my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

17 February 2013

Senator Australia, Nick Xenophon ditahan di LCCT, Ape kate Anwar pada perkara ini?


Senator Australia, Nick Xenophon ditahan di LCCT, Ape kate Anwar pada perkara ini?

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Senator Australia, Nick Xenophon ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang, hari ini setelah didapati mempunyai rekod memudaratkan kesejahteraan negara.

Xenophon, yang tiba dari Melbourne, Australia, pada pukul 6.50 pagi, ditahan pihak imigresen mengikut Seksyen 8(3) Akta Imigresen 1959/1963.

Ketika mengesahkan penahanan itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, Xenophon merupakan golongan yang tidak diingini dan dilarang masuk ke negara ini kerana mempunyai rekod memudaratkan kesejahteraan negara.

"Apabila kita semak sistem dia merupakan orang yang tidak dibenarkan masuk ke dalam negara kerana sebelum ini pernah menimbulkan isu yang cenderung ke arah menggugat keharmonian negara," katanya ketika dihubungi Bernama.

Alias berkata, Xenophon ditempatkan di pejabat Imigresen LCCT berikutan penahanan itu dan bukan di dalam sel atau lokap.

Katanya, Xenophon dijangka dihantar pulang ke Australia malam ini.

Menyangkal dakwaan kononnya Xenophon dinafikan hak untuk menemui sesiapa dan mengehadkan sebarang hubungan dengan pihak luar, Alias berkata, Xenophon dibenarkan bertemu Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Miles Kupa, yang datang untuk menemui beliau di bilik mesyuarat pejabat Imigresen LCCT pagi tadi.

Beliau berkata, Kupa yang turut menemuinya berhubung penahanan Xenophon itu, menyatakan rasa puas hati dengan layanan Imigresen Malaysia terhadap senator itu serta menegaskan bahawa beliau menghormati undang-undang negara.

Xenophon dilaporkan ialah antara 50 penggubal undang-undang di Australia yang mendesak supaya pertuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan pada Februari 2010.

Penggubal undang-undang Australia itu juga dilaporkan sering mengkritik sistem perundangan Malaysia, merujuk sebuah jawatankuasa parlimen sebagai 'mahkamah kangaroo'.

Dalam misi pencarian fakta pada April tahun lepas, Xenophon turut serta dalam perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka dan mengadu gas pemedih mata disembur ke arahnya, dan berkata, cara polis mengendalikan perhimpunan itu membuktikan kerajaan Malaysia adalah kerajaan 'autoritarian'.

Selain mengkritik sistem politik Malaysia, Xenophon juga mengkritik industri minyak sawit negara.

Senator itu berulang kali mendakwa minyak sawit tidak baik untuk kesihatan orang ramai dan menuduh rakyat Malaysia yang bekerja dalam industri sawit telah memusnahkan hutan tropika yang merupakan habitat Orang Utan.

Di MELBOURNE, Menteri Luar Australia, Bob Carr berkata, pegawai Australia di Malaysia sedang berusaha mendapatkan pelepasan segera senator bebas itu.

Sementara itu, sekumpulan ahli politik Australia, yang menjadi delegasi senator itu, bagaimanapun membatalkan lawatan ke Malaysia selepas Xenophon tidak dibenarkan masuk ke Malaysia.

Delegasi tersebut terdiri daripada Xenophon, Ahli Parlimen parti Liberal Mal Washer, Senator John Williams dan Ahli Parlimen parti Buruh, Steve Georganas dijadual melakukan lawatan tidak rasmi menjelang pilihan raya umum di Malaysia.

Antara lain, delegasi itu bercadang untuk menemui Anwar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dan anggota kumpulan Bersih.

Senator Williams berkata, jadual lawatan delegasi itu, yang dirancang dua bulan lepas, kini tidak akan diteruskan.

"Saya baru sahaja bercakap dengan Mal Washer dan memberitahunya bahawa saya menarik diri. Saya telah bercakap dengan Julie Bishop (timbalan ketua pembangkang) dan menghantar pesanan teks kepada Nick Xenophon menyatakan kami menarik diri daripada lawatan itu dan beliau menjawab 'OK'," katanya kepada stesen televisyen ABC.

Williams berkata, mereka mempunyai sebab mengapa dia (Xenophon) ditahan, katanya. - BERNAMA

Pandangan Anwar pada perkara ini: sebagai melanggar protokol antarabangsa....


Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penahanan dan pengusiran Senator Australia, Nick Xenophon sebagai satu salahguna kuasa dan "melanggar protokol antarabangsa".

"Saya mengecam sekeras-kerasnya penahanan Xenophon di LCCT yang dikatakan menjadi ancaman keselamatan dan dilabelkan sebagai 'musuh negara'.

