia' Microsoft Malaysia di sini hari ini. Antara yang hadir pada majlis itu ialah Pengarah Urusan Microsoft Malaysia Carlos Lacerda. 







































Obama akan melancarkan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) di Cyberjaya pada Ahad ini - saifulfromslim
Mohd Irwan berkata Obama dijangka bertemu peserta Magic semasa pelancaran pusat berkenaan. Penubuhan MaGIC diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Sidang Kemuncak Keusahawanan Global (GES) di Kuala Lumpur tahun lepas. Pusat ini bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara keusahawanan dinamik dengan membolehkan usahawan tempatan dan antarabangsa memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka. Sementara itu, Lacerda berkata program 'Code for Malaysia' bertujuan mewujudkan generasi baharu usahawan di Malaysia. "Akan terdapat keperluan yang besar untuk pembangunan kod. Dengan inisiatif ini, kami mahu memastikan semua orang mampu untuk membangunkan kod (dengan sendiri)," katanya. Code for Malaysia diilhamkan daripada kejayaan "Hour of Code" Code.org di Amerika Syarikat.Code.org adalah pertubuhan bukan mencari untung yang khusus untuk memperluaskan penyertaan dalam pendidikan Sains Komputer. Microsoft merupakan rakan kongsi pengasas Code.org. Code for Malaysia, yang berlangsung dari 19 hingga 27 April, menyaksikan tiga selebriti tempatan, termasuk ikon belia negara Micheal Teoh, bekerjasama dengan Microsoft dan tiga institusi pengajian. Kerjasama itu memperkenalkan kempen pengekodan kepada pelajar-pelajar semua peringkat umur dan terdiri daripada murid sekolah rendah hingga penuntut universiti. "Bagi minggu ini, kita akan melatih 1,500 kanak-kanak mengenai pengekodan," kata Lacerda. 









PRESIDEN Amerika Syarikat, Barack Obama melawat Masjid Negara, pagi ini - saifulfromslim
KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama tiba di Masjid Negara, di sini bagi lawatan peribadi jam 9.40 pagi tadi.
Ketibaan Obama disambut oleh Iman Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammurut serta dalam rombongan Obama ialah Wakil Khas AS ke Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC), Rashad Hussain.








The Beast -saifulfromslim

The Beast, adalah kenderaan rasmi presiden USA yang amat istimewa. Direka khas  berbeza dengan kereta biasa . Kereta sedan limousine dengan logo Cadillac ini memiliki ruang kabin yang luas mirip dengan Cadillac STS dan DTS.
Limousine mewah ini dibalut dengan berbagai jenis logam kalis peluru, seperti aluminium, titanium, dan material keramik tahan peluru. Bahagian sisi kereta mempunyai kerangka setebal 8 inci, sama tebalnya dengan pintu kabin pesawat Boeing 747.

Tayarnya pula diperbuat daripada serat kevlar yang tahan bocor dan  dilengkapi teknologi run-flat tyre yang boleh meneruskan perjalanan dengan laju meskipun keempat-empat tayar kereta telah pecah.
Di bahagian dalamnya disedaiakan bekalan darah untuk Obama, persediaaan oksigen, kamera night vision. gas pemedih mata serta sejumlah fasiliti lain.













KUALA LUMPUR: Lebih dikenali sebagai "The Beast", Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menaiki kenderaan rasminya sepanjang lawatan ke Malaysia iaitu Cadillac One.Buatan General Motors keluaran 2009, kenderaan itu mempunyai spesifikasi sangat khusus untuk keselamatan presiden itu, juga mempunyai ciri-ciri seolah-olah sebuah kereta kebal.Sepanjang lima meter dan berat lapan tan, "The Beast" dilengkapi pintu kalis peluru setebal 20 cm. Badannya cukup kukuh diperbuat daripada besi keluli, titanium dan seramik.Tayarnya juga kalis bocor dan kerangka kalis letupan melindunginya daripada sebarang bom jalanan. Malah tangki minyak juga diperbuat daripada bahan kalis letupan.Selain itu, The Beast turut dilengkapi senapang "shot-gun" dan kamera penglihatan malam. Ia juga memiliki persediaan oksigen sendiri dan bekalan darah yang sama jenis dengan presiden sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Kenderaan itu boleh memuatkan maksimum 7 orang, termasuk presiden.The Beast, kereta rasmi Obama disifatkan sebagai kenderaan perlindungan yang paling canggih di dunia.



















































Obama tidak merancang untuk bertemu Anwar

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama tidak merancang  untuk bertemu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu kunjungannya ke Kuala Lumpur minggu hadapan.Namun demikian pegawai rasmi Amerika Syarikat tidak menolak sekiranya ada pertemuan di peringkat rendah.Obama akan mencatat sejarah sebagai Presiden Amerika Syarikat pertama yang melawat Malaysia apabila tiba di sini pada 26 April depan.Ditanya sama ada Obama akan meluangkan masa terhadnya di Malaysia untuk pertemuan itu, Penasihat Keselamatan Negara, Susan Rice berkata ia sebarang perancangan dibuat."Saya rasa presiden tidak merancang untuk pertemuan tersebut - namun mungkin ada pertemuan lain di peringkat yang lebih rendah," kata Rice. Obama walau bagaimanapun akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin muda dari seluruh Asia Tenggara dan wakil masyarakat di Kuala Lumpur.


Tidak perlu tertekan tandatangan TPPA dengan kedatangan Obama - Dr Mahathir
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berkata lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Malaysia tidak seharusnya memberi tekanan kepada kerajaan untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)."Jangan ada paksaan kerana walaupun negara besar datang kita merasa kecil, maka kita tandatangan, akhirnya kita yang akan mengalami kerugian," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan buku 'Saya, SPR dan Pilihan Raya' tulisan bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar di sini pada hari Jumaat.Beliau mengulas kebimbangan sesetengah pihak bahawa kedatangan Obama ke Malaysia akan memberi tekanan kepada kerajaan untuk menandatangani TPPA.Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed pada 22 April menegaskan tiada sebarang persetujuan akan ditandatangani semasa lawatan itu. Obama dijangka tiba pada tengah hari Sabtu ini, lawatan pertama Presiden AS dalam tempoh 48 tahun sejak lawatan Presiden Lyndon B. Johnson pada 1966.Selain Malaysia, Obama turut melakukan lawatan ke Jepun dan Korea Selatan sebelum mengakhiri lawatan ke Asia di Filipina.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...