my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

18 April 2013

LEE LAM THYE BEKAS VETERAN POLITIK DAP BERKATA - PASAL PRU KE 13 INI

LEE LAM THYE BEKAS VETERAN POLITIK DAP BERKATA - PASAL  PRU KE 13 INI


PILIHAN raya adalah satu proses untuk rakyat mengunakan hak mereka memilih wakil rakyat di peringkat Parlimen dan negeri selaras dengan sistem demokrasi berparlimen. Kewajipan ini perlu dilaksanakan bagi melangsungkan pembentukan sebuah kerajaan menurut pilihan rakyat.

Mereka yang dipilih adalah mereka yang diberi kepercayaan serta mandat untuk memikul beban yang berat yang di amanahkan oleh rakyat untuk mentadbir negara demi kepentingan rakyat dan tidak lain daripada itu.

Wakil rakyat yang dipilih mestilah berwibawa, bermoral mulia, berintegriti tinggi dengan semangat patriotik yang kental dan bersedia memberi komitmen kepada tugas berkhidmat untuk rakyat dan negara.

Tahniah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang selama ini berjaya melaksanakan tugasnya yang diamanahkan dengan memastikan sebanyak 12 kali pilihan raya berjalan dengan aman, sungguhpun terdapat sedikit sebanyak kekurangan dan kelemahan. Semoga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan berjalan dengan lebih baik secara aman, tenteram dan teratur.

Jadikanlah PRU-13 ini sebagai pilihan raya yang diberikan tumpuan kepada perpaduan rakyat di mana ia menjadi permulaan yang hebat untuk negara Malaysia dengan memasuki era politik progresif yang matang dengan memperlihatkan keunggulan demokrasi yang mengikut corak budaya Malaysia sebagai satu bangsa dan satu negara.

Kematangan berpolitik perlu diperlihatkan setelah 55 tahun merdeka dengan mengetengahkan isu-isu relevan yang berkepentingan rakyat dan bukan memainkan sentimen sekadar untuk meraih undi.

Perpaduan perlu dititikberatkan semasa kempen pilihan raya apatah lagi pasca pilihan raya. Bertitik tolak daripada permulaan proses penamaan calon pada 20 April nanti sehingga tarikh mengundi pada 5 Mei, semua pihak perlu bertanggungjawab supaya tidak menggunakan sentimen kempen yang berlandaskan perkauman serta fahaman pelampau.

Pendekatan kempen perlu meletakkan matlamat besar perpaduan negara diutamakan selain daripada kesejahteraan rakyat dengan tidak membawa perkara yang mengakibatkan perpecahan antara kaum.

Pasca pilihan raya sudah tentu membawa pelbagai reaksi sama ada positif malah juga yang negatif. Saat dan ketika ini adalah paling kritikal di mana semua pihak sama ada yang menang dan yang kalah perlu menerima keputusan dengan hati yang terbuka kerana hasil keputusannya adalah mencerminkan kehendak rakyat majoriti.

Hakikatnya kita perlu sedar bahawa proses pilihan raya bukanlah kerana kepentingan calon mahupun parti atau siapa yang kalah dan siapa yang menang tetapi ia adalah hasil nukilan kehendak majoriti rakyat yang memilih walaupun kemenangan hanya berlandaskan majoriti tipis sekalipun. Suara rakyat adalah suara penentu dan setelah rakyat memutuskan semua pihak hendaklah menerimanya tanpa sebarang kemusykilan dan keraguan.

Semua pihak perlu menerima apa yang diputuskan rakyat dan sama-sama memikul tanggungjawab untuk memacu negara ke peringkat yang lebih cemerlang.

Yang pasti di bawah sistem demokrasi, pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat memerlukan perhatian penuh. Ini adalah kerana setiap kali proses pilihan raya selesai kita perlu mengerakkan kembali segala gerak kerja pembinaan negara yang terhenti untuk seketika. Proses pembangunan negara mampan tidak boleh digadaikan kerana akibatnya adalah sangat buruk.

Satu usaha gigih perlu dibuat pasca pilihan raya untuk menyatupadukan semua peringkat sama ada dalam kalangan ahli parti yang bertanding sehinggalah kepada rakyat yang memberi sokongan demi kepentingan rakyat dan negara.

Satu program perpaduan pasca pilihan raya perlu digerakkan untuk ini. Semua pihak perlu berusaha untuk melaksanakan program tersebut secara bersendirian ataupun secara berkumpulan dengan penglibatan orang ramai dan badan-badan berkepentingan.

Apa yang perlu ditekankan di sini ialah sungguhpun kita perlu memberi isi kepada sistem demokrasi berparlimen melalui pilihan raya tetapi pada akhirnya kita bertanggungjawab memastikan negara kita tidak berpecah belah dan mengalami polarisasi kaum selepas PRU-13.

Di sinilah terletak cabaran terbesar kepada semua.

2 comments:

  1. Sir Im suggesting a unity school where English be the medium of instruction. English because it is a pull factor to attract all races to enroll espeacially Indian and Chinese. The idea is to have children of all races study under one roof so that they could mingle and communicate amongst themself to become future moderate citizen.
    I would name this unity school National 1 Malaysia Primary School. Please comment Sir

    ReplyDelete
  2. Sir Im suggesting a unity school where English be the medium of instruction. English because it is a pull factor to attract all races to enroll espeacially Indian and Chinese. The idea is to have children of all races study under one roof so that they could mingle and communicate amongst themself to become future moderate citizen.
    I would name this unity school National 1 Malaysia Primary School. Please comment Sir

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...