Bila dah dekat masanye pilihanraya mula timbul le pula perancangan nak buat pilihanraya Selangor secara berasingan dengan pelbagai alasan kononnya badan pengendali pilihan raya itu masih belum membersihkan daftar pemilih. Dulu beriya kate kami dah sedia. Tibe-tibe isu ribuan pengundi yang diragui timbul semula. Senang lagi cakap kami belum bersedia kerana takut kalah, lagi betul alasan tu. Lepas tu nak pertimbangkan Pulau Pinang pulak untuk mengambil langkah yang sama. Apa la lu orang nie asyik berdolak dalih. Ketua umum kate jk PR kalah pada PRU 13 dia akan bersara dari dunia politik…sekarang nak tangguh pulak PRU negeri. Memang terang-terang dia sangat takut dan rase akan kalah sebab dah pun buat statement nak bersara. Sekarang mula le rasa takut kerana rasenya pasti akan bersara kerana hilang yakin PR akan menang. Tengok PAS Kelantan tak takut pun, biar pun isu pengundi hantu dan persoalan daftar pemilih juga mereka akui ada di Kelantan dan lain-lain negeri. Sebabnya mudah kerana ape PAS berani bubarkan DUN Kelantan biarpun isu yuang sama masih ada. Sape pun boleh jawab. Sebabnya PAS yakin akan menang. Mengape Selangor tak mahu bubarkan…sebabnya mudah juga…tak yakin dan rase PR akan kalah di Selangor. Pulau Pinang pun sama macam tak yakin jugak bak kate orang mula kecut atau rase 50-50 je
PRU asing: SPR tidak akan halang Selangor
NURUL AINI MOHAMED ALI – Sinar HARIAN
12 September 2012
PETALING JAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiada halangan jika Pakatan Rakyat (PR) mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) negeri berasingan jika Barisan Nasional (BN) membubarkan Parlimen tahun ini atas alasan badan pengendali pilihan raya itu masih belum membersihkan daftar pemilih.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR tidak boleh menghalang kerana ia dibenarkan dan tertakluk dalam undang-undang.
"Undang-undang dalam pilihan raya sendiri benarkan buat PRU secara berasingan, tetapi jika mahu teruskan mereka hanya boleh buat dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (Dun) saja," kata beliau kepada Sinar Harian Online, sebentar tadi.
Perikatan itu memutuskan demikian atas alasan SPR masih enggan membersihkan daftar pengundi yang menurutnya meragukan.
"PR telah berbincang dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kami bersetuju Selangor tidak akan mengadakan PRU13 bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan," katanya.
Aziz menambah, SPR hanya mahu memberi peringatan kepada PR berhubung kos perbelanjaan, yang akan meningkat sebanyak RM50 juta jika mereka mahu mengadakan pilihan raya secara berasingan. Menurutnya lagi, SPR tidak akan menghalang kerajaan negeri Selangor kerana ia melibatkan Dun saja, tetapi tarikh rasmi PRU13 tetap berada di tangan SPR untuk menentukan.
No comments:
Post a Comment