my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

30 December 2011

Sambil tiRu dan TamPaL CartoOn

 ape pulak nie tak kan butoon lift pun tyak kenal


                                                                     Ini lagi satu bingai......




                              wah...hebat le tu...sendiri    mau tau le
                        

                                       Yang nie ape le pulak.....



                                            Tembek aje...ape nak pikir sangat

                                                                Hantam saje le Mr. Singh


                                                          Ini lagi idea bagus...hihi



                              Ini le istilah mangkok ayun sebenar......           


                                                                        Ini lagi satu-satu kes terpencil

   Pe pulak yang engko pikir tue..............aku marah nie
           



        Cameraman of the Year..............ape sebab mulut tu ..ternganga


                                                                Minah jamu punya promote....


                                   Orang mcm nie pun ada di muka bumi nie


  Kesian mamat sorang nie
                                                     



                               Buat ape je yang patut...yang penting happy

                             Sambung cerite d camera man of d year



Sexy abis...   terbeliak biji mata mamat dua orang nie


   
                       Mengorat muslimah....


                     Polis..oh polis  asyik nak saman je..padan muka

                                                       Bro perasan capcainya hebat .....

29 December 2011

Kecik TakuT BuNyI GrGrgrrrr....mEntokAr

Tadi waktu petang abah bawak kecik main depan rumah
tengah-tengah dia main dan makan rumput 
ada kerete lalu
kesian kecik lari meyorok bawah kerete abah

video




Bawah nie gambar dari trim video ketik



                               Kesian Ketik...Our Family Kitty takut kan Bunyi  
                                                   GrGrgrrrr
                      


Ini video kecik....setahun yang sudah...masa tu dia masih kecil lagi






Bila orang politik merepek tak tentu hal

ape nak jadi dengan 0rang-orang politik nie...nak kate takde ilmu ada...astargfirullah...

Ape perasaan ibu dan bapa awak



Result PMR dah keluar....kasihan murid-murid aku...ada yang happy, ada yang sedih, ada yang buat macho tapi dari sinar mata jelas menunjukkan kesedihan. Kesian aku melihat ibu bapa yang mengiringi mereka ke sekolah dengan terpahat seribu harapan nak melihat kejayaan...tetapi akhirnya berkecai..ada ibu-ibu menasihat anak-anak mereka supaya bersabar tetapi dimata ibu itu sendiri ada titisan air mata meleleh sehingga ke pipi.




Apa semua nie...sandiwara ke..? Cuba lihat rauk wajah ibu-bapa yang anaknya mencapai kejayaan cemerlang. Bandingkan wajah ibu bapa anda yang suram...dan sedaya upaya cuba menyorok kesuraman yang dialaminya itu dengan senyum paksaan sambil melangkah keluar dari kawasan sekolah dengan sepantas kilat. Mengapa ini harus berlaku pada ibu bapa anda? Apakah ini hadiah yang anda beri pada ibu dan bapa anda?Fikirkanlah wahai anak-anak didik ku.....kasihanilah mereka diusia tua ini dengan sedikit kejayaan yang boleh menhindari kelukaan dihati seorang ibu yang penat menjaga anda, memasak dan mebasuh pakaian anda tanpa sebarang keluhan itu...manakala si bapa pulak terpaksa menyabit rumput di tepi jalan tanpa rasa segan dan silu pada orang lain yang melintasi disitu semata-mata untuk mendapat sedikit upah untuk kehidupan dan pembiayaan pelajaran anda



