my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

15 March 2012

Hukum menyokong golongan Yahudi


Hukum menyokong golongan Yahudi
FATHUL BARI 

Israel diambil daripada istilah Bani Israel yang merujuk kepada keluarga Nabi Yaakub. Oleh yang demikian, umat Islam harus hati-hati menggunakan istilah Israel atau ketika mahu mengutuk negara Israel. Dalam kalangan Bani Israel itu ada yang kufur dan mereka inilah digelar sebagai Yahudi.

Syaikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan Alu Salman menuliskan dalam kitab beliau; “Penamaan ini, iaitu menamakan Yahudi dengan nama Israel merupakan kemungkaran. Ia telah meluas di tengah masyarakat di negara Muslim, sebuah perkataan yang berkonotasi celaan “Israil melakukan ini dan itu, dan akan melakukan tindakan ini dan itu”, padahal Israel itu, merupakan salah seorang Rasul ALLAH (utusan ALLAH), iaitu Nabi Yaakub a.s.

Beliau, sama sekali tidak memiliki hubungan apa pun dengan negara yang suka berbuat makar dan keji ini. Antara para Nabi dan Rasul, sama sekali tidak ada saling waris-mewarisi dengan orang-orang kafir, musuh mereka. Yahudi, sama sekali tidak memiliki hubungan din (agama) dengan Nabi ALLAH, Israel.” (lihat: di catatan kaki kitab As-Salafiyun wa Qadhiyatu Filasthina, Markaz Baitul Maqdis, 1423H, hal12-13)

Perlu diimbas semula, suatu ketika dahulu ALLAH memuliakan Bani Israil. Ini dapat kita lihat dalam beberapa ayat al-Quran. Para Nabi paling ramai dibangkitkan daripada kaum Bani Israil seperti Nabi Yaakub, Nabi Yusuf, Nabu Musa, Nabi Isa, Nabi Dawud, Nabi Sulaiman a.s dan ramai lagi.

Namun perlu disebutkan juga, jahatnya bangsa Yahudi ini sehingga mereka semua berbuat jahat terhadap Nabi-nabi yang ALLAH utus. Nabi mereka didustai, dihalau, ditolak dakwahnya, bahkan ada yang dibunuh.

Justeru kita melihat ALLAH secara tegas menyebutkan sifat mereka dalam al-Quran; “Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redha dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka...” (Surah al-Baqarah, ayat 120)

Berikutan itulah kita lihat sikap dan usaha pihak Yahudi dan Nasrani yang sangat degil, keras kepala dan berhati batu terhadap umat Islam. Walhal ALLAH awal-awal lagi sudah memperincikan sikap dan tabiat mereka.

Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a, Rasulullah bersabda; “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.”

Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang Engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (Riwayat Muslim)
Hadis ini mengesahkan realiti yang berlaku hari ini. Umat Islam begitu mudah mengikut rentak orang Yahudi dan Nasrani. Nabi memberi isyarat ini, iaitu berhati-hati dengan kaum yang dimurkai oleh ALLAH itu.

Walaupun secara zahirnya seperti orang Yahudi ini mahu memberikan hak-hak kepada penduduk Palestin dan tidak mahu menyerang lagi, tidak bermakna kita boleh sokong atau mengadakan hubungan diplomatik bersama mereka. Bahkan ia bertentangan dengan apa diwasiatkan Nabi untuk sentiasa menyelisihi mereka.

Namun, mantan Mufti Arab Saudi Syaikh Abdul Aziz bin Baz pernah menimbulkan polemik dan kontroversi apabila beliau berfatwa supaya penduduk Palestin mengadakan perdamaian dengan Yahudi. Bagaimanapun jika dibaca dan diteliti fatwa beliau secara penuh, beliau rahimahullah membawakan justifikasi dan rasional fatwa tersebut. Yakni tatkala pihak Yahudi dilengkapi dengan kereta kebal, peluru berpandu dan alatan yang canggih, tatkala itu penduduk Palestin hanya memiliki lastik dan batu sebagai senjata.

Berkonfrontasi dan perang dalam situasi demikian merupakan suatu tindakan yang tidak bijak. Ini jelas tidak menepati perintah ALLAH supaya menyiapkan kekuatan sebelum berperang,
“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan apa saja kekuatan yang kamu sanggup dan dan kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh.” (Surah al-Anfal, ayat 60)

Justeru, Syaikh Bin Baz mengeluarkan fatwa supaya berdamai buat seketika. Damai dalam erti kata bukanlah menyokong dan meredhai tindakan mereka. Sebaliknya damai dalam maksud tidak mengganggu mereka dan angkat senjata sementara. Ini persis dilakukan oleh Nabi dalam perjanjian Hudaibiyah.

Namun sekali lagi ditegaskan, jangan memberi sokongan kepada Yahudi walau atas alasan apa sekalipun. Memadai kita tuntut Yahudi mengembalikan hak-hak rakyat Palestin yang mereka rampas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...