Orang amerika dan masyarakat benua
eropah selalu berkata mereka menghormati hak kebebasan manusia. Tapi yang
menghairankan mereka m,enafikan hak orang beragama. Orang islam tidak pernah
menghina Nabi Isa tetapi mereka ini saja asyik menghina nabi Muhammad SAW dan
Islam. Kenapa mereka asyik suka bersikap berpura-pura dalam kehidupan ini.
Apakah mereka ini terlalu takut dengan agama islam
( Saiful Anuar Safian)
American peoples and European
continental society have always said
they respect human rights. But surprisingly they deny the rights of conscience.
The Muslims never insult Jesus, but they are just eager to insult the prophet
Muhammad and Islam. Why do they keep pretending like being in this life. What
they are too afraid of Islam?
(saiful Anuar Safian)
Saya begitu tertarik pada penulisan
Dr Ridhuan Tee seorang pesyarah kanan U Pertahanan pada persoalan bahayanya ultra
kiasu dalam, masyarakat melayu dan Islam amnya di Malaysia nie…..khusus bila
terjadi penghinaan pada islam yang sedang memuncak nie…
Petikan
dari penulisan Dr Ridhuan Tee:
Saya begitu teruja dengan kenyataan
bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman yang menyertai PAS Mei
lalu,bahawa persefahaman PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat mencetuskan suasana
politik lebih sihat, berbanding sebelum mereka bersama dalam gabungan itu,
diibaratkan oleh beliau seperti anjing dengan kucing. Saya tidak pasti siapakah
anjing, siapakah kucing? Sudah tentukan anjing (haram) itu ultra kiasu dan
kucing (halal) itu PAS. Jika begitulah pengibaratan, maka biasanya yang akan
menang dalam pertarungan adalah anjing (ultra kiasu). Selama inipun ultra kiasu
sahaja yang menang ekoran perpecahan Melayu yang tidak berkesudahan.
Apakah benar dakwaan beliau bahawa
tidak ada syak wasangka dalam Pakatan Rakyat? Buatlah kajian secara akademik,
sekadar berasaskan pengalaman menyiasat sahaja tidak mencukupi rasanya. Jika
ultra kiasu sudah lembut dengan Islam, sudah tentu pendirian mereka terhadap
Islam berubah. Ini tidak, semakin lama semakin kuat mereka menentang Islam.
Bukan itu sahaja, mereka semakin berani mencabar kedaulatan agama Islam. Jika
dahulu angkat kepala pun tidak berani. Hari ini disebabkan oleh perpecahan
Melayu, usahkan angkat kepala, dengan kepala-kepala kita dipijaknya.
Persoalan yang ditimbulkan kenapa
ultra kiasu boleh menerima Kanun Keseksanan tetapi tidak hudud? Jawapannya,
disebabkan oleh sikap anti Islam. Ultra kiasu tidak langsung mahu menerima apa
jua agenda Islam. Ultra kiasu bukan tidak tahu bahawa hudud ini tidak ada
kaitan langsung dengan mereka. Hudud ini adalah untuk orang Islam SAHAJA, sama
seperti kewujudan mahkamah syariah. Kenapa mereka begitu kuat menentang? Mereka
tidak mahu ada apa-apa konotasi yang boleh dikaitkan dengan Islam, kerana akan
menjadi precedence dan kekal selamanya. Beginilah jahatnya ultra kiasu dalam
perancangan mereka.
Cubalah belajar daripada sejarah,
jangankan hudud, sejak dahulu lagi ultra kiasu tidak pernah mengiktiraf
kewujudan mahkamah syariah. Sebab itu apa jua perkara berkaitan dengan umat
Islam, mereka sedaya upaya untuk elakkan perbicaraan dilakukan di mahkamah
syariah. Kenapa? Fikirkanlah sendiri.