Oleh: SaifulAnuarSafian



26 December 2011

ANAK AKU NURUL BERSAMA KELUARGA ANGKATNYA DI EAST LANSING MICHIGAN USA

MENYAMBUT CHRISTMAS  25.12.2011
BERSAMA
KELUARGA ANGKATNYA 
DISANA




Nurul nie tahun terakhirnya abiskan pengajiannya di Michigan States University USA
 dan tahun 2012 adalah tahun terakhir dia di sana
 dan bulan ogos nie
dia akan pulang ke Malaysia

aku kecik-kecik dulu

Ingat aku masa hari pertama aku pegi sekolah masa darjah satu di SRJK Slim River. Arwah Ayah  hantar naik basikal aku ke sekolah. Ramai kawan aku menangis tapi aku tidak...Tetapi setelah seminggu dua baru aku menyampah nak pergi sekolah. Setiap hari aku tak nak pergi sekolah...satu sebab nya...sebab kena buat Arithmetic (ilmu kira-kira kat papan hitam). Ini cukup mencemaskan. Pelbagai cara ibu dan ahli keluarga aku menghantar aku ke sekolah dan sikap aku ini mengambil masa 3 hingga 4 minggu baru hilang perangai malas pergi sekolah nie.


Berbalik pada hari pertama ke sekolah...aku amat seronok sekali. Dapat buku-buku baru, pensil baru, pembaris bara dan sharpener baru dan buku exercise baru. Guru kelas hari pertama iah Mr Munir...dia nie sangat baik. Selama seminggu tu aku suka sangat ke sekolah...tapi selepas minggu kedua diganti pulak oleh Mr Wee. Mak tuhan garang macam celaka dia nie...dan dia nie le punca aku menyampah ke sekolah.

Sekarang nie aku pulak jd cikgu jadi aku faham sangat...faktor budak tak suke sekolah...dan aku akan mengelak mencontohi perangai cikgu aku Mr Wee nie. Sorry Mr Wee for just hurting you since this is the real truth I had to say in this simple memory of mine.

25 December 2011

To aLL my Christian's frenzs, I wishes: May this Christmas end the present year

To aLL my Christian's frenzs, I wishes:

May this Christmas end the present year
On a cheerful note and make way
For a fresh and bright new year.
Here’s wishing you a
Merry Christmas and a Happy New Year 2012.





From: Saiful Anuar Safian & family

Gambar Kahwin Ariff Alfian Rosli Dengan Lelaki Gay Dublin

Sumber: Gambar Kahwin Ariff Alfian Rosli Dengan Lelaki Gay Dublin melvister.com 


Lelaki melayu dari Malaysia Ariff Alfian Rosli kahwin dengan Jonathan lelaki gay dari Dublin. Perkahwinan cetus kontroversi apabila lelaki melayu tersebut juga kahwin dalan gereja. Dalam gambar kahwin yang tersebar di laman homoseksual, dia berusia lingkungan 20-an itu memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.












Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat. Laman web yang dipercayai menyokong perkahwinan homoseksual itu telah memuatkan sebanyak 15 keping gambar sepanjang majlis ‘perkahwinan’ itu berlangsung.
Antara yang disiarkan adalah pasangan itu bergambar di dalam kumpulan dan sedang diraikan setelah selesai menjalani proses bergelar ‘suami-isteri’. Terdapat dua keping gambar lelaki warga asing itu sedang bersiap sedia melangsungkan perkahwinan sambil dibantu rakan-rakannya.


Ini kali pertama Ariff Alfian Rosli, bekas pelajar Malaysia di Dublin, Ireland yang tersebar gambar tunjuk dia ' kahwin' dengan sejenis lelaki Mat Saleh  bersuara. Itupun bukan kepada wartawan Malaysia tetapi pada akhbar Irish Times. Dia enggan ulas isu gambar 'kahwin' itu tetapi mendakwa dia tetap beragama Islam akan terus dengan agama Islam sampai ke akhir hayatnya. Dalam pada itu dia menafikan ' tidak dapat dihubungi'. Katanya sekalipun sudah tidak berkomunikasi dengan bapanya tetapi masih berhubung dengan saudara mara lain.

