BETULKAH GAJI KAKITANGAN AWAM & ELAUN
PERUMAHAN NAIK MENJELANG SEBELUM PRU 13 INI? Saya terbaca dari portal ‘Berita
Semasa’ Harap-harapnya betullah…
Semua bahan
dibawah adalah dari Portal Berita Semasa – Sejauh mana kesahihan berita ini
saya sendiri kurang pasti. Moga-moga saja apa yang dinyatakan menjadi kenyataan
hendaknya:
Perdana Menteri
Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berbesar hati di mana akan bertindak
meluluskan kenaikan gaji akkitangan awam 2013 sekitar RM400 dan elaun perumahan dinaikkan
kepada (antara RM350-RM450). Dan dijangka kenaikan gaji kakitangan awam + elaun perumahan (ETP) akan
diluluskan pada seawal hari Khamis ini atau selewat-lewatnya awal minggu
hadapan.
P/S : Nantikan kemaksini berita seterusnya daripada Berita Semasa
selepas ini….
P/S : Dalam pada masa yang sama, (CUEPACS) dilihat akan terus
menekan supaya kerajaan mengkaji semula faedah pinjaman perumahan kakitangan
awam sebanyak 4 peratus dengan menurunkan ia kepada satu peratus.
Elaun Tetap
Perumahan 2013 : Akhirnya, pihak Cuepacs telah pun menghantar kertas cadangan
berkaitan dengan tuntutan majoriti kakitangan awam yang mahukan kenaikan elaun
kakitangan awam seperti Imbuhan
Tetap Perumahan(ITP) dipercepatkan. Cuma ada sedikit perubahan pada
angka yang dituntut berdasarkan kertas cadangan kali ini apabila kami semak
semula laporan berita sebelum-sebelum ini :
Jikalau
berdasarkan kenyataan Omar Osman sebelum ini , Cuepacs mahu menuntut Imbuhan
Tetap Perumahan (ITP) sekitar RM480. Kali ini angka ada sedikit berkurangan
untuk semakan terakhir sebelum dimuktamadkan :
Dibawah dinyatakan tuntutan dibuat
oleh Cuepacs pada JPA sebelum ini telah mendapat perhatian KSU dan Perdana
Menteri untuk membuat satu pengumuman seperti di atas. Sejauh mana kesahihan berita ini saya sendiri kurang pasti. Moga-moga
saja apa yang dinyatakan menjadi kenyataan hendaknya:
Tuntutan Cuepacs 2013 Sebelum PRU Ke
13
Antara Yang Terkandung Dalam Kertas Cadangan Cuepacs yang telah dihantar
kepada Ketua Setiausaha Negara ialah :
1.
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) 2013 : Kenaikan daripada RM180 kepada RM450 disebabkan kos hidup yang
semakin meningkat dari semasa ke semasa
2.
Elaun Sara Hidup (COLA) 2013 : COLA diselaraskan
kepada RM300
3.
Elaun penginapan : Kenaikan daripada RM120 kepada
RM200 kerana kebanyakan hotel sudah menaikkan harga
4.
Status jawatan kontrak melibatkan masalah hampir
50,000 kakitangan kontrak dalam perkhidmatan awam seluruh negara
5.
Gaji maksimum melibatkan penjawat awam yang sudah
mencapai tangga gaji maksimum serta kadar kenaikan (gaji) yang bakal diperoleh
mereka (kenaikan antara 2 hingga 5 peratus)
6.
Peranan ketua jabatan yang kadang-kala
menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan kakitangan bawahannya
7.
Melihatkan rekod dan tindakan sebelum ini :
-Tahun 2011 :
masih dalam peringkat kajian
-Tahun 2012 :
masih lagi kajian
-Tahun 2013 :
harap-harapnya menjadi kenyataan
Kami yakin pada waktu yang terdekat ini, kakitangan awam lebih selesa
jika elaun tetap perumahan diberikan perhatian yang lebih untuk direalisasikan.