Soal aliran lama dan aliran baharu
dalam ultra kiasu ini tidak banyak beza. Cubalah tanya ketua pemuda dan
pimpinan muda ultra kiasu yang menjadi exco kerajaan negeri Selangor, adakah
mereka bersetuju dengan hudud? Sekadar makluman, kepada bekas polis tersebut,
kebanyakan pimpinan baharu ultra kiasu dikuasai oleh mereka yang beragama
Kristian. Sikap mereka terhadap Islam begitu jelas. Sebab itulah mereka berjaya
mendirikan begitu besar gereja-gereja untuk menggelamkan mercu tanda
Islam.
PAS akan selama-lamanya tidak akan
dapat melaksanakan hudud selagi berkawan dengan ultra kiasu yang anti Islam
ini. Mereka terpaksa berkawan dengan PAS kerana tidak ada pilihan untuk
mendapat kuasa. Sama juga perkawanan PAS dengan ultra kiasu. Real politik
membuktikan, untuk menang dalam pilihan raya, parti-parti Melayu (Islam) mesti
berkawan dengan bukan Islam. Persoalannya, adakah bukan Islam ini boleh
dipercayai atau tidak, lebih-lebih ultra kiasu?
Saya mungkin tidak dapat bersetuju
jika hanya melabelkan ultra kiasu itu DAP sahaja. Ultra kiasu ini berada di
mana-mana, termasuk dalam komponen Barisan Nasional. Selagi sistem pendidikan
kita, beginilah coraknya, bersifat perkauman. Selagi itulah kita akan terus
melahirkan lebih ramai lagi ultra kiasu, sama dalam DAP atau parti di luar DAP.
Seterusnya, kenapa hudud begitu
ditentang, berbanding dengan amalan hubungan seks songsang LGBT? Ultra kiasu
langsung tidak menentang LGBT, tetapi menjadi jaguh dan menggalakkan LGBT.
Kenapa? Mereka mahukan umat Islam rosak. Apabila umat Islam ramai yang rosak,
umat Islam secara otomatik akan menentang hudud suatu masa nanti. Strateginya
sekarang, ‘cairkan’ kehidupan cara hidup Islam daripada umat Islam. Jangan
biarkan ada sedikitpun umat Islam mendapatkan cara hidup mereka sendiri.
Untuk makluman bekas polis ini juga,
ultra kiasu (dan sekutunya) yang menentang hudud ini adalah keturunan
berserban, agama Sikh. Jika kita mengkaji perbandingan antara agama, agama Sikh
yang berusia 600 tahun mempunyai beberapa persamaan dengan agama Islam, sebab
pengasasnya Guru Nanak, bermajikankan orang Islam. Cara hidup Sikh amat ketat,
misalnya orang lelaki mesti berserban, tidak boleh bercukur dan
sebagainya.
Sepatutnya beliau menggalakkan jika ada manusia yang mahu
kembali dan beramal dengan agamanya. Logiknya, tidak ada nilai agama yang
benar, yang mahu merosakkan pengikutnya. Ini tidak, agama lain boleh diamalkan
dengan sebebas-bebas dan hak mereka mesti diberikan. Jika tidak diberikan, maka
bertempiklah mereka kepada dunia bahawa Malaysia tidak mengamalkan kebebasan
beragama dan tidak menjaga hak asasi manusia.
Tetapi bila tiba kepada agama Islam,
jawapannya, ini tidak boleh, itu tidak boleh. Mereka bersepakatan menentang
Islam. Mereka mahu kita kembali kepada zaman British, menjadi Islam hanya
relevan di masjid surau, pondok-pondok dan sebagainya. Dalam konteks cara hidup,
mereka akan tentang. Lebih-lebih lagi undang-undang Islam.
Kenapa sistem demokrasi mutlak mudah
diterima tanpa banyak soal, walaupun kehancuran hasil sistem demokrasi itu
berlaku di depan mata. Menurut sahabat saya Faiz Na’man (2012), sistem
demokrasi mutlak (bebas) yang tercipta oleh bangsa Yunani, yang merupakan
tamadun penyembah berhala adalah satu sistem yang mengetengahkan apa yang
dikehendaki oleh manusia itu sendiri, bukannya apa yang telah digariskan oleh
Pencipta manusia itu. Bacalah sama buku Arno Froese (2008), bertajuk How
Democracy Will Elect The Antichrist.
