Aku bertanya pada diri aku sendiri. Boleh ke Datuk Seri Anwar Ibrahim ini jadi PM berikutny untuk Malaysia? Betul ke tokoh-tokoh pembangkang macam Karpal Sing, Lim Kit Siang, Haji Hadi Awang, Datuk Nik Aziz dan Lim Guan Eng betul-betul suka jika Datuk Seri Anwar Ibrahim ini jadi PM Malaysia? Makin lama persoalan ini aku cuba fikirkan, makin banyak jawapan yang berbeza-berbeza timbul pulak. Aku rasa aku tidak pernah membenci gerangan manusia Datuk Seri Anwar Ibrahim ini . Dia tidak pernah menyakiti perasaan aku, atau membenci aku sejak dia menjadi menteri, TPM dan Ketua Pembangkang. Setiap kali aku melihatnya atau berada pada program yang melibatkannya dia berjabat tangan kemas dengan aku, sentiasa melempar senyum pada semua orang yang berada disitu dan sentiasa bersifat mesra dan jauh sekali menunjukkan sifat sombong ada pada dia. Tetapi apabila persoalan bolehkah dia menjadi PM untuk negara ini? Aku menjadi celaru untuk menjawab Ya.....
Wajah celaru menyambut manifesto pilihan raya
ESOK, hari Isnin sepatutnya menjadi hari penting kepada pakatan pembangkang. Pimpinan tertinggi PKR, Pas dan DAP, parti yang berbeza ideologi ini akan berkumpul di Shah Alam. Mereka akan menggunakan waktu setengah hari untuk mempertontonkan citra bahawa mereka mampu bersama.
Esok, buat sekian kalinya pakatan pembangkang akan melancarkan janji-janji pilihan raya. Manifesto yang diberi tajuk Pakatan Harapan Rakyat sangat diharapkan oleh mereka menjadi momentum baharu dan menyegarkan semula semangat bersama untuk menawan Putrajaya.
Memang pakatan pembangkang terutama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memerlukan baja penggalak mahupun ubat perangsang untuk menjayakan misi yang lebih bersifat peribadi itu. Anwar sangat mengharapkan manifesto kali ini akan akhirnya berjaya menghantar beliau ke Putrajaya.
Tetapi malang buat Anwar pada saat-saat genting menghampiri garis penamat ada sahaja rintangan tak terduga berlaku. Barangkali beliau memang tidak ditakdirkan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kini, gerakan menolaknya sebagai calon Perdana Menteri terutama daripada ahli-ahli parti sekutunya Pas, semakin kuat.
Tetapi walau apa jua rintangan, ini adalah peluang terbaik dan terakhir yang pernah dimilikinya. Entah sampai bila Pengerusi DAP, Karpal Singh yang pernah mendedahkan mempunyai bukti penglibatan kegiatan homoseksual Anwar boleh menahan diri untuk terus menyimpan rahsia itu. Entah sampai bila Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu boleh terus berkompromi dengan orang yang beliau gelar si Al Juburi ini.
Entah sampai bila pula para pemimpin Pas mampu menahan asakan ahli-ahli akar umbi yang kini telah membentuk satu gelombang menolak Anwar. Lebih getir, Majlis Syura Ulama Pas dikhabarkan telah membuat pendirian berbeza dengan pimpinan tertinggi pakatan pembangkang.
Khabarnya penceramah Pas pun kini berasa silu untuk mempromosi nama Anwar sebagai calon Perdana Menteri. Nama Anwar seakan sudah diharamkan daripada disebut untuk ditawarkan sebagai calon Perdana Menteri.
Selama ini pun hanya yang empunya diri yang begitu beria-ia mengangkat dirinya menduduki kerusi Perdana Menteri. Hampir dalam setiap ceramahnya, beliau tidak pernah gagal meyakinkan khalayak bahawa dirinya paling layak menjadi Perdana Menteri walaupun kumpulan pengiring selalu berdalih, rakyat yang mengangkat Penasihat PKR ini.
