my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

24 November 2012

Penggunaan Alkohol Semasa Solat



Sejak kecil lagi aku menganggap pakai minyak wangi yang mengandungi alkohol adalah haram. Ini biasanya dijelas oleh ustaz dan ustazah yang mengajar pendidikan Islam kat sekolah, dan yang mengajar mengaji kat kampung. Semua mereke nie kate haram guna minyak wangi yang beralkohol tika solat. Aku pakai juga minyak wang beralkohol nie tapi diluar waktu solat. Tapi masalah timbul tika aku ingin bersolat tika perjalanan atau lebih difahami sebagai musafir. Jawapannya tika masa mude nie, solat jamak mahu pun solat fardhu tika aku pakai minyak wangi selalu le aku tinggalkan. Bila dah berumur sedikit baru le aku bawa pakaian lain tika berjalan jauh....tapi fatwa nie dah diputuskan pada tahun 1970 lagi bahawa dibolehkan mengguna pewangi beralkohol ketika solat...dah aku hanya tahu perkara nie pada tahun 1996 sedangkan fatwa nie dah ade sejak tahun 1970 lagi. Tapi yang menghairankan masih ada ustaz-ustaz yang mengatakan haram menggunakan minyak wang beralkohol sehingga hari ini...nak lawan mereka aku tak berani...maklum le mereka nie ustaz....

Disini aku sertakan hukum menggunakan alkohol tika solat:


Penggunaan Alkohol Semasa Solat

Tarikh Keputusan: 1 Jan, 1970

Keputusan:




Menurut maklumat yang di terima alkohol ialah nama yang digunakan di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan hidroksi (-OH), dan dikenali ada dua jenis yang agak baik, iaitu:


i)Alkohol kayu (methanol)ii)Alkohol biji-bijian (ethanol)

Kedua jenis alkohol ini mempunyai sebatian yang merupakan formula am struktur (R-OH. Methanol adalah sebatian yang mempunyai formula struktur (CH-OH). Di hospital ia dikenali dengan nama 'spirit' yang dipakai untuk membunuh kuman. Jenis ini tidak digunakan untuk minuman. Ethanol adalah sebatian yang mempunyai formula struktur(CH3CH2-OH) bahan inilah yang digunakan sebagai campuran dalam minuman keras.

Dari penjelasan ringkas mengenai jenis alkohol itu dapat dapat disimpulkan bahawa setiap arak atau minuman keras ada mengandungi alkohol tetapi tidak semua alkohol itu adalah arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis. Alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.

Selain itu alkohol juga terhasil dari lebihan proses pembuatan makanan seperti tapai,sama ada dari ubi kayu atau pulut.Ianya adalah tidak najis dan harus dimakan.

Ubat-ubatan, minyak wangi yang dicampurkan alkohol yang diproses bukan untuk pembuatan arak adalah harus dan dimaafkan.


SUMBER: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/penggunaan-alkohol-semasa-solat

saifulfromslim.blogspot.com

1 comment:

  1. TULIS GUNA "FONT" YANG TAK MENYAKITKAN MATA MEMBACA DAN MENYAKITKAN HATI MEMBACA BOLEH TAK?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...