Berdasarkan maklumat yang kami perolehi, sebenarnya kerajaan berbesar
hati untuk memberikan kenaikan imbuhan tetap perumahan (ITP). Cuma kertas
cadangan yang dihantar oleh Cuepacs sebagai salah satu prosedur biasa (syarat)
sahaja.
1.
Minggu ini masuk kertas cadangan.
2.
Dalam masa terdekat, semakan cadangan akan dilakukan
& diluluskan. Mungkin angka tidak akan dapat “sebiji” seperti yang dipohon.
Mungkin berkurang sedikit. Mungkin tidak semua tuntutan tidak dipenuhi. Cuma Imbuhan Tetap
Perumahan ITP akan diberikan perhatian lebih oleh pihak kerajaan buat masa ini termasuklah isu gaji
maksimum.
Dan selepas
itu, dijangka Perdana Menteri akan mengumumkannya semasa menjelangnya
Pilihanraya Umum ke 13. Apa respon balas anda pula?
Alhamdulillah,
sejak satu dua bulan terakhir ini satu demi satu berita gembira yang sedap
didengar untuk halwa telinga khususnya buat 1.4 juta kakitangan awam.
Antaranya….
80 Elaun Kakitangan Kerajaan Akan
Dikaji Semula?
Lebih 80 jenis elaun penjawat awam termasuk elaun sara hidup akan dikaji
semula bagi melihat kesamarataan, kesaksamaan dan kemunasabahan, kata Ketua
Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa hari ini.
Beliau berkata kajian itu bagi memastikan kebajikan penjawat terus
terbela dan akan menjadi berita gembira yang bakal diumumkan oleh Perdana
Menteri.
“Kesemua ini
adalah termasuk daripada jumlah lebih daripada 80 jenis elaun yang akan dikaji
semula secara terperinci demi melihat kesamarataan dalam sistem pemberian
elaun.
Antara
Senarai Penambaikan Untuk Elaun 1.4 Juta Kakitangan Kerajaan :
Di bawah ini adalah antara senarai elaun & kebajikan kakitangan
kerajaan yang diberikan penekanan
1.
Gaji yang statik turut juga akan dikaji dan diberi
perhatian
2.
Persoalan dan permintaan mengenai status gred
3.
Status perjawatan kontrak
4.
Elaun perumahan
5.
Tuntutan perjalanan
6.
Ada lagi tuntutan kakitangan kerajaan yang cukup
pentin, tertinggal?
7.
Ada lagi mahu anda tambah?
Seingat kami, ini kali kedua Ketua Setiausaha Negera mengumumkan tentang
kajian yang melibatkan kakitangan kerajaan.
1.
Yang pertama, mengenai gaji kakitangan cemerlang
bergaji statik mahu dinaikkan sehingga 5% sehingga menimbulkan kekecohan Kali
ini, yang akan dikaji semula adalah mengenai elaun
Cuma….kalau
boleh bagi kami, adalah lebih baik selesaikan dahulu gaji yang sudah
langgar dinding itu. Selesaikan yang itu dahulu, kemudian barulah menabur untuk
janji-janji yang lain pula. sekarang ini pun dalam kajian, berapa lama mahu
dikaji kami tidak pasti.
P/S : Harapan kami, diharapkan jikalau lakukan kajian janganlah terlalu
lama. Bertahun-tahun juga kalangan penjawat awam ini tertunggu-tunggu. Mari
kita nantikan….elaun apa yang “terkena”. Apa kata orang kerajaan di sini?
Berdasarkan
rekod, elaun
tetap perumahan (ETP) masih tiada perubahan dan angka yang digunapakai
dan masih lagi dipertahankan sehingga sekarang untuk tempoh 10 tahun lamanya.
Baru-baru ini,
kakitangan awam telah mula menikmati gaji SSM baru 2012 dan kini Cuepacs telah
tampil dengan satu lagi usul dan tuntutan kepada pihak kerajaan bagi mewakili
sebahagian besar kakitangan awam di Malaysia.
