my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

13 February 2013

KISAH CINTA DAN KEUTUHAN KELUARGA TUN DR MAHATHIR TUN DR SITI HASMAH


KISAH CINTA TUN DR MAHATHIR 
TUN DR SITI HASMAH


MEREKA berkenalan ketika menuntut di Kolej Perubatan King Edward di Singapura pada 1947. DrMahathir mengakui, cinta mereka bukan cinta pandang pertama, namun menjadi rapat kerana sering belajar bersama. 

“Dia satu-satunya pelajar wanita Melayu, sebab itulah kot (jatuh hati). Ada enam pelajar lelaki lain, semuanya sentiasa bersedia hendak tolong angkat beg dia. Saya pula dibesarkan dalam keluarga yang ramai lelaki, jadi tidak tahu bagaimana hendak ‘tegur’ perempuan. Saya tengok kawan lain tolong angkat beg dia, saya pun buat juga. Tetapi, saya selalu ajar dia (pelajaran), itu yang mungkin membuatkan hubungan kami menjadi rapat,” katanya.. 

Mereka mendirikan rumah tangga pada usia agak lewat bagi zaman itu, iaitu Dr Mahathir pada usia 30 tahun, manakala Dr Siti Hasmah, 29 tahun. 

Dr Siti Hasmah berkata, kelewatan itu disebabkan mereka hanya berkahwin selepas menamatkan pengajian dan housemanship bagi memenuhi permintaan bapanya. 

“Ayah saya tahu mengenai hubungan kami itu. Jadi, satu hari dia telefon saya dan kami berbual mengenainya. Dia minta saya berjanji supaya menamatkan pengajian dulu sebelum berkahwin. Suami saya tamat pengajian pada 1953, dan saya pula pada 1955. Setahun kemudian kami berkahwin,” katanya. 

Lumrah bercinta, ada pasang surutnya. Begitu juga dengan perhubungan mereka sebelum berkahwin. Ketika ditanya mengenai cabaran itu, Dr Siti Hasmahtidak menafikan sepanjang persahabatan itu mereka berdepan pelbagai dugaan, tetapi demi janji yang dipegang sejak sekian lama, mereka berjaya melaluinya. 

Malah, Dr Mahathir turut mengakui seperti pasangan lain ketiak muda dulu, cemburu tetap ada, terutama apabila melihat Dr Siti Hasmah dengan lelaki lain. 

“Ada juga masa berkawan dulu, saya nampak dia berbual dengan lelaki lain, saya cemburu. Begitu juga apabila dia melihat saya bersama wanita lain. Tetapi, lama kelamaan kami faham sebenarnya tidak ada apa yang berlaku. Jadi, perhubungan itu berkekalan,” katanya. 

Dr Siti Hasmah akui, sepanjang perkahwinanmereka, beliau sudah masak dengan tumpuan yang diterima suaminya khususnya daripada orang ramai. Malah, sering kali juga beliau terpaksa ke tepi bagi membolehkan orang ramai yang ingin merakam gambar kenangan bersama Dr Mahathir. 

“Pernah sekali ketika kami ke Suria KLCC, ada sekumpulan wanita yang terserempak dengan kami berasak-asak hendak mengambil gambar bersama dia (Dr Mahathir) sehingga saya terpaksa bergerak jauh ke tepi. Kebetulan saya terpandang ada pasangan yang ketika itu berada pada tingkat atas melihat senario itu dan mereka ketawa melihat keadaan berkenaan, lalu menjerit ke arah saya ‘tak jealous ke Tun?’. 

“Saya juga ketawa kerana apa yang berlaku itu perkara biasa bagi saya. Tiada cemburu, kerana kami saling memahami,” katanya. 

Pastikan perselisihan faham tidak berpanjangan 

Melihat pasangan berkenaan yang saling usik mengusik sepanjang wawancara dilakukan, jelas sekali keserasian dan kebahagiaan antara mereka. Kini sudah lebih 50 tahun pasangan bahagia itu melayari bahtera perkahwinan bersama. 

Namun, Dr Siti Hasmah akui, seperti pasangan lain, perselisihan faham tetap ada. Bak bait puitis lagu Seniman Agung Tan Sri P Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula manusia biasa. Begitu jugalah dengan Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah. 

“Dia selalu komplen, saya lambat (bersiap terutama untuk menghadiri majlis). Kita ni wanita, biasalah banyak barang yang perlu seperti beg dan aksesori yang bersesuaian dengan baju. Jadi itulah yang lewat bila hendak cari yang sesuai. Suami saya pula seorang yang organize. Setiap malam, dia sudah sediakan semua keperluan seperti baju dan kasut untuk keesokan hari. 

“Selain itu, sebagai ibu, kita selalu ada benda yang hendak arah anak sebelum keluar dari rumah, terutama pada waktu malam dan saya juga ada tabiat, mesti tutup lampu bilik sebelum keluar. Jadi, selalu kena marah, masuk kereta masam muka danapabila tiba di majlis tidak bertegur sapa. Namun, akhirnya saya sedar kesilapan yang dilakukan dankami berbaik semula. Tetapi, bagi menyelesaikan masalah ‘lambat’ itu saya suruh dia (Dr Mahathir) yang tutup lampu,” katanya tersenyum memandang suaminya mengenang peristiwa lalu. 

Menariknya, Dr Mahathir berkata, beliau turut mempunyai jalan bagi menyelesaikan masalah berkenaan. 

“Sebenarnya, saya seorang yang obses dengan ketepatan masa. Susah nak faham perempuan, ginculah, beg mesti sama warna dengan kasutlah… Oleh kerana dia selalu lambat, saya akan duduk dalam dressing room dan tolong carikan apa yang dia perlukan. Kasut ke, aksesori ke, beg ke, bagi pastikan dia dapat lebih cepat (bersiap),” katanya tersenyum. 

