my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

22 February 2013

POLITIK HAIWAN

POLITIK HAIWAN

Oleh Zulkifli Noordin

SATU lagi adegan politik flip-flop persembahan Datuk Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am Pas merangkap Pesuruhjaya Pas Kelantan merangkap Menteri Besar Kelantan merangkap Pengerusi Majlis Syura Pas merangkap penceramah tetap Pas dan pelbagai merangkapan lagi.

Dalam ceramah di pintu Stadium Kota Bharu sekembalinya daripada Arab Saudi baru-baru ini, Datuk Nik Aziz mengkritik keras pemberian bantuan seperti BR1M dan lain-lain yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan hasil cetusan idea YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau menyamakan pemberian bantuan-bantuan wang tunai tersebut seperti memberi hampas kepada ayam, seperti memberi jerami kepada lembu.

Maknanya rakyat yang menerima bantuan kewangan seperti BR1M dan lain-lain daripada Kerajaan Persekutuan adalah setaraf haiwan ayam dan lembu mengikut fatwa terbaru Nik Aziz!!!

Dan yang lebih hebat, Nik Aziz kata pemberian yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan itu tidak Islamik!

Sekali lagi Nik Aziz mengeluarkan fatwa mengikut sesedap nafsu tanpa sebarang asas kepada nas al-Quran dan Hadis!

Persoalannya, bukankah Nik Aziz sendiri sudah beberapa kali memberikan wang tunai kepada orang ramai?

Teman ingat lagi semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas, gambar Nik Aziz sedang menghulur duit kepada orang ramai jelas terpampang!

Begitu juga gambar Nik Aziz sedang mengagihkan duit kepada sami-sami Buddha, masih tersimpan dalam arkib!

Jadi kalau rakyat yang menerima bantuan dipanggil ayam dan lembu, apakah panggilan yang layak diberi kepada Nik Aziz?

Inilah politik flip-flop dan cakap tak serupa bikin daripada Nik Aziz. Bila dia buat semua halal dan Islamik belaka, orang lain buat semua haram dan tidak syarie saja!

Jadi kepada orang Pas-DAP-PKR dan penyokong pembangkang yang sudah ambil bantuan Kerajaan Persekutuan sama ada melalui BR1M dan lain-lain, eloklah mike pulangkan balik duit-duit itu.

Bukan sahaja ia tidak Islamik, malah nanti tok guru mike memperayam dan memperlembukan mike yop!

PENULIS ialah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu




SAMAKAN PENERIMA BRIM MACAM HAIWAN - PM - sebagai menghina rakyat dan amat keterlaluan.


KUCHING 22 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyamakan penerima bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan haiwan, sebagai menghina rakyat dan amat keterlaluan.

Beliau turut mempersoal kenyataan itu yang tidak konsisten memandangkan pakatan pembangkang terutamanya di Selangor turut menjanjikan beberapa perkara yang bersifat kewangan.
"Apa beza dengan janji dia (pakatan pembangkang) di Selangor. Elaun untuk ibu tunggal, bayaran elaun anak ke tadika, janji air percuma...itu kan pemberian kewangan juga? Apa beza dengan BR1M? Jadi takkanlah Nik Aziz nak kutuk bila kita buat dan bila pakatan buat dia tak kata apa-apa?.


"Itu pendirian tidak konsisten kalau itu (BR1M) dikira amalan tidak baik dan disama dengan haiwan... kenapa dia tak kata apa-apa bila pakatan janji... janji itu pula tidak ditunaikan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan khas dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak dan Majlis Tertinggi komponen parti BN negeri di sini hari ini.
Najib mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas itu yang menyamakan usaha murni kerajaan memberi pelbagai bantuan kepada rakyat seolah-olah memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada ayam dan lembu.


Mengulas lanjut, Najib berkata, amalan memberi bantuan kepada rakyat sudah lama dilaksanakan kerajaan secara subsidi tidak langsung, manakala BR1M bersifat lebih fokus kepada kumpulan sasaran.

"Setiap tahun kerajaan belanja lebih kurang RM30 bilion untuk subsidi, kita beri dalam bentuk subsidi secara tidak langsung ... orang tak layak seperti orang kaya pun terima dan berlakunya ketirisan seperti penyeludupan serta penjualan diesel di luar sempadan dan sebagainya.
"Jadi kita pilih beri subsidi diesel secara lebih fokus lagi, dan cara lebih fokus ini termasuk BR1M dimana kita tentukan mereka betul-betul layak mengikut tafsiran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), hanya mereka akan terima bantuan kewangan," katanya.

Beliau berkata, kerajaan melihat BR1M bukan sahaja bantuan kepada rakyat, tetapi turut akan mempergiatkan kegiatan ekonomi di sesebuah kawasan.
"Bantuan kewangan ini akan cetus kegiatan ekonomi di kawasan tempatan, ia beri pekedai serta peruncit manfaat dan rakyat (penerima) sendiri punya kuasa untuk tentukan cara untuk belanjakan duit itu.


"Jadi ini tidak ada bezanya dengan amalan di sesetengah negara lain seperti Singapura dimana mereka kreditkan kepada akaun CPF untuk bantu rakyat, di Indonesia pun ada juga pemberian secara langsung kepada rakyat," katanya.

- BERNAMA

saifulfromslim


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...