Budaya membongkar aib
Budaya mengaib orang lain kini hangat
diperkatakan dalam kempen-kempen PRU ke
13 ini. Siapa memulakan? Kini pihak pembangkang khususnya PAS dan PKR menuding
jari ke UMNO sebagai pihak yang suka mengaib orang lain khususnya pemimpin-pemimpin
pembangkang. Bila terkena batang hidung sendiri baru ianya dianggap salah dari
aspek hokum-hukum islam. Aku begitu keliru dengan sikap dwi standard dalam
perkatakan isu hum ini. Aku pernah terdengar kenyataan President Pas berhubung
perkara ini. ‘Abdul Hadi Awang berkata: Dari aspek pemimpin negara, pendedahan itu dibenarkan Islam bagi
membolehkan rakyat mengenal pemimpin yang mengamalkan rasuah dan berperibadi
tidak layak untuk menjadi pemimpin". Selang beberapa tahun, Hadi sekali
lagi menjelaskan pendirian Pas tentang Acara Melondeh Kain Pemimpin" seperti yang
dilaporkan DetikDaily, 27 Ogos 2009 ‘ Sekarang mereka pusing 360 darjah bila tak
tahu nak menangkis sebab pihak mereka untuk PRU 13 ini terpalit sama dengan
pelbagai salah laku. Hah….sekarang baru tahu langit itu tinggi atau rendah.
Lain kali buat lagi perangai macam ini. Yang paling aku rasa terkilan ialah
mula cari helah dengan merumus semula hukum islam agar segala kesalahan
terpalit pada pihak BN dan UMNO.
Sudah-sudah lah buat perangai. Kata diri itu, ulamak atau pewaris nabi.
Macam mana orang nak hormat ulamak jenis ini dan menerima dan mengiktiraf kamu
sebagai ulamak?
saifulfromslim
Budaya
membongkar aib dimulakan pembangkang
Oleh Mohd.
Radzi Othman
MASIHKAH kita ingat bagaimana Mat Sabu
menggelar bekas Timbalan Perdana Menteri sebagai Al Juburi? Juga kita tidak
pernah lupa siapakah pihak yang menjaja gambar seorang menteri semasa beliau
muda belia yang tengah memegang cawan kononnya berisi arak".
Serta siapakah gerangan yang menyebar luas gambar Anwar Ibrahim sedang
berdansa suatu masa dahulu?
Sebenarnya masih
banyak contoh bagaimana pembangkang menjadi perintis dan jaguh dalam acara
membuka aib tokoh politik dan pemimpin kerajaan. Kemudian perbuatan menyelak
kain dan membuka aib pemimpin ini dihalalkan oleh Presiden Pas - yang
ditabalkan sebagai ulama besar - dalam sidang akhbar pelancaran
manifesto barisan pembangkang di Ibu Pejabat Parti Keadilan Nasional di Seksyen
13 bertarikh 16 Mac 2004.
Abdul Hadi Awang
berkata: Dari aspek pemimpin negara, pendedahan itu
dibenarkan Islam bagi membolehkan rakyat mengenal pemimpin yang mengamalkan
rasuah dan berperibadi tidak layak untuk menjadi pemimpin". Selang
beberapa tahun, Hadi sekali lagi menjelaskan pendirian Pas tentang Acara Melondeh Kain Pemimpin" seperti yang dilaporkan
DetikDaily, 27 Ogos 2009:
Di mana dalam
amanah memilih pemimpin kita wajib mendedah peribadi orang yang hendak dipilih
itu, adakah ia seorang yang benar-benar adil, tidak fasik dan tidak melakukan
perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah
Bahkan,
dalam perkara saksi di mahkamah, saksi dalam perkahwinan pun kita kena dedahkan
peribadi seseorang. Inikan pula untuk memilih wakil rakyat dalam satu kawasan
yang mewakili rakyat untuk membuat dasar dalam Dewan Undangan Negeri
(DUN). Maka, ia perlu ditelitikan dalam perkara maruah dan peribadi pemimpin
ini."
Namun menariknya
adalah kenyataan Hadi yang menerangkan pendirian UMNO serta Barisan Nasional
(BN) tentang pembongkaran kisah aib dan lucah. DetikDaily melaporkan bahawa
Hadi mengetahui sebenarnya budaya BN yang menolak acara londeh kain, dia
berkata: Saya ingin menarik perhatian, dalam pilihan raya
kecil di Permatang Pasir sebagai contoh, UMNO dan Barisan Nasional mengatakan
kita tidak boleh menyebut keaiban seseorang, sedangkan pilihan raya
adalah suatu amanah yang besar untuk rakyat memilih pemimpin".
Justeru, jika
diimbas dari awal kemunculan kisah lucah dan melondeh ini, ternyata ia adalah
gejala yang dibudayakan oleh parti pembangkang. Mereka telah lakukan pekerjaan
ini bertahun-tahun lamanya serta mereka tambat dengan pelbagai fatwa sesat agar
masyarakat menerima jenayah ini sebagai metode Islam.