Isu Ariff, 28, dipercayai 'kahwin' sejenis dengan gambar berpakaian lengkap baju Melayu pada majlis itu telah mencetuskan gempar di Malaysia. Bapanya seorang pesara TLDM mendakwa mereka sudah lapan kali ke Dublin tetapi tidak dapat menemui Ariff yang merupakan bekas pelajar perubatan tajaan Petronas. Ariff mengaku dia berseliseh faham dengan bapanya pada tahun 2009 dan selepas itu tidak berhubung dengannya lagi. Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata siasatan akan dibuat berhubung penyebaran gambar di Internet yang mendakwa seorang lelaki Melayu 'berkahwin' dengan lelaki warga asing di luar negara.







24 December 2011

Adam Adli jelaskan sebab Bendera Najib diturunkannya..


Adam Adli jelaskan sebab Bendera Najib diturunkannya..

Kata Adam "Saya ingin memberitahu kepada mereka ini (yang mengugutnya), bukan semua perkara seperti yang kita sangkakan. Ingin saya tegaskan di sini, bukan semua orang yang tidak berpuas hati kepada kerajaan mesti menjadi alat pembangkang, perlu jadi pencacai Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak sama sekali.





Apa niat dan motif sebenar Adam menurunkan bendera Perdana Menteri?



Adam: Pada hari itu, matlamat kami berkumpul adalah untuk mengembalikan kebebasan berakademik kepada pelajar universiti dan seluruh dunia akademia. Bagi saya isunya bukan terletak kepada bendera itu diturunkan tetapi apakah bendera yang dinaikkan, iaitu bendera ‘Kebebasan Akademik’. Media tidak fokus kepada bendera ini.


Jadi mesej yang saya cuba sampaikan adalah kami tuntut kebebasan akademik untuk semua mahasiswa. Kenapa bendera Datuk Seri Najib Tun Razak yang saya pilih, ia kerana bendera Najib terletak di tiang yang paling tepi sekali dan paling mudah untuk dicapai.


Usaha untuk kebebasan akademik ini sudah berlanjutan sejak lama dahulu. Seperti diumumkan Najib baru-baru ini yang mahu meminda Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) Perkara 15, dengan harapan selepas itu pelajar boleh menyertai gerakan politik tetapi tidak boleh bergerak aktif dengan memegang jawatan-jawatan. Jadi untuk apa pindaan ini dilakukan? Adakah mahasiswa ini hanyalah kuli kepada parti-parti politik? Bagi saya itu satu penghinaan kepada pelajar.


Bukan maksud saya mahu semua pelajar menyertai parti politik dengan pindaan ini, pemimpin atas tidak nampak apa yang pelajar mahukan sebenarnya. Apa yang pelajar mahukan adalah berpolitik dengan tidak semestinya menyertai parti politik. Ia mestilah haluan mahasiswa sendiri dengan boleh mengkritik mana-mana kepimpinan dan dasar serta menerangkan kepada orang ramai tentang isu-isu yang mahasiswa bawakan. Jadi itulah dinamakan berpolitik tanpa perlu berpartisipasi.

Adakah tindakan Adam ini secara individual atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak?

ADAM: Pada waktu itu, keadaan mahasiswa yang hadir menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah di PWTC sebenarnya muram. Ia kerana keadaan terlalu terkawal tanpa ada kekecohan. Bermula dari bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) lagi, kami berada di situ dalam tempoh yang agak lama, jadi kami bosan kerana tidak nampak kesan dari memorandum yang kami serahkan.

Setibanya di PWTC, kami harapkan ada pegawai yang menunggu, tapi tiada. Cuma Saifuddin sahaja bersetuju berjumpa dengan kami. Bila kami menyerahkan memorandum, semua pelajar mendengar ucapan daripada Saifuddin. Bagi saya ia tidak boleh jadi. Sebelum itu pelajar bersungguh-sungguh melaungkan kebebasan akademik tetapi apabila menteri datang terus jadi sama dengan pelajar lain. Nampak sahaja menteri, terus salam dan ambil gambar, bagi saya ini bukan cara sebenarnya. Jadi saya ambil bendera dan terus menurunkan bendera Najib digantikan dengan bendera Kebebasan Akademik.

