my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

06 April 2013

Kesian Wan Azizah...Name je President.....Satu kate tak bertanding, satu lagi kate lain pulak


Kesian Wan Azizah...Name je President.....Satu kate tak bertanding, satu lagi kate lain pulak


Ikut ceritanya kalangan ahli PKR pun sudah naik pening kepala dibuatnya hingga tertanya-tanya 'siapa yang sebenar berkuasa ni?'.Ada yang merungut melihat keadaan begini susah nak salahkan kalau siapa saja merasa pertembungan kem antara penyokong PKR yang pro Presiden dan Timbalan Presiden parti itu semakin memuncak menjelang pengumuman rasmi calon-calon PRU13.

Bayangkan Rabu, Datuk Seri Anwar Ibrahim umum isterinya yang juga presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizan Wan Ismail tidak bertanding, Khamis malam anak Anwar yang juga naib presiden parti, Nurul Izzah, dakwa ibunya tetap bertanding.Lebih bercelaru, kenyataan Anwar mengenai keputusan Wan Azizah tidak bertanding disokong oleh timbalannya, bekas setiausaha sulit Anwar, Azmin Ali.

Perang kem ini memuncak berikutan kuasa Wan Azizah untuk menandatangani watikah calon PKR yang diikhtiraf berikutan kedudukannya sebagai presiden parti.Hak Wan Azizah ini, tidak boleh dipandang remeh oleh sesiapapaun.Agendadaily dimaklumkan, wujud dua senarai calon terutamanya dalam PKR Selangor, iaitu dari kem Azmin yang juga ketua PKR Selangor, dan kem Tan Sri Khalid Ibrahim,Menteri Besar.

Wan Azizah dan Nurul Izzah difahamkan lebih cenderung kepada kem Khalid.
"Itu hanya cakap-cakap politik," kata Nurul pada wartawan di Kuala Terengganu pada Khamis malam, walaupun menyedari berita itu berpunca daripada portal berita PKR yang memetik bapanya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara itu kepada stesen televisyen Al-Jazeera Rabu lepas.

"Itu kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) Keadilan (merujuk kepada KeadilanDaily.com) saja. Setakat ini tidak ada perancangan sebegitu dan ia akan dimuktamadkan semasa hari penamaan (calon) nanti."Saya rasa pengumuman rasmi akan dibuat pada Rabu (depan) oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau akan tahu pastinya mengenai persiapan calon," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Chabang Tiga Kuala Terengganu.

Di celah ini semua Wan Azizah sendiri setakat ini belum ada buat kenyataan sahkan beliau tidak mahu bertanding.Untuk rekod, bos JPRP adalah Azmin Ali.Kenyataan Dr Wan Azizah tidak akan bertanding dimaklumkan Anwar semasa temu bual secara langsung dengan Al-Jazeera pada Rabu, menurut portal berita PKR.

Dalam pada itu lebih menarik Nurul Izzah juga kata tidak percaya Anwar akan beralih angin bertanding di Perak seperti yang dibayangkan bapanya."Saya fikir beliau tidak menyatakan yang beliau bersedia bertanding di Perak. Ini spekulasi media dan saya sendiri telah mendapat memorandum daripada warga Permatang Pauh yang meminta beliau (Anwar) kekal di sana.



"Ada satu dimensi sentimental yang amat unik di Permatang Pauh. Ibu saya Wan Azizah telah tiga penggal menjaga kerusi dan berkhidmat di sana dan ternyata permintaan mereka untuk (Anwar) kekal di sana harus diambil kira," katanya.Anwar menyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh selepas menang pilihan raya kecil yang diadakan pada 26 Ogos 2008 ekoran tindakan Dr Wan Azizah mengosongkan kerusi itu untuk suaminya.

Mengenai pembahagian kerusi PKR dan PAS di Terengganu, Nurul Izzah berkata perkara itu masih dalam perbincangan di peringkat akhir dan akan akan ditentukan dalam sehari dua lagi.Sementara itu, di dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini, Azmin sekali lagi mengesahkan bahawa Wan Azizah tidak tersenarai untuk bertanding pada PRU 13.

Azmin mengakui bahawa nama Wan Azizah tiada dalam senarai calon PKR di Selangor."Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah buat kenyataan crystal clear yang sangat jelas bahawa Presiden tidak akan bertanding," katanya.

Mengulas lanjut Azmin berkata, parti itu lebih memerlukan khidmat Wan Azizah terutama dalam menyertai kempen di seluruh negara bagi mencapai matlamat yang lebih besar iaitu untuk menuju Putrajaya."Presiden mempunyai pengaruh yang kuat terutama di kalangan wanita. Parti secara keseluruhannya memerlukan beliau dalam konteks yang lebih besar."Jadi mengapa kita perlu sekat presiden hanya di satu kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) sahaja sedangkan semua pihak di seluruh negara perlukannya?," katanya.

Sebelum ini Wan Azizah mengakui sedang meneliti secara serius untuk bertanding di salah satu kerusi DUN di Selangor pada PRU akan datang

Sumber: Agendadaily

saifulfromslim

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...