Melihat kepada senario hari ini yang mana semakin ramai pasangan baru mendirikan rumah tangga sudah bercerai, Dr Mahathir mengakui sedih dengan keadaan itu. Baginya, perceraian akan meruntuhkan keharmonian keluarga dan mendatangkan lebih banyak masalah khususnya trauma kepada anak-anak. 

Beliau berkata, apa yang berlaku hari ini mungkin disebabkan perubahan nilai budaya. Jika dulu, kebanyakan pasangan muda baru berkahwin mendapat perhatian daripada keluarga masing-masing, tetapi hari ini yang mana kebanyakan generasi baru sudah berhijrah ke kota menyebabkan tiada yang memerhati dan memberi nasihat. 

“Orang dulu anggap perceraian itu sesuatu yang teruk sekali, tetapi hari ia seperti perkara biasa. Sebaiknya, apabila kita sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak, kita perlu memikirkan bahawa kita sudah mempunyai tanggungjawab. Jika kita ada rasa tanggungjawab itu, kita akan fikir caranya untuk berbaik semula apabila bergaduh, bukan terus bercerai. 

“Sedih mengenangkan ramai wanita yang menjadi ibu tunggal. Saya berasal daripada keluarga yang konservatif. Bagi kami, kita hanya ada seorang isteri saja. Bapa saya berkahwin dua, tetapi dia berkahwin dengan isteri keduanya selepas emak, isteri pertamanya meninggal dunia. Paling penting, kita perlu saling bertoleransi dan jangan berharap supaya pasangan anda menjadi seperti apa yang anda mahukan. Dia ada personaliti sendiri, jadi anda perlu bersedia menerima kekurangan masing-masing,” katanya. 

Paling penting, kata Dr Siti Hasmah, perlu saling memahami dan bertoleransi. Jangan hanya kerana perkara remeh membawa kepada perceraian kerana kesannya ialah anak yang kehilangan kasih sayang ibudan bapa.

Rahsia keutuhan perkahwinan Tun 

BUKAN mudah mengahwini insan ternama. Apa saja yang dilakukan pasangan, pasti tempiasnya terkena jua. Namun, bak kata orang, jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Mungkin itulah pegangan bekas Wanita Pertama Malaysia, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. 

Bersuamikan orang politik, apatah pula suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah memegang memegang portfolio tertinggi sebagai orang nombor satu negara, bermakna beliau perlu bersedia berkorban masa dan tenaga. 

“Saya fikir, saya mampu memahami kerjaya suami sebagai ahli politik kerana kami sama-sama bermula sebagai doktor. Kerjaya ini (doktor) ada kalanya menyebabkan suami perlu balik lambat, tetapi saya memahami kerana saya juga seorang doktor. Apapun, kita harus percaya dan bertoleransi dengan suami. Jangan cemburu tanpa sebab. Apa yang penting, biar sesibuk mana sekalipun, kita perlu cari masa untuk meluangkan masa bersama pasangan dan anak,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini. 

Dalam hubungan ini, Dr Mahathir akui, meskipun isterinya reda dan tabah mengharungi pelbagai cabaran bersamanya, sebagai suami perasaan bersalah tetap ada, terutama apabila meninggalkan isteri sendirian bersama anak. Antara kenangan tidak dapat dilupakannya apabila beliau dalam dilema terpaksa memilih antara berada di sisi isterinya menyambut kelahiran anak mereka, atau menghadiri sidang Parlimen pertamanya. 

“Saya masih ingat lagi satu kejadian pada 1964, ketika itu saya baru memenangi pilihan raya pertama saya. Dia (Dr Siti Hasmah) pula sedang menunggu masa melahirkan Mukhriz. Saya sedang bersiap sedia untuk menghadiri sidang Parlimen saya yang pertama, tiba-tiba air ketuban dia sudah pecah. Tetapi, dia beriya-iya suruh saya pergi juga. Bayangkan ketika itu perjalanan dari kedah ke Kuala Lumpur ambil masa yang lama dan saya hanya dapat melihat mereka (Dr Siti Hasmah dan Mukhriz) selepas dia bersalin. 

“Memang saya rasa bersalah, tetapi kami berpendapat dalam rumah tangga, suami dan isteri perlu saling memahami. Paling penting, kita tidak terlalu mendesak masa untuk bersama, tetapi tidak bermakna sampai tiada masa langsung untuk keluarga,” katanya. 

Ini diakui sendiri Dr Siti Hasmah. Sebagai isteri, katanya, beliau memahami sidang berkenaan amat penting bagi suaminya, menyebabkan beliau sendiri menyuruh Dr Mahathir segera berangkat memandangkan perjalanan yang terpaksa dilalui agak jauh. 

Info n sumber Berita Harian

saifulfromslim



4 comments:

  1. beside a remarkable man dia juga seorang tokoh yg sukar dicari

    ReplyDelete
  2. rasa sedih bila melihat wanita yg sudah bergelar nenek tp enggan memakai tudung. tak heranlah menantu, anak dan cucu tak ada yg pakai tudung.

    ReplyDelete
  3. Salam... Tuan...ampuntuan, sy terima komen tuan...tk, tp untuk sy komen bab ini adalah diluar kemampuan sy kerana sy sendiri byk kelemahan yg perlu sy pandang dan perbetulkan...terima kasih

    ReplyDelete
  4. Respek dgn kisah cinta n famili tun. Tp syg x seorg pn yg brtudung dlm famili. Sy syg kn tun suami istri. Smoga Allah bukakn hati agr famili tun brtudung.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...