Apabila pelajar lain nampak apa yang saya lakukan, barulah mereka merasakan ‘kemenangan’ bukan hanya jumpa menteri sudah rasa menang. Saya mahu perasaan kemenangan ini boleh dirasai oleh semua pelajar yang hadir pada hari itu.

Ramai yang mempertikaikan tindakan Adam ini sebagai provokasi kepada Umno kerana melakukannya di PWTC, adakah tindakan itu matang bagi Adam?

ADAM: Bagi saya ia matang bagi orang yang memahami isu dan menerima keadaan bahawa mahasiswa sekarang ditekan. Malah bagi saya, banyak lagi tindakan yang jauh lebih tidak matang yang dilakukan pihak-pihak lain seperti menyerahkan kek berupa tahi dan sebagainya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini. Adakah bagi mereka tindakan ini matang?

Bagaimana pula dengan kehadiran seorang ahli politik ketika kamu menyerahkan memorandum ini?

ADAM: Mengenai kehadiran ahli politik itu, saya tidak tahu kerana kami tidak pernah menjemput mana-mana ahli politik. Malah dalam Twitter, kami dengan keras menghalau dan memberi amaran supaya mana-mana ahli politik tidak hadir dalam demonstrasi kami pada hari itu. Kami bertegas program ini adalah milik mahasiswa seratus peratus, tiada pengaruh parti politik.

Kami mahu serius, kami turun berdemonstrasi ini bukan kerana terpengaruh dengan mana-mana parti politik, kami datang dengan matlamat yang jelas, iaitu membebaskan dunia akademik.

Adakah Adam sedar mengenai kesan yang bakal dihadapi dari tindakan menurunkan bendera ini?

ADAM: Saya sudah fikir semasak-masaknya, saya bukan orang bodoh. Dalam blog, Facebook dan Twitter ramai yang mengatakan tindakan saya ini bodoh, bangang dan sebagainya tapi saya ingin tanya semula, siapa yang bangang? Siapa yang bodoh?

Adakah mereka sedar tindakan turun naik bendera ini tidak pernah menjadi kesalahan mana-mana tempat dalam dunia ini? jadi saya tahu perkara yang salah dan betul. Jika tindakan itu dikira jenayah, sudah tentu saya teragak-agak untuk melakukannya. Ini adalah satu bentuk ekspresi saya. Sebab itu saya percaya mereka yang mengugut saya ini tidak tahu apa-apa langsung mengenai diri saya.

Kenapa pemimpin-pemimpin parti mengeluarkan ugutan kepada saya? Bagi saya sebabnya adalah kerana undang-undang menetapkan saya tidak bersalah. Mereka tahu tidak boleh mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap saya, sebab itu mereka keluarkan ugutan.

Adakah Adam risau dengan sebarang tindakan yang mungkin Universiti Perguruan Sultan Idris (Upsi) kenakan selepas ini?

ADAM: Memang sebelum buat saya risau, tetapi selepas melakukannya saya tidak lagi risau. Apa yang saya risau selepas tindakan menurunkan bendera hanyalah mengenai keselamatan saya. Saya tahu jika saya mahu belajar, saya boleh belajar di mana-mana sahaja. Bagi saya tidak perlu duduk dalam kampus untuk belajar. Saya tidak risau jika dibuang oleh universiti kerana ini jalan yang saya pilih.

Bagaimana pula penerimaan mak dan ayah Adam dengan apa yang telah berlaku?

ADAM: Ayah adalah orang pertama tahu perkara ini. Ayah bertanya tentang keadaan saya. Saya beritahu ayah, saya selamat dan berterima kasih dengan kawan-kawan yang membantu saya, tanpa mereka saya tidak tahu apa yang akan terjadi pada diri saya. Apabila saya bercakap dengan mak, mak kata jangan risau dan merestui perjuangan saya.

Sehingga hari ini saya masih berterusan berkomunikasi dengan keluarga saya dan memberitahu keadaan saya masih selamat. Saya pernah bertanya mak dan ayah tentang tindakan yang saya lakukan, adakah ia betul atau salah? Ayah kata, “sejak dari dulu lagi ayah yakin dengan apa yang kamu buat dan jangan patah balik, teruskan.”

