Pertama
Guru besar Cabul 2 murid perempuan di Teluk Intan
Lagi satu haprak punya guru besar buat malu kaum guru je
Dah le tue kat Ng Perak pulak...
TELUK INTAN 28 Sept. - Polis menahan seorang guru besar sebuah sekolah rendah yang didakwa mencabul dan cuba merogol dua murid sekolahnya ketika menghantar mangsa pulang ke rumah menaiki keretanya di sini petang semalam.
Suspek berusia 57 tahun ditahan di rumahnya malam tadi selepas keluarga dua murid berusia 11 tahun itu membuat laporan polis petang semalam.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.40 petang apabila kedua-dua mangsa mendakwa guru besar itu tidak terus menghantar mereka pulang sebaliknya membawa mereka ke rumahnya di Pekan Baru terlebih dahulu untuk memuaskan nafsunya.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, semasa berada di rumah guru besar itu, dua murid perempuan itu mendakwa mereka telah dipeluk dan dicium oleh suspek.
"Mangsa juga mendakwa guru besar itu meminta mereka menanggalkan pakaian tetapi mereka menjerit meminta tolong dan merayu supaya dihantar pulang.
"Selepas didesak oleh kedua-dua mangsa, guru besar itu telah menghantar mereka pulang ke rumah masing-masing," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Kok Liang berkata, kedua-dua mangsa yang pulang dalam keadaan ketakutan kemudian menceritakan kejadian itu kepada keluarga mereka yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Teluk Intan.
Susulan laporan yang dibuat, polis menahan suspek dan membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Kedua
Mangkok ayun punya bangsat.. Elok tangkap dan humban je dalam lubang jamban..bior mampus lagi bagus...Dia ingat dia bagus sgt le tue...
Suspek hina Allah direman empat hari
SHAH ALAM 27 Sept. - Polis hari ini mendapatkan perintah tahanan reman selama empat hari bagi membolehkan siasatan lanjut terhadap seorang pemuda yang didakwa menghina Allah dan Nabi Muhammad SAW dalam laman sosial Facebook dilakukan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, perintah tahanan reman yang diperoleh di Mahkamah Majistret Klang itu bermula hari ini sehingga Ahad depan.
"Suspek berusia 25 tahun ditahan semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
"Sebarang perkembangan siasatan akan diberitahu kelak," kata beliau kepada pemberita di Pusat Media Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.
Pemuda terbabit ditahan di rumahnya di Taman Klang Jaya, Klang semalam bagi membantu siasatan kerana didakwa menghina Allah dan Nabi Muhammad SAW dalam laman sosial Facebook baru-baru ini.
Polis turut merampas sebuah komputer riba milik suspek semasa dia ditahan untuk siasatan lanjut.
Sebelum ditahan, suspek datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan tengah malam kelmarin untuk membuat laporan polis menafikan dia menulis kata-kata penghinaan dalam laman sosial itu.
Dia juga mendakwa komputer ribanya pernah hilang pada Jun lalu.
Menurut Mohd. Adnan, polis masih mengesan sekumpulan lelaki yang melakukan pecah rumah dan rusuhan di rumah suspek di Taman Klang Jaya, Klang.
Bagaimanapun, kata beliau, sehingga petang ini belum ada tangkapan dibuat.
"Polis menerima 23 laporan di negeri ini menggesa siasatan dilakukan terhadap tindakan pemuda itu di laman Facebooknya," tambah beliau.

Ketiga
Ini cerita Mat rempit mangkok ayun...Pandai le konon berlakun tapi akhirnya tertangkap... Konon Cerdik tp Bingai.
KUALA TERENGGANU 29 Sept. - Gara-gara cuba mengelak sekatan jalan raya dalam operasi cegah lumba haram di sekitar daerah ini, enam mat rempit sanggup bersembunyi di dalam sebuah surau di Jalan Tok Adis, Kuala Ibai, dekat sini semalam.
Bagi mengaburi mata polis, mereka meninggalkan motosikal di depan rumah penduduk di kawasan perumahan itu selain memasuki rumah ibadat tersebut dengan memakai selipar bagi mengelak dikesan.
Bagaimanapun, tindakan mereka itu dapat dihidu anggota polis sebelum kesemuanya ditahan.

Keempat
Kenape ujung minggu nie banyak cerite pelik dan menyakitkan hati berlaku. Nie kisah Pak Imam mencabul remaja lelaki dan penagih dadah pulak tue. Pak Imam jenis ape le nie. Nie le susah pandai je mengaji sikit...masyarakat dah terima dia jd pak imam tanpa melihat tauliah dan kelayakkan nya untuk menjadi imam...buat malu je..
Imam ditahan kes dadah, cabul tiga remaja lelaki
MUAR 26 Sept. - Seorang imam berusia 32 tahun dari Parit Jawa di sini ditahan polis kerana positif dadah dan mencabul tiga remaja lelaki yang merupakan anak murid kelas mengaji al-Quran Isnin lalu.
Perbuatan terkutuk imam berkenaan yang juga seorang duda ke atas tiga mangsa berusia antara 14 hingga 18 tahun itu terbongkar apabila dia membuat laporan polis mengatakan rumahnya dipecah masuk.
Menurut sumber, semasa penyiasatan kes pecah rumahnya dilakukan, tiga mangsa itu yang tinggal berdekatan mengambil kesempatan tersebut dengan menceritakan kepada polis mengenai perbuatan imam berkenaan.
"Imam terbabit dikatakan melakukan perbuatan tidak bermoral itu sejurus selesai kelas mengaji dengan mengatakan mahu membuat urutan kesihatan tetapi sebenarnya mengurut bahagian sulit mangsa.
"Perbuatan itu sudah berlaku sejak tiga bulan lalu dan mangsa tidak dibenarkan memberitahu ibu bapa mereka berkaitan perlakuan suspek ke atas mereka," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sumber itu berkata, imam itu yang bertugas di sebuah surau di kuarters kerajaan di bandar ini sejak Ramadan lalu turut merakamkan setiap aktiviti tersebut dan menyimpan lebih 500 gambar mangsa dalam telefon bimbit miliknya.
Lebih memeranjatkan katanya, imam berkenaan juga seorang penagih dadah apabila didapati positif dadah jenis syabu semasa ujian air kencing ke atasnya dilakukan.

cerite drp Utusan Malaysia oleh saifulfromslim.blogspot