Yang pemimpin DAP, kelayakan mereka memang jauh sekali manakala yang daripada Pas dianggap hanya layak jadi tok guru. Barangkali sebab itu muncul nama orang luar untuk menggantikan tempatnya.
Siapakah jika bukan beliau yang beria-ia menjanjikan hampir segala hal percuma jika rakyat memberinya kuasa. Beliaulah yang menjanjikan penurunan itu dan ini sebaik mengangkat sumpah menjadi penguasa di Putrajaya. Beliaulah juga yang memberikan impian kosong menawan Putrajaya dalam peristiwa hitam 16 September.
Bayangkan jika ahli parti sekutu pun kini teragak-agak malah semakin sepadu untuk menolak Anwar, apatah lagi majoriti rakyat yang mual dengan ragam pakatan pembangkang termasuk di negeri yang mereka pimpin.
Di Selangor, Menteri Besarnya lebih suka menjadikan kepentingan rakyat dan negeri sebagai taruhan. Tanpa basa-basi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggantung pelaksanaan semua projek jalan raya dan prasarana Kerajaan Persekutuan di Selangor gara-gara keputusan mahkamah yang tidak menyebelahi pihak beliau.
Begitu sekali Abdul Khalid melepaskan amarah dan dendamnya sedangkan keputusan itu bakal memberi kesan besar kepada pembangunan negeri, malah boleh dianggap sabotaj kepada negara. Juga, entah berapa banyak janji manifesto terdahulu yang dituntut rakyat, ditolaknya mentah-mentah.
Di Kedah, Menteri Besarnya mendapat kecaman teruk daripada ahli-ahli partinya sendiri. Suara mendesak Datuk Seri Azizan Abdul Razak meletak jawatan sudah dibuat secara terang-terangan. Ahli-ahli partinya sendiri tidak lagi percaya beliau boleh memegang amanah parti dan rakyat.
Bagaimanakah mungkin Anwar boleh berbangga dengan manifesto yang dilancarkan secara bersama itu sedangkan ahli-ahli parti sekutunya sendiri sudah menyatakan penolakan untuk memberi sokongan kepada beliau?
Bagaimanakah Anwar mahu meyakinkan rakyat terhadap manifesto yang penuh dengan janji-janji muluk itu jika pemimpin partinya sendiri menganggap manifesto bukan sebuah janji? Bukankah satu jenaka, di satu pihak mereka mengagungkan rakyat tetapi dalam situasi lain menghentam dan melawan rakyat?
Bagaimanakah Anwar boleh menjaja manifesto yang kononnya berteraskan rakyat sedangkan pemimpin parti sekutunya dengan loklak menolak rintihan rakyat? Isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kedah menjadi salah satu contoh. Rintihan kira-kira 400 kakitangan Kuin dibalas dengan kecaman malah mereka diminta mencari pekerjaan lain dan ditohmah sebagai agen UMNO.
Di Kelantan, tanah diberikan kepada pemimpin parti sekutu dari negeri lain sedangkan hak rakyat tempatan mendapatkan tanah dinafikan begitu sahaja. Di Pulau Pinang, Ketua Menterinya lebih gemar mempertontonkan keangkuhan dan kesombongan berbanding membela nasib semua lapisan rakyat.
Banyak contoh lain yang menunjukkan pakatan pembangkang suka menipu rakyat. Faktanya jelas. Jadi esok, konvensyen iaitu majlis pelancaran manifesto pakatan pembangkang di Shah Alam itu tidak lebih daripada satu lagi gendang pakatan pembangkang untuk menipu rakyat.
Dapat dirasakan, perasaan yakin kian luntur dalam pakatan pembangkang. Perbalahan demi perbalahan dan kelemahan demi kelemahan pentadbiran tiada henti menimpa gabungan longgar PKR, Pas dan DAP ini.
Tahap kecelaruan itu bahkan semakin meningkat dari waktu ke waktu sehingga entah berapa kali arahan tutup mulut terpaksa dikeluarkan agar kebobrokan parti dan kecacatan kesepakatan mereka tidak diketahui rakyat. Tetapi itulah wajah celaru pakatan pembangkang.
saifulfromslim
No comments:
Post a Comment