Mak pula kata, “mak sokong kamu.” Saya amat kagum dengan ayah dan mak saya.

Mereka kata, jika mahu berjuang, maka berjuanglah menuntut kebenaran. Ayah dan mak saya bukanlah orang politik, dakwaan-dakwaan yang mengatakan mak saya penyokong kuat pembangkang adalah tidak benar sama sekali. Mak saya hanyalah seorang suri rumah. Sebagai mak dia tahu apa yang saya buat ini betul atau salah. Mak saya juga kata jangan takut kepada manusia, takut hanya pada ALLAH. Tiada patah balik bagi saya.

Apa yang saya tidak boleh terima apabila imej keluarga saya difitnah dengan pelbagai dakwaan. Orang yang membuat fitnah ini patut malu pada diri sendiri, mungkin mereka ini dengki kerana tidak mempunyai mak ayah yang menyokong seperti saya.

Apa tindakan Adam selepas ini sekiranya dikenakan tindakan oleh pihak Upsi?

ADAM: Untuk menggantung saya, pihak universiti perlu bicarakan saya. Untuk memanggil saya, perlu pastikan dulu keselamatan saya terjamin. Rakan-rakan Upsi saya ada hubungi, mereka berkata pihak Upsi ada mencari saya, mereka menyarankan saya jangan balik dahulu ke Upsi kerana ada pihak lain mencari saya. Saya juga difahamkan hotel-hotel sekitar Upsi tiba-tiba penuh ketika ini.

Apa yang Adam harapkan daripada tindakan turun bendera ini?

ADAM: Apa yang saya harapkan adalah sedikit perhatian daripada isyarat kepada orang yang masih belum sedar bahawa kepincangan yang berlaku dalam negara sudah teramat teruk. Cukuplah saya mahu menunjuk ekspresi saya dan tidak menyangka ia menjadi mainan media.

Selepas mendapat perhatian media, saya mula berfikir untuk pertahan atau mahu selamat. Untuk keselamatan saya bertawakal.

Adakah Adam mengharapkan tindakan ini bakal menjadi inspirasi kepada mahasiswa lain yang mungkin bertindak lebih agresif?

ADAM: Ini mesej jelas daripada saya, sekarang masanya mahasiswa tidak perlu gentar lagi kerana sebagai mahasiswa kami boleh melihat sendiri penindasan yang berlaku. Kenapa mahasiswa harus gentar bila berhadapan dengan orang-orang yang diundi oleh kita sendiri? Orang-orang ini harus bekerja untuk kita. Jangan sesekali takut, jika tidak betul kami akan tegur, tidak kira dari sebelah manapun.

Saya tidak menggalakkan mahasiswa lain bertindak agresif tetapi apa yang saya harap supaya mahasiswa lain jadi lebih kreatif.

Apa pandangan Adam tentang Auku?

ADAM: Sebelum adanya Auku, universiti-universiti kita hebat dengan mahasiswa yang cukup baik. Contohnya seperti Universiti Malaya (UM) yang diiktiraf sebagai antara universiti terbaik dunia pada ketika itu. Malah mereka boleh capai pencapaian ini ketika pelajar tiada apa yang kita ada pada hari ini, mereka sudah buktikan.

Jadi soalnya kenapa perlu Auku? Adakah kebebasan undang-undang sedia ada masih tidak cukup? Bagi saya dan majoriti mahasiswa lain, dengan pemansuhan Auku, maka fungsi autonomi universiti dan pelajar akan dikembalikan ke tempat asal. Dunia akademia adalah tunjang kepada negara, mereka ini adalah kuasa ketiga. Kita tidak boleh halang kuasa ini.

Dahulu, pelajar mengadakan demonstrasi demi kepentingan rakyat, contohnya seperti isu Baling pada tahun 70an dulu, tetapi sekarang pelajar berdemonstrasi menuntut hak pelajar sendiri kerana kami tidak boleh membantu diri sendiri, bagaimana mahu tolong masyarakat lain? Ia menghalang fungsi sebenar mahasiswa.

