Pilihanraya Kampus IPTA – 17 universiti di menangi
oleh golongan Aspirasi manakala 2 lagi dimenangi oleh Pro Mahasiswa. UIAM masih
belum diketahui kerana masalah tenikal.
Kemenangan besar kumpulan mahasiswa yang
memperjuangankan suara mahasiswa atau lebih dikenali dengan Aspirasi Mahasiswa
menjadi bukti bahawa golongan muda dan terpelajar di negara ini menolak politik
konfrantasi yang cuba diperkenalkan oleh pemimpin pembangkang melalui agen-agen
mereka di universiti.
Aspirasi Mahasiswa menang di 17 dari 19 universiti
awam seluruh negara, atau dari 567 kerusi yang dipertandingkan, Aspirasi
Mahasiswa menguasai 493 kerusi (86.94 peratus) manakala kumpulan pro-Mahasiswa
yang sering dikaitkan dengan agenda pembangkang menguasai 73 kerusi (12.87
peratus) manakala 1.94 peratus lagi calon bebas.
Ini bermakna untuk pilihanraya kampus sesi 2012/2013
Aspirasi Mahasiswa berjaya memenangi majoriti 2/3 dari keseluruhan universiti
awam seluruh negara.
Bagi yang mengikuti dengan dekat pilihanraya kampus
ini, kemenangan Aspirasi Mahasiswa dalam pemilihan kali ini menjadi bukti
politik konfrantasi yang diamalkan oleh mahasiswa pro pembangkang ditolak
majoriti pelajar.
"Politik demonstrasi dan percubaan membawa agenda
luar ke dalam kampus ditolak, terutamanya agenda pembangkang, sebab itu kita
lihat kumpulan Aspirasi Mahasiswa menang di banyak universiti," kata Arif
Haikal Roslan pelajar tahun empat jurusan Pengajian Antarabangsa dan Strategik
Universiti Malaya.
Bagi beliau, kemenangan 2/3 Aspirasi Mahasiswa dalam
pilihanraya kampus seluruh negara ini juga satu endorsement terhadap pelan-pelan tranformasi Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak.
"Sebahagian besar mahasiswa melihat kepimpinan
Datuk Seri Najib membawa perubahan yang diharapkan terutama dengan program
seperti ETP, Model Ekonomi Baru dan banyak lagi bakal memberi satu lonjakan
kepada negara, keputusan ini satu rangsangan kepada kepimpinan beliau bahawa
mahasiswa menyokong usaha-usaha beliau,"ujar beliau.
Menurutnya di UM, kempen bertemakan diplomasi vs
demonstrasi berjaya menarik sokongan dari pelajar-pelajar universiti tersebut.
"Ramai yang rasional, mereka melihat bahawa
demonstrasi keterlaluan tidak membawa manafaat, bukan kita menolak demonstrasi
tetapi kalau benda yang boleh selesai melalui rundingan mengapa hendak berdemo,
kenapa hendak berkonfrantasi?" soalnya.
Bagi pelajar tahun akhir Pengajian Sumber Manusia UUM,
Ilham Jamil Khir (gambar kanan), kemenangan Aspirasi Mahasiswa juga berkait
rapat dengan kejayaan jentera kempen yang tersusun dan penguasaan alam siber.
"Saya melihat tahun ini, kempen melalui twitter,
facebook dan blog rancak sekali, bagi kami yang jauh dari Lembah Klang,
satu-satunya media penghubung adalah media sosial.
"Ramai mahasiswa menggunakan media sosial, mereka
mempunyai akuan twitter, facebook, baca blog jadi apabila isu-isu tertentu cuba
disensasikan, mahasiswa merujuk kawan-kawan media sosial mereka, dari maklum
balas itulah mereka membentuk persepsi samada menyokong atau menolak isu-isu
terbabit,"katanya.
Beliau memberikan contoh isu menghapuskan PTPTN yang
cuba dibawa oleh mahasiswa pro pembangkang gagal menarik minat majoriti
mahasiswa kerana fakta-fakta yang dibentangkan kerajaan dan disebarkan melalui
media baru.