Larangan Menyebarkan Aib Manusia
Sedangkan ajaran
Islam yang sebenar melarang umatnya daripada membuka aib manusia lain. Nabi
jelas melarang mengintai-intai keaiban orang lain malah melarang
menyebarluaskan keaiban tersebut. Berkali-kali Nabi mengingatkan umatnya agar
menghindari diri daripada sibuk membicarakan aib orang lain, sehinggakan seolah-olah
Nabi meragui iman telah sampai ke dasar hati bagi para pembongkar aib manusia.
Bukan sahaja
Islam melarang umatnya untuk membuka aib manusia tetapi ada hadis yang yang
diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud di mana Rasulullah SAW menyatakan bahawa orang
yang membuka aib seseorang nantinya akan dibuka aibnya oleh Tuhan sehingga ke
dalam kamarnya. Inilah yang sedang berlaku kepada para pemimpin pembangkang:
Allah SWT sedang membuka aib mereka sebagai hukuman atas perbuatan yang mereka
lakukan suatu masa dahulu.
Tetapi apakah
mereka akan menginsafi dan terus bertaubat dari perbuatan menyelak kain manusia
lain? Inilah persoalan yang sukar dijawab. Wujud keadaan seolah-olah parti
mereka maksum dan terhindar daripada kelemahan. Segala fatwa yang dikeluarkan
adalah benar dan benar sahaja serta ulama dan ustaz
yang tidak bersama mereka akan dianggap menyeleweng dari ajaran Islam.
Terbaru muncul
video seks yang dikatakan mirip Mustafa Ali. Tanpa mengira apakah benar video
itu tulen atau palsu, juga tanpa memandang apakah pelakunya benar-benar Mustafa
atau orang yang mirip dengannya; Islam tetap mengharamkan perbuatan menyebarkan
video seks itu.
Satu hal yang
perlu diberi tandaan adalah orang yang mula-mula menyebarkan video tersebut
akan menanggung seluruh dosa orang yang mengikuti perbuatannya kemudian satu
masa nanti Allah akan membuka aibnya pula sebagaimana dia telah membuka aib Mustafa Ali. Juga peringatan kepada semua orang yang memiliki saham
dalam usaha menyebarkan gambar atau video tersebut bahawa dia telah
berdosa serta tunggulah keaibannya dibongkar pula.
Peringatan Kepada
Ahli UMNO Dan Kaum Muslimin
Berimanlah bahawa
apa yang berlaku hari ini, seperti tersebarnya video seks China Doll", Kamera Dalam Tandas" serta Spendar
Putih" adalah balasan daripada Allah atas membuka aib manusia suatu masa
dahulu. Lantaran itu, sebagai umat Islam yang bukan sahaja melafazkan
kalimah syahadah di mulut tetapi terbekam di kalbu, hendaklah kita tidak
terlibat dalam gejala membongkar aib manusia lain walaupun pihak Pas
mewajibkannya.
Sekali gus kita
berharap ahli UMNO khususnya dan amnya BN tidak terlibat dalam gejala tersebut.
Janganlah kita menghalalkan acara selak kain dan londeh seluar kerana perbuatan
ini haram di sisi Islam, malah apakah kita telah bersedia untuk dilondeh pula
pada suatu hari nanti? Ketika Allah telah menetapkan untuk menunjukkan aib kita
di dalam kamar, tidak ada sesiapa yang mampu menutupnya walau seluruh manusia
bergabung tenaga.
saifulfromslim.blogspot.com/saiful
D’Riverian
Itu le hakikat yang sebenar tentang orang politik Malaysia. Bab mengaibkan orang memang no 1. Tuduh menuduh sesama mereka tentang sex, rasuah, salah guna kuasa, adalah mainan mereka untuk mendapat sokongan. Yang jadi masalah puak ulama pun sama juga terlibat dan bersongkol dalam hal ini. Tapi yang terlibat hanya orang melayu. Bangsa lain tak pula. Bodoh betul orang melayu ini. Orang UMNO kata pada orang Pas, orang PAS kata pada orang UMNO. Yang peliknya bila orang yang mereka kata meyebelahi mereka , maka semuanya kan berubah dengan sekelip masa. Contoh yang nyata tentang Anuar Ibrahim. Semasa dalam UMNO apa yang Anuar tak kata pada orang PAS. Dan orang PAS pula kan kata bermacam macam pada Anuar. Bila Anuar disingkirkan dari UMNO, PAS la yang pertama membela nasib Anuar. Anuar dipuji dan dijulang sebagai pemimpin yang dianiayai. Anuar pula mula menghentam UMNO dan kata pemimpin UMNO perasuah, mengunakan kedudukan untuk kepentingan diri sendiri serta kroni malah hingga mengatakan Najib sebagai pembunuh. Anuar dengan sendirinya telah bersih dari segala kekotoran semasa dalam UMNO. Akhir nya rakyat juga yang ditipu oleh mereka.
ReplyDelete