PERAYAAN TAHUN BARU
CINA 2013
Wish you luck in the Year of Snake - 2013
Selamat Tahun Baru Cina Tahun Ular 2013
蛇年大吉
from: Saifulfromslim.blogspot.com
Ular 巳 SI 10 Februari 2013
|
Tahun Baru Cina
merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam
kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun
dan dinamakan sempena nama haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.)
Haiwan
|
Tarikh
|
||
子 zǐ
|
|||
丑 chǒu
|
|||
寅 yín
|
|||
Arnab
|
卯 mǎo
|
||
Naga
|
辰 chén
|
||
巳 sì
|
|||
午 wǔ
|
|||
未 wèi
|
|||
申 shēn
|
|||
酉 yǒu
|
|||
戌 xū
|
|||
亥 hài
|
Tahun Baru Cina
melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari
tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan
dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa
dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam
bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib
malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki,
bunga dan pokok limau
Tahun Baru Cina
diraikan dengan jamuan Yee Sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar
dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut,
dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima
wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan
oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan
tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi
gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru
Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Me
Tahun Baru Cina
disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai orang
Cina, seperti Tanah Besar China, Hong Kong, Indonesia, Macau, Malaysia, Filipina,
Singapura,[1] Taiwan, Thailand, dan juga di Pekan Cina di merata dunia. Tahun
Baru Cina juga disetempatkan bangsa-bangsa yang kuat dipengaruhi dengan budaya
Cina (termasuk memakai takwim qamari Cina), termasuk Korea (Seollal), Tibet dan
Bhutan (Losar), Mongolia (Tsagaan Sar), Vietnam (Tết), dan Jepun hingga tahun
1873 (Oshogatsu).
Rujukan:
Wikepedia oleh saifulfromslim
No comments:
Post a Comment