Siapa idola Adam?

ADAM: Antara idola saya adalah John Lennon dan Cornelia Sorabji.

Apakah mesej Adam kepada yang memberi ugutan?

ADAM: Saya ingin memberitahu kepada mereka ini, bukan semua perkara seperti yang kita sangkakan. Ingin saya tegaskan di sini, bukan semua orang yang tidak berpuas hati kepada kerajaan mesti menjadi alat pembangkang, perlu jadi pencacai Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak sama sekali.

Tindakan saya itu tidak biadab, saya tidak pernah ancam keselamatan sesiapa pun, malah keselamatan saya yang terancam. Jika ada yang mengatakan tindakan saya turunkan bendera ini salah, maka dakwalah saya di mahkamah. Saya bersedia menghadapinya, tapi bukan dengan cara ugutan begini.

Jadi adakah Adam tetap dengan pendirian untuk tidak minta maaf kepada Perdana Menteri?

ADAM: Saya tidak akan minta maaf. Selepas perkara ini berlarutan sehingga ke tahap ini, tiba-tiba pula saya didesak untuk minta maaf. Bagaimana pula dengan rakan-rakan saya? Saya tidak mahu rakan-rakan saya jatuh semangat sekiranya saya minta maaf.
Bukan maksud saya selama-lamanya tidak meminta maaf, tidak. Pada satu tahap nanti saya perlu juga minta maaf kepada beberapa orang berikutan tindakan saya ini.

SALUTE .....kerana jawapan anda.....

Ini jawapan..saifulfromslim.bologspot turun bendera dekat mn saja boleh le  diterima...ini ganggu premis bukan awam.Itu milik organisasi bukan awam le... cuba orang dtg rumah kita dan turun langsir bilik kita. Apakah kita tak marah? Apa alasan pun boleh kita bagi...tp ia akan tetap salah dari segi hak orang itu mau pun undang-undang sivil.


Asalamualaikum dan salam sejahtera semua...isu adam adli...perlu kita fikirkan bersama. Kebebasan bersuara wajar perlu untuk dengar rintihan mana-mana masyrakat di Malaysia. Hak bersuara tidak semesti hanya pada badan NGO, pertubuhan politik, mahasiswa atau apa saja pertubuhan berdaftar tapi harus dibenarkan pada semua individu rakyat Malaysia. Dalam kes Adam adli saya amat kagumi sikapnya berani menegakkan hak bersuara. Saya salute bab ini. Perkara yang saya tak setuju hanya pada pencerobohan bangunan PWTC dan menurun bendera..itu saja. PWTC adalah hak satu pertubuhan dan bukan milik awam atau individu untuk sesiapa menggangu dan diperlakukan sebagainya. Saya sendiri seorang guru...sejak dulu setuju pada perkara kebebasan bersuara ini. Agak memalukan bakal guru ini tidak tahu akan undang-undang sivil malah agama pun tidak membenarkan orang menceroboh hak atau premis orang lain, ini menunjukkan kelemahan orang yg nak bersuara seolah-olah buta hati dengan undang-undang sedia ada tetiba nak menuntut hak dan ini memalukan kebijaksanaan bakal guru berkenaan.Mudah saja fikir sejenak.... Jika ada orang datang kerumah kita tanpa diundang menurunkan gambar pada dinding rumah kita dan menggantikan dengan gambar lain..Kita sebagai tuan rumah marah tak?
Bantahan ahli umno, masyarakat dan setiap individu rakyat harus dihormati tak kiralah membuat bantahan ape saja khusus pada kes adam adli ini... Apa nak salahkan mereka membantah?...kan ini juga hak bersuara. Adam adli seolah-olah hanya mahu dia dibenarkan bersuara tapi  menafikan hak orang lain bersuara dan sebaliknya menuduh mereka menggugut dia. Sebab itu kita yang nak bersuara mesti ada keberanian..Berani buat berani tanggung.. Hak bersuara adalah demokrasi biarkan mereka bersuara.... 

