my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

06 April 2013

DRAMA KING BALIK KE LUBUK ASALNYA -Sendiri bikin..sendiri cakap…sendiri gostan.


Sendiri bikin..sendiri cakap…sendiri gostan.

Rupanya tidak sia-sia ada orang politik yang bagi gelaran ‘Drama King’ pada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pujian-pujian kena dan wajar diberi kepada orang yang layak…dan Anwar memang layak.Jangan siapa nak pertikai.

Mungkin pengarah terkenal,Steven Speilberg nun di Hollywood akan setuju kalau melihat dan menilai drama terbaru yang digarap mantap oleh Anwar bertajuk : ‘Dari Permatang Pauh ke Perak…korner balik ke Permatang Pauh’Lihat bagaimana satu Malaysia dibawa melalui debaran skripnya dari asalnya ‘sedang timbang hendak tanding  di Perak’…kemudiannya ‘sah nak bertanding di Perak’ ,diperkuatkan lagi dengan ‘orang Permatang Pauh tak mahu lepas dia’ dan klimaksnya ‘minta tempoh 24 jam nak buat keputusan’.

Tak cukup dengan suspence tu… ‘tunggu malam ini nak umum’
Akhir drama ini pasti semua orang sudah tahu kisahnya.Pada ceramahnya di Permatang Pauh Jumaat malam,Ketua Pembangkang ini sudah umum kekal di lubuknya.Alasan diberi konon isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah pada awalnya tidak bersetuju apabila beliau beritahu sedang timbang untuk bertanding di Perak.

Juga katanya kalau tanding di Perak beliau susah nak round kempen satu negara.
Tolak sebelah orang Permatang Pauh …kalau geng Penang dengar gelembong ini gerenti depa kata… ‘sapa yang gatai suruh hang nak pi Perak tu’.
Sendiri bikin..sendiri cakap…sendiri gostan.

Rupanya ikut cakap Anwar  di Perak beliau dok aim nak bertanding di kawasan Tambun dekat Ipoh yang kini diwakili oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Husni Hanadzlah.
Spekulasi yang berlegar sebelum ini ada yang ingat beliau nak Bagan Datoh …Lumut atau Tanjong Malim yang merupakan kerusi slot PKR bertanding.
Kalau Tambun nampak macam Anwar ni selain ‘Drama King’ juga layak dinobat ‘Raja Gempak’.

Dengar cerita ramai yang gelak keras perut berguling-guling kerana merasakan alasan go ahead..gostan itu mungkin kerana kecut habis hendak berentap dengan Husni.
"Saya balik kampung ada seorang beritahu saya, mana boleh Perdana Menteri akan datang dari Tambun," katanya dengan ayat orang nak coverline agar nampak konon gah dan hebat.

Kalau ikut keputusan pilihanraya Mac 2008,Husni yang juga Bendahari UMNO Malaysia dan Ketua UMNO Bahagian Tambun menewaskan calon PKR Mohamad Asri Osman dengan majoriti 5,386.
Melihat pada perbezaan undi itu sahaja sudah cukup untuk agak kenapa Anwar tekan emergency brake.
Juga jangan lupa,Husni dikenali salah seorang pemimpin UMNO yang cukup steady dan pakar dalam bidang ekonomi.

Beliau juga tidak pernah terlibat dalam sebarang polimek atau kontroversi politik.
Lagipun Tambun sudah menjadi homeground Husni sejak sekian lama.
Beliau bergiat dalam UMNO Bahagian Tambun dari peringkat bawahan pada tahun 1983 hingga jadi Ketua Bahagian pada tahun 1993.Selepas itu bertanding Ahli Parlimen situ pada tahun 1999.

Sekalipun ‘ Drama King’.... Anwar tidak bodoh dan tahu dengan siapa beliau bakal berdepan jika pilih Tambun.Jadi elok sangatlah Anwar  terus dan terus main drama depan orang Permatang Pauh yang tengah dok rayan dengan gencoknya

Sumber:  Agendadaily 

oleh: saifulfromslim

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...