KUALA LIPIS - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan penahanan beberapa individu yang didakwa memijak dan membuang air kecil ke atas gambar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Penahanan itu dilakukan mengikut bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bagi melengkapkan siasatan berhubung laporan polis yang diterima terhadap tindakan melampau sekumpulan pemuda itu.
"Tangkapan ke atas mereka terlibat sudah dibuat, siasatan dan kertas siasatan pula dalam bidang kuasa PDRM.
"Jadi, biar mereka siasat perkara itu dan tidak ada sesiapa akan terlepas dari tindakan undang-undang, tidak kiralah siapa mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Lipis di sini, hari ini.
Beliau berkata, apabila siasatan kes itu selesai nanti, terpulang kepada pejabat Peguam Negara untuk mendakwa atau tidak mereka yang terlibat.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang masih ditahan, Hishammuddin berkata sebahagian sudah dibebaskan sebelum Aidilfitri lalu.
"Baki tahanan itu masih dalam pertimbangan (untuk dibebaskan) di mana mereka ini kita kena pastikan dulu benar-benar tidak lagi mengancam keselamatan negara.
"Kita sudah perkenalkan akta baru bagi menggantikan ISA jadi kita kena ambil kira semua benda," katanya. – Bernama
Bagus le golongan yang membuat perangai pijak gambar, tunjuk pungkok dan kencing pada gambar diambil tindakkan kerana melakukan perangai tak berakhlak. Bagus le tindakan pada orang awam nie dibuat oleh pihak yang berwajib agar perilaku sebeginie tak berulang lagi. Moga sifat sopan dan santun masih dapat diutamakan bersemadi dikalangan rakyat Malaysia.
Persoalan sekarang siapa pencetus utama perangai pijak gambar pemimpin nie…Rase-rasenya ianya berlaku sebab ada pemimpin tertentu memulakan. Suspek yg pijak gambar pemimpin kerajaan dan pembangkang dah pun ditangkap, macamana pula Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Nga Kor Meng yg memijak gambar pemimpin lain? Tak ada apa-apa tindakan? Adakah undang-undang dicipta hanya utk rakyat biasa saja? Ape jawapan kementerian dalam negeri pada PERSOALAN INI?
saifulfromslim
No comments:
Post a Comment