Pandangan dan hak bersuara dari saya
Saifulfromslim.blogspot

23 December 2011

Sembang Disebalik Penerimaan PM Menangguhkan SBPA - Dari sudut pandangan blogers


PENJAWAT awam perlu mengucapkan tahniah serta berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana menangguhkan perlaksanaan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya dilaksanakan bermula Januari ini dan tahniah kepada Cuepacs kerana berjaya menyedarkan PM Najib bahawa skim yang dirangka itu tidak menguntungkan kakitangan awam dan ada perkara lain yang dirahsiakan dari pengetahuan Najib.

Malah skim ini dilihat begitu banyak menguntungkan kumpulan pengurusan tertinggi ataupun kumpulan premier (JUSA- Jawatan Utama Sektor Awam) dan kumpulan pengurusan gtertinggi ini boleh tersenyum lebar kerana mereka mendapat kenaikan gaji 100% sedangkan SBPA ini langsung tidak memberikan menafaat kepada kumpulan sokongan yang berpendapatan rendah.
.
Hasrat Najib sewaktu membentangkan Belanjawan adalah untung mengurangkan kadar kemiskinan Bandar yang dihadapi oleh kakitangan awam dan hasrat ini memang cukup baik memandangkan kos sara hidup yang tinggi  dan berdepan dengan kenaikan harga barang di pasaran oleh kakitangan awam namun malangnya ada pihak-pihak tertentu dalam Jabatan Perkhidmatan awam ataupun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam serta pihak Ketua Setiausaha Negara cuba sabotaj ataupun menggagalkan niat Najib tersebut dengan melakukan pelarasan gaji tidak bermatlamatkan hasrat ataupun transformasi PM Najib sewaktu menginsafi nasib dan masa depan penjawat awam seperti yang beliau suarakan.

Kita tidak tahu apa motif pihak KSN maupun KPPA yang bertanggungjawab merangka SBPA menyembunyikan fakta sebenar daripada Najib?Adakah mereka ini memang bertujuan untuk menimbulkan rasa kurang senang kakitangan awam terhadap kepimpinan Najib dan sekaligus bertujuan menghasut serta menanamkan kebencian penjawat awam supaya menolak Najib dan partinya dalam PRU13 nanti.Perlu diingat bahawa seramai 1.4 juta penjawat  awam adalah pengundi yang akan menentukan untung nasib Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.Adakah ini agendanya di sebalik SBPA ini?

Usaha Najib disabotaj!
Mengapa pihak  Ketua Setiausaha  Negara (KSN) ataupun  Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA ) merahsiakan Lampiran C yang tertera bagaimana cara gaji dinaikan hingga penjawat awam tidak tahu dan tidak boleh tahu bagaimana pelarasan gaji dilakukan dan apakah rahsia sangat hingga tidak boleh didedahkan kepada umum bagaimana proses kenaikan gaji itu berlaku? Mengapa ini mahu dirahsiakan daripada penjawat awam?Apa motifnya sedangkan itu adalah hak penjawat awam?

Adakah benar seperti yang sedang didakwa bahawa kakitangan pengurusan tertinggi ataupun premier ini sengaja memberikan peluang kepada pembangkang untuk menggulingkan Najib supaya beliau hilang sokongan penjawat awam ataupun barangkali benarlah seperti yang didakwa bahawa pengurusan tertinggi ini sebenarnya `Trojan horse’pembangkang  dan menggerakkan agenda pembangkang untuk mengulingkan Naib dari dalam.

Kumpulan ini merangka pelarasan gaji yang cukup tidak munasabah,kalangan mereka mendapat kenaikan gaji yang tinggi  dan difahamkan kenaikan gaji melibatkan KSN hingga mencecah RM80,00 sebulan gaji pokok dan belum masuk elaun sedangkan kumpulan Sokongan 1 dan 2 hanya mendapat kenaikan gaji sekitar RM60-hingga ke RM 200. Pelarasan gaji apa kalau ini sahaja jumlahnya?Ini bentuk pelarasan yang menindas penjawat awam.

