Aku tertarik dengan satu cerita mengenai cerita seorang ayah yang mempunyai kesan mendalam pada diri ini. Adakah aku mempunyai pengalaman yang sama semasa hayat arwah ayah ku satu masa dulu. Aku pun tak tahu... Tapi yang pasti aku sangat-sangat tertarik dengan kandungan ceritanya dan bukan kerana olahan atau bahasanya...
Suatu hari, seorang ayah balik dari kerjanya. Hari yang ke-29 Ramadhan. Ayah seorang penarik beca. Cepat-cepat dia membuka sepatunya apabila melihat raut wajah anaknya di pintu. Senyuman terukir di bibir anaknya.
Anaknya yang berusia 8 tahun siap sedia menanti di pintu. Itulah rutin anak perempuannya yang seorang itu. Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang
.
Anak: "Assalamualaikum..mari adik tlg letakkan kasut ayah di
rak.." ( sambil tangan kecilnya memaut lembut tangan ayahnya..)
Ayah: "Waalaikumsalam..terima kasih. Comel anak ayah ni. Mari duduk sebelah ayah. Ayah nak berikan sesuatu."
Anak kecil itu duduk bersimpuh sebelah ayahnya. Ternanti- nanti apakah yang hendak diberikan oleh ayahnya. Ditatap wajah ayahnya. Wajah tua yang berada di hujung usia - 60 an. Nampak garis-garis kedutan, dengan kesan peluh keringat membasahi tepi dahi ke leher ayahnya. Cengkung pipi ayahnya. Cepat-cepat si anak kecil itu lapkan peluh ayahnya dengan lengan baju yang dipakainya. Ayah tersenyum selesa dengan reaksi anaknya.
Ayah: "Nah..ini untuk kamu. RM100. Hadiah kerana kamu
berjaya khatam al-Quran sepanjang Ramadhan ini. Ini ayah
kumpul sepanjang bulan puasa ini. Ayah cuma mampu
berikan sebanyak ini, namun ayah percaya Allah pasti berikan
lebih banyak untuk kamu. Kenapa Allah bagi banyak? Satu,
sebab kamu rajin. Dua, sebab kamu comel sangat. :) "
Anak kecil itu tidak menerima huluran wang ayahnya. Dia
meminta izin masuk ke rumah sekejap untuk mengambil
sesuatu. Kemudian datang tergesa-gesa menghadap ayahnya
kembali dengan sesuatu di tangannya. Sepasang kasut.
Anak: "Ayah, ini untuk ayah. Selama 3 bulan saya kumpulkan
sebahagian besar duit makan yang ayah berikan setiap hari.
Ini je termampu saya belikan untuk ayah. Kasut ayah tadi
dah berlubang dan koyak. Kaki ayah luka-luka. Tapak kaki
ayah melecet-lecet. Terimalah ayah. Hadiah kecil dari saya."
Si ayah sebak. Menahan titisan air mata di kelopaknya.
Anak: "Ayah tak perlu berikan hadiah wang sebanyak itu.
Wang itu simpanlah untuk kegunaan kita sekeluarga. Bagi
saya, ayah adalah hadiah yang terbaik pernah saya ada. Ayah
hadiah terbesar yang Allah bagi pada saya. Saya dah
bersyukur. Adanya ayah."
Si kecil memeluk lembut tubuh ayahnya. Si ayah tidak mampu lagi menahan air mata yg bertakung.
Akhirnya menitis jua dari sepasang mata yang uzur.
saifulfromslim
Assalamualaikum. Mohon share saudara.Terima kasih.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletethanks kerana sudi share
Delete