my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

03 February 2013

Karpal Singh menyanggah kenyataan Hadi Awang isu kalimah Allah telah selesai


Karpal Singh menyanggah kenyataan Hadi Awang  isu kalimah Allah telah selesai
Lim Guan Eng - Pencetus Isu

Allah untuk Agama Islam saja....

Saya berharap president PAS boleh memujuk Majlis Syura tidak mengambil keputusan yang bertentangan dengan Pakatan - Pengerusi DAP, Karpal Singh

PULAU PINANG 2 Feb. - Pengerusi DAP, Karpal Singh menyanggah kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan isu kalimah Allah telah selesai dan keputusan Majlis Syura Ulama Pas diterima baik oleh orang bukan Islam termasuk pemimpin DAP.

Karpal menegaskan, kenyataan itu jelas tidak benar kerana DAP tetap berpegang teguh dengan pendirian yang telah diambil pakatan pembangkang pada awal bulan lalu yang mahu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam dibenarkan.

Malah beliau juga mengulangi desakan yang dibuat sebelum ini iaitu mahu Majlis Syura Ulama Pas mengkaji semula pendirian mereka terhadap isu kalimah Allah.
"Majlis Syura Ulama Pas hanya satu komponen dalam Pas sedangkan keputusan yang dibuat sebelum itu melibatkan pakatan pembangkang dengan persetujuan kepemimpinan tertinggi ketiga-tiga parti iaitu DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Jadi, Majlis Syura Ulama Pas harus menghormati keputusan yang telah dicapai pakatan pembangkang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan akhbar mengenai pendirian Abdul Hadi untuk tidak menarik balik keputusan Majlis Syura Ulama terhadap penggunaan kalimah Allah bagi orang bukan Islam.
Abdul Hadi menjelaskan, isu berkenaan telah diselesaikan apabila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerangkan perkara tersebut dan keputusan Majlis Syura Ulama Pas diterima baik oleh bukan Islam termasuk pemimpin DAP.

Karpal menegaskan, tiada sebarang perbincangan berhubung isu berkenaan berlaku di antara pemimpin DAP dan Nik Abdul Aziz.
"Nik Abdul Aziz hanya bertandang ke rumah saya dalam lawatannya ke Pulau Pinang minggu lalu dan kami tidak mengadakan sebarang perbincangan yang menyentuh isu kalimah Allah.
"DAP kecewa dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang jelas bercanggah dengan keputusan diambil pakatan pembangkang," jelasnya.

Menyentuh tindakan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook menawarkan kerusi Parlimen kepada anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Zain Al-Abidin Tunku Muhriz, Karpal menjelaskan, sepatutnya perkara itu tidak menimbulkan sebarang isu."Adalah perkara biasa sekiranya golongan diraja terlibat dalam arena politik.
"Perkara ini tidak menjadi kesalahan memandangkan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman juga daripada golongan kerabat diraja," ujarnya.



Melontar batu sembunyi tangan - Isu pengunaan kalimah Allah
KOTA BHARU 2 Feb. - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng diibaratkan 'melontar batu sembunyi tangan' dengan ''melambungkan' isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu sehingga mengakibatkan percakaran antara umat Islam daripada pelbagai parti.

Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Pertubuhan Ilmuwan Malaysia, Fathul Bari Mat Jahya berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang itu seolah-olah mempunyai agenda tertentu apabila membangkitkan isu sensitif tersebut.

"Guan Eng ibarat melontar batu sembunyi tangan. Musibahnya, kita terus bercakaran sama ada menyokong dan membantah isu pengunaan kalimah Allah itu," katanya kepada pemberita selepas menjadi panel dalam forum Bicara Minda bertajuk "Melayu, Islam di Malaysia' di sebuah hotel di sini malam tadi.


Perangkap DAP - Isu pengunaan kalimah Allah
MUAR 2 Feb. - Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) mengingatkan umat Islam supaya tidak terus terjebak dengan perangkap DAP yang mahu melaga-lagakan mereka melalui isu kalimah Allah demi keuntungan politik parti itu.

Presidennya, A. Rahman Mahadi berkata, DAP berbuat demikian kerana mahu mengambil kesempatan atas percakaran umat Islam selain melemahkan orang Melayu supaya berpecah belah pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Melalui strategi itu katanya, agenda DAP untuk menguasai tampuk pemerintahan negara semakin mudah kerana tiada parti politik Melayu yang benar-benar kuat dan peluang tersebut akan digunakan bagi merealisasi nafsu besar parti itu.

"Mereka yang merancang perkara ini sangat jahat, licik dan tidak pernah memikirkan rasa bersalah perbuatan itu terhadap orang Melayu yang selama ini terlalu banyak bertolak ansur dan tidak pernah mempermainkan agama bukan Islam.

saifulfromslim



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...