Tambah Faiz (2012) lagi, sepanjang
sejarah peradaban manusia, dunia telah melalui pelbagai sistem atau ideologi
pemerintahan untuk memenuhi kehendak nafsu manusia mentadbir bumi ini. Dari
ideologi autokrasi, monarki, dinasti, teokrasi, komunisme, fasisme, hinggalah
kepada demokrasi. Mana yang wujud dahulu tidak terlalu penting untuk
dibicarakan, tetapi kesan serta hala tuju sesuatu sistem pemerintahan itu yang
patut diberi perhatian. Seiringan dengan era penjajahan, Nusantara juga telah
mengalami beberapa "revolusi" dalam ideologi yang diguna-pakai untuk
menjalankan pemerintahan manusia. Rumpun Melayu pada asalnya adalah serasi
dengan sistem monarki (yakni beraja) yang telah menjadi fitrah zaman berzaman
nenek moyang kita, sejak wujudnya Empayar Srivijaya hingga ke Empayar Melayu
Melaka. Begitu lamanya Rumpun Melayu hidup bersistem dan beradat yang dinaungi
oleh sistem monarki ini tadi sambil diperkuatkan lagi dengan kedatangan agama
Islam ke Nusantara.
Kedatangan Islam ternyata telah
merubah kehidupan orang Melayu. Ketika itu orang Melayu masih belum
diganggu-gugat dengan kehadiran para pendatang asing yang menetap di situ.
Orang Melayu bebas untuk menentukan cara hidup mereka. Orang Melayu mendapat
hak mereka dan cara hidup mereka. Maka tertegakkan kerajaan Islam Melaka,
termasuk perlaksanaan hukumnya. Malangnya, keadaan mula berubah apabila Melayu
lupa diri. Persengketaan sesama mereka telah menyebabkan mereka dijajah.
Hari ini umat Islam mahu kembali
semula kepada cara hidup mereka ketika zaman mereka sebelum dijajah? Kenapa
tidak boleh? Bukankah ini tanah mereka sendiri? Tidakkah penduduk asal berhak
untuk menentukan cara hidup mereka berbanding dengan orang lain? Tidakkah juga
semua bangsa yang bertuankan tanah tumpah mereka berjaya melaksanakan cara
hidup dan sistem mereka sendiri?
Saya petik lagi kata-kata Faiz
(2012), adakah kafir Barat redha dengan sistem kenegaraan yang Malaysia guna
hari ini? Jawapannya tidak sepenuhnya. Sejak dari merdeka lagi, kafir Barat
terutama dari Britain dan Amerika cuba memperkotak-katikkan kepimpinan Melayu-Islam
kita dengan pelbagai alasan, mereka suka jika Malaysia menjadi kucar-kacir
akibat diperintah oleh pemimpin yang lemah dan korup, agar akhirnya umat
Melayu-Islam melutut kembali kepada cara hidup sekular. Jika mereka tidak dapat
melemahkan kerajaan Malaysia hari ini secara luaran, mereka akan cuba
melemahkannya dari dalam, iaitu melalui minda dan corak pemikiran para pemimpin
politik kita sendiri. Mereka susupkan agenda halus mereka atas nama Hak Asasi
Manusia. Mereka mahu Malaysia menjadi sebuah Republik Demokrasi Liberal (Bebas)
seperti Indonesia. Tujuan akhir mereka ialah tidak lain dan tidak bukan, untuk
melahirkan masyarakat “rojak” yang hilang identiti serta jati diri kerana
menganut kebebasan mutlak. Rumpun Melayu akhirnya akan tinggal sebagai bahan
sejarah, akidah Islam akhirnya lupus dari ingatan dan panduan warganya.
Realitinya, tanpa kuasa politik, Melayu-Islam itu adalah paria di negara
sendiri.
Inilah hakikat yang dinukilkan oleh
Faiz yang sedang dirancang oleh ultra kiasu dengan bantuan barat. Justeru,
berhati-hatilah, mudah-mudahan kita tidak merana di bumi sendiri.
Saifulfromslim.blogspot.com
No comments:
Post a Comment