my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

25 September 2012

Mama Adik Sakit….Adik Sayang Mama


Mama Adik Sakit….Adik Sayang Mama

Dengan terketar-ketar maka bersuara le seorang anak yang kecil dengan secara sopan memberitahu ibunya sesuatu. Mama,  ‘’Adik baru lukis tulisan tentang Mama pakai lipstik Mama yang warna merah pink tue.’’

Ibunya yang mendengar kata-kata anak nya itu, terus ke meja solek untuk melihat gincu mahal yang baru dibelinya itu. Terperanjar giler bila dia dapati  lipstik yang mahal tue telah hanya tinggal setengah saja dan terlihat pada wajah anak itu penuh dengan calitan merah pada tangan, muka dan bajunya. Ibu nya mengamuk sambil menherdik terus memukul anak perempuan kecilnyanya itu tanpa mempedulikan tangisan serta pekikan memohon pertolongan kerana kesikitan yang amat sangat. Ibunya terus memukul walau pun jeritan dan pekikan kerana kesakitan terus kedengaran terkeluar daripada mulut kecil dan comel anaknya itu memohon simpati dihentikan.

                    gambar hiasan saja
Setelah puashati membalas sakit hati pada anaknya itu, baru le dia sedar bahawa anaknya telah pun berhenti dari esakan tangisnya. Dia baru sedar dan dapati anaknya telah berhenti bergerak. Si ibu mula menggoncang-goncang badan anak kecilnya itu sambil meraung dan memekik agar bangun dan menyuruh anaknya membuka mata yang telah tertutup sejak dia berhenti menjerit tadi.

Segala-segalanya telah terlambat, dengupan jantung dan nadi pada pergelangan kecil anaknya telah terhenti. Tiba-tiba mata Si Ibu ternampak ada catatan pada selimut berdekatan teddy bear anaknya…tercatat ayat berwarna merah hasil calitan gincunya, berbunyi,  ‘’ SaYang MaMa SamPai BiLa-BiLa “

Perhatian: Cerita ini saya olah balik akan susunan ceritanya tapi tidak seincipun jalan ceritanya saya ubahkan. Saya perolehi cerita ini daripada catatan pada wall seorang 
sahabat Facebook saya. Terlalu hiba ketika saya menaip cerita nie. Bila sampai pada menaip catatan “ Sayang Mama Sampai Bila-Bila”
Saya terlalu sebak dan rasa ada sedikit linangan air mata, walau pun selama ini saya termasuk seorang yang sukar mengeluar air mata.
Sebagai makluman cerita ini mengikut pencerita asal, ini adalah cerita benar…
Dari Saya, saya berdoa pada Allah swt agar anak kecil itu tenang disisi Allah swt dan moga-moga ibunya akan diberi hidayah keinsafan untuk hari-hari yang akan dilaluinya nanti.

To those who read this simple story please be more responsive towards our beloving kids just because they are Allah s.w.t creation in giving us to be more towards loving spirits and happiness…
Saifulfromslim.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...