Kenyataan Presiden Cuepacs,
Datuk Omar Osman : Kajian Elaun Tetap Perumahan (ETP) Perlu Ditambahbaik
“Mengikut perkiraan saya, elaun tetap perumahan ini tidak lagi
diperhalusi sejak kira-kira 10 tahun lalu. Secara logiknya, sewa rumah sekarang
pun mungkin sudah meningkat hampir sekali ganda berbanding sedekad lalu.
“Justeru, saya
berharap elaun ini dapat dinaikkan pada kadar bersesuaian dengan kos hidup
sekarang kerana sewa rumah di Kuala Lumpur memang membebankan termasuk golongan
muda yang baru bekerja,” katanya. (Presiden Cuepacs – Datuk Omar Osman)
Antara
Tuntutan Penambaikan Elaun Tetap Perumahan (ETP) oleh Cuepacs
1.
Memperluaskan pembinaan kuarters yang ketika ini hanya
terhad untuk bidang kerja tertentu seperti kakitangan hospital dan polis kerana
terdapat banyak aduan kalangan kakitangan awam tidak tahan menanggung
beban sewa rumah yang terlalu tinggi di ibu kota
2.
Memberikan perhatian lebih kepada golongan
muda golongan yang baru mula bekerja di sektor awam kerana menerima
tekanan paling hebat kerana gaji permulaan mereka pastinya rendah
3.
Elaun tetap perumahan di kalangan penjawat awam
khususnya bagi gred 40 dan ke bawah perlu dikaji semula terutamanya bagi
kakitangan awam yang bertugas di ibu kota
4.
Kadar pemberian elaun tetap perumahan mestilah
berbeza-beza mengikut kawasan bagi mengelakkan penjawat awam di bandar
menanggung beban kos hidup lebih tinggi
Kami sendiri
agak bersetuju dengan tuntutan Cuepacs. Nilai yang digunakan masih lagi ditakuk
lama sedangkan kadar sewa rumah sekarang sudah lama meningkat naik lebih-lebih
lagi di kawasan bandar. Dan satu lagi, elaun perumahan seharusnya tidak sama, kerana kadar sara hidup jauh berbeza antara kawasan bandar raya besar
seperti Kuala Lumpur tidak sama dengan luar bandar.
Zaman sekarang jikalau diberikan RM180 sebulan, sekejap sahaja habis
dibelanjakan untuk tujuan dan perkara-perkara yang penting. Dan sememangnya, elaun
perumahan RM180 itu memang tidak relevan dengan kos sewa rumah dahulu dan
sekarang. Sewa bilik sahaja adakalanya sudah mencecah RM 200 – 300 sebulan
contohnya di Sabah. ‘
1.
Jika dapat kuaters : Tolak semua elaun perumahan
(RM180), COLA tolak separuh (RM150) + air dan elektrik bayar sendiri
2.
Jika dapat kuaters jabatan : Elaun perumahan
tolak separuh sahaja (RM90) + COLA tetap tolak separuh (RM150) + air
dan elektrik bayar sendiri
Jika diperhatikan kadar sewa kuarters yang disediakan ini masih lagi
berpatutan berbanding kadar sewa bagi keluasan sama bagi yang tinggal di
Kuala Lumpur dan Selangor.
Cuma kami
berharap Cuepacs jikalau mahu membuat tuntutan, buatlah tuntutan meliputi semua peringkat. Sebaik-baiknya diselaraskan untuk kakitangan bawahan dan atasan.
P/S : Apa pendapat dan respon kakitangan awam mengenai tuntan terbaru
Cuepacs mengenai kenaikan Elaun Tetap perumahan ETP ini?
Dari 'bernama' dan 'Berita Semasa'
Oleh saifulfromslim.blogspot
Dari 'bernama' dan 'Berita Semasa'
Oleh saifulfromslim.blogspot
No comments:
Post a Comment