Jangan kerap sambung kontrak KSN!
Penambahbaikan kenaikan gaji sepatutnya lebih menguntungkan yang berpendapatan rendah dan mampu mengeluarkan penjawat awam yang bertungkus lumus mempertahankan dasar kerajaan keluar dari masalah kewangan serta kepompong kemiskinan bandar yang sedang mereka hadapi tapi malangnya berlaku sebaliknya seolah-olah menjadikan yang kaya bertambah kaya,yang miskin terus papa kedana.

Wajarlah Ceupacs menentang SBPA ini kerana jelas ianya langsung tidak menguntungkan penjawat-penjawat awam daripada kumpulan sokongan 1 dan 2 tadi dan dalam skim ini,penjawat awam harus tunduk hormat kepada ketegasan Cuepacs yang menolak cadangan dari JPA ini dan Najib harus juga berterima kasih kerana Cupecas mendedahkan bahawa ada sebahagian besar pegawai-pegawai tinggi dalam perkhidmatan awam sedang menikam beliau dari belakang.Lain yang Najib suruh lain pula yang mereka buat.

Kita tidak tahu siapa yang memberikan nasihat yang salah kepada Perdana Menteri ini?Adakah KSN ataupun Ketua Pengarah Jabatan Perrkhidmatan Awam (KPPA) dan kita juga difahamkan kedua mereka ini tidak mempunyai hubungan yang baik antara satu sama lain tetapi peliknya mereka boleh bersama merangka pelarasan gaji ini bagi melengkapkan SBPA.Adakah mereka ini memperolehi kepentingan tertentu hingga mereke bersedia untuk melupakan seketika sengketa antara mereka?Kita harap tidak tapi kalau benar,nyawa Najib sebagai Perdana Menteri bak telur dihujung tanduk.

KPPA-rahsiakah Lampiran C itu?
Nasib baik Najib bertindak pantas menangguhkan perlaksanaan SBPA ini dan tidak tunduk kepada pelan asal perlaksanaan SBPA yang dirangka oleh kumpulan KSN dan JPA ini.Sekiranya Najib kekal dengan keputusan bersetuju dengan SBPA ini,Putrajaya cukup mudah jatuh ketangan pembangkang dan Tengku Adnan lari malam kalau PRU13 diadakan hari ini.

Inilah yang sering kita sebutkan bahawa ada tangan-tangan ghaib dalam perkhidmatan awam,dalam agensi-agensi kerajaan yang kononnya ckup dipercayai tetapi dalam masa yang sama menanam racun untuk `membunuh’ Najib serta kepimpinannya secara perlahan-lahan. Mereka inilah yang menjadi agen pembangkang dan pembangkang dalam isu SBPA berdiam diri kerana skim itu menguntungkan mereka kerana mereka yakin 1.4 juta penjawat awam itu akan beralih undi untuk menyokong mereka.

Yang jelas Najib ditipu oleh pegawai-pegawai yang beliau harapkan.najib diperdaya untuk menerima bulat SBPA sebelum ini tanpa ditunjukan pelaras sebenar gaji yang melibatkan penjawat awam terutama sekali daripada kumpulan Sokongan 1 dan 2. Dan kalau benar Najib ditipu ataupun diperdaya untuk menerima pelarasan SBPA ini,beliau harus mengambuil tindakan kepada mana-mana pegawai yang cuba menjadikan beliau dibenci oleh penjawat-penjawat awam. dan mengsabotaj pelan transformasi penjawat awam ini.

Mereka adalah sebahagian daripda 1.4 juta pengundi..
Sekali terpedaya boleh dikatakan terlepas pandang tapi kalau banyak kali sangat terpedaya,kita sebenarnya bukan pemimpin yang ada kredibliti ataupun intergriti.

Oleh Saiful anuar Safian dr petikan sanggahtokjanggut.blogspot
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...