my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

13 December 2011

Buat panggilan bom palsu....


Jurujual didakwa buat panggilan bom palsu

TAPAH 12 Dis. - Seorang jurujual lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membuat panggilan bom palsu di laluan kereta api Tapah Road-Tanjung Malim di sini pada 1 Disember lalu.
Tertuduh, N. Navindran, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Fairuz Adiba Ismail.

Mengikut kertas pertuduhan, pada pukul 1.45 pagi, Navindran didakwa melakukan perbuatan yang diklasifikasikan sebagai ugutan jenayah dengan cuba menakut-nakutkan pihak Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) dengan mengatakan ada bom di landasan kereta api di laluan Tapah Road-Tanjung Malim.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda ataupun kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Dalam kejadian 1 Disember lalu, seramai 1,200 penumpang yang menggunakan perkhidmatan KTMB terkandas 13 jam selepas polis menerima panggilan terdapat bom yang diletakkan di sebuah jambatan di landasan kereta api antara Tanjung Malim dan Tapah Road.

Sebaik sahaja menerima panggilan itu pada pukul 1.45 pagi, polis mengarahkan pekerja KTMB menutup laluan antara Tapah Road dan Tanjung Malim bagi tujuan keselamatan dan siasatan.
Tertuduh telah ditangkap di Teluk Intan pada pukul 6.10 petang 3 Disember lalu dan mengaku membuat panggilan itu kerana tidak rela melepaskan kekasihnya pergi berkursus di Kuala Lumpur pada hari tersebut.
Fairuz Adiba menetapkan 9 Januari depan bagi sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah juga memerintahkan tertuduh menyerahkan pasport antarabangsa dan dokumen perjalanan lain kepada mahkamah.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Izalina Rajaai manakala tertuduh diwakili peguam V. Santhiran.

aku petik dari Utusan Malaysia...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...