"Tuduhan itu tidak berasas sama sekali," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar (kiri) mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak bahawa beliau tidak mempunyai hak untuk melayan pelawat sebagai musuh negara semata-mata kerana mereka kritikal terhadap pentadbiran yang diterajui Umno pimpinannya.

"Malaysia bukan milik Umno. Ia milik semua rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik."

Ketua umum PKR itu menegaskan walaupun Xenophon telah membangkitkan kebimbangan terhadap ketelusan pilihan raya umum akan datang, tetapi beliau tidak melanggar mana-mana undang-undang atau berkelakuan dengan cara yang boleh dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan negara.

"Tambahan pula, dia berada di sini dan kemudiannya akan disertai ahli parlimen Australia yang lain untuk mengadakan perbincangan dengan kami serta pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Sebab-sebab ini tidak boleh menjadi alasan untuk menyenaraihitamnya.  Tindakan menahan dan pengusiran yang dicadangkan atas sebab-sebab partisan politik  adalah satu penyalahgunaan kuasa.

"Ia juga jelas melanggar protokol antarabangsa dalam melayan kedatangan ahli parlimen dari luar negara, terutamanya dari negara-negara anggota Komanwel," katanya.

Anwar menggesa supaya Xenophon dibebaskan serta-merta dan dibenarkan masuk ke negara ini tanpa halangan.

Kemudiannya, ketika ditemui di rumah terbuka Tahun Baru Cina anjura PKR Batu di Jinjang Selatan, Anwar berkata, keputusan untuk menahan Xenophone itu merupakan keputusan berunsur politik.

"Ini adalah keputusan politik. Nasihat saya kepada imigresin, mereka perlu tahu apa tanggungjawab mereka. Saya bukan mahu mengkritik mereka. 

"Tetapi saya tahu, mereka bukan buat keputusan sendiri. Tetapi arahan yang berunsur politik," katanya.

Pagi tadi, Nick Xenophon telah ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dan sedang menunggu untuk dihantar pulang kerana didakwa menjadi "musuh negara".

Senator bebas itu adalah sebahagian daripada delegasi empat anggota Australia yang mengambil inisiatif untuk meneliti sistem pilihan raya Malaysia

Delegasi itu dijadualkan bertemu dengan Anwar pada hari Isnin, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz pada hari Selasa, serta NGO lain dan ahli parlimen pembangkang.

Menurut Anwar lagi, sebagai sebuah negara demokrasi, Xenophone tidak wajar dihalang untuk memasuki negara ini.

Anwar berkata lagi, dengan menghalang pemerhati bebas itu, ia menunjukkan negara ini belum bersedia untuk mengadakan pilihan raya umum yang bersih.

"Kita ada kebebasan untuk ke mana-mana negara. Australia, Turki dan mana-mana sahaja. Kenapa di Malaysia tidak? Adakah kerana Najib takut dengan pemerhati bebas?

"Bila pemerhati bebas itu datang untuk kebenaran, dia tak mahu beri. Sedangkan program dia bukan nak jumpa saya sahaja tetapi berjumpa Nazri dan beberapa yang lain juga.

"Perkara ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak bersedia untuk menerima pemerhati bebas dan menjalani proses (pilihan raya) yang bersih. Kenapa terlalu bimbang? Sebab ada benda yang nak disembunyikan?" Kata Anwar lagi.  - Malalaysiakini



Apa kata presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) pula... 


KUALA LUMPUR 16 Feb. - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menggesa kerajaan kekal dengan keputusan mengharamkan Senator Australia, Nick Xenophon daripada menjejakkan kaki ke negara ini kerana individu itu giat mempromosikan kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, pihaknya bimbang Xenophon akan turut mempromosikan budaya songsang tersebut dalam kalangan masyarakat di negara ini sekiranya dibenarkan masuk ke Malaysia.

"JMM bersama jaringan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain amat yakin golongan ibu bapa tidak sanggup melihat impian Xenophon jadi realiti.

"Kerajaan perlu tegas menghalang kegiatan LGBT mulai sekarang kerana kita sedar penyokong pakatan pembangkang dan ketua mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menghalang usaha dan kegiatan Xenophon itu," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. -

oleh:
http://saifulfromslim.blogspot.com


2 comments:

  1. Sebelum nak sibuk sgt pasal dia nie si xenophon, kita kena tahu dia punya akidah penuh pada LGBT dan perjuangan khusus pasal lesbian, dan gay. Asyik kutuk je kat Msia, polis Msia jahat le masa bersih 3.0 sebab dia nie point same. Dia nie pun ahli politik bebas yg ada agenda sendiri. Sibuk je nak kesini tanpa diundang. Kjaan Australia pun dah tolak jadi pemerhati PRU bila Anwar minta. Bila dah tak ade, dia nie sibuk2 nak datang pasal PRU Msia...Fikir2 le niat dan siapa pula yang suruh dia menyibuk kat Msia nie.....

    ReplyDelete
  2. Great blog I enjoyeed reading

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...