"Kami rujuk penjelasan pihak PTPTN, kami baca
komen kawan-kawan mengenai isu itu dan membuat kesimpulan, jika PTPTN
dihapuskan, peluang sebahagian besar orang muda masuk ke universiti bakal
terjejas, kami menolaknya,"ujar beliau.
Sebelum ini sekumpulan belasan orang mahasiswa pro
pembangkang berkhemah berhati-hati di Dataran Merdeka kononnya bagi memperjuangkan
penghapusan PTPTN yang didakwa membebankan mahasiswa.
Berikutan itu, berbagai langkah telah diambil bagi
menjelaskan hakikat sebenar mengenai pinjaman tersebut dan bagaimana
pembangkang hanya mempergunakan agen-agen mereka dikalangan mahasiswa bagi tujuan
politik semata-mata.
Kejayaan besar Aspirasi Mahasiswa dalam pilihanraya
kampus ini bagaimanapun belum mengambil kira keputusan dari Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang terpaksa mengadakan pilihanraya semula
berikutan masalah teknikal dengan sistem e-voting mereka.
Aspirasi Mahasiswa menguasai UPM, UUM, Universiti
Malaysia Sarawak (Unimas), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI); Universiti
Malaysia Pahang (UMP); Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Di UPM, Aspirasi Mahasiwa yang juga dikenali sebagai
Pro-Aspirasi memenangi 39 daripada 47 kerusi yang dipertandingkan sementara
Pro-Mahasiswa memperoleh tujuh kerusi.
Calon Pro-Aspirasi turut menyapu bersih sebanyak 34
daripada 36 keruasi di UUM, 18 daripada 20 kerusi di UMT, 22 daripada 24 kerusi
di UMP dan menang kesemua kerusi di UPNM.
Di UM, yang merupakan universiti tertua dan sekian
lama dikenali sebagai 'lubuk pembangkang' kumpulan Aspirasi Mahasiswa yang
menggunakan nama Pengerak Mahasiswa telah memberi tentangan yang sengit kepada
pencabar mereka Pro M.
Kejayaan utama Pengerak Mahasiswa UM adalah dengan
pertambahan kerusi sebanyak enam menjadikan 19 berbanding 13 dalam pilihanraya
kampus tahun lepas.
Pro M yang hanya menang 20 kerusi berbanding 26 tahun
lepas manakala dua lagi kerusi dimenangi calon bebas yang dipercayai cenderung
menyokong Aspirasi Mahasiswa.
Selain itu, calon-calon Aspirasi Mahasiswa UM juga
mewakili berbagai kaum yang mengambarkan kejayaan konsep 1Malaysia di
universiti tersebut.
Keputusan lain di Universiti Malaysia Sabah (UMS),
Aspirasi Mahasiswa menang keseluruhan 38 kerusi yang dipertandingkan,
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menang 10 daripada 14 kerusi, Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) menang 32 daripada 36 kerusi.
Di Universiti Sains Malaysia Aspirasi Mahasiswa menang
37 kerusi, Pro-M menang 7 dari 44 kerusi yang dipertandingkan.
Di UKM, satu lagi lubuk pro-M, mereka menang dengan 19
kerusi berbanding Aspirasi Mahasiswa 10 kerusi. Untuk rekod di UKM, calon Pro-M
menang 7 kerusi tanpa bertanding, kerana 'kegagalan' Aspirasi Mahasiswa
meletakkan calon.
Khamis lalu, dalam pemilihan di lima buah universiti,
Aspirasi Mahasiswa turut mencatat kemenangan besar menewaskan Pro-M.
Lima universiti itu ialah Universiti Malaysia Perlis
(UniMAP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Teknikal
Malaysia Melaka (UTeM). Aspirasi Mahasiswa menang kesemua kerusi di UiTM (50
kerusi), UniMAP (31), UTeM (28) dan UniSZA (24).
Sementara di UTHM, Aspirasi Mahasiswa telah memenangi
25 daripada 27 buah kerusi yang dipertandingkan.-26/9/2012
saifulfromslim.blogspot
No comments:
Post a Comment