my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

14 November 2012

Orang Malaysia tak bodoh sangat le- Asyik nak tuduh je

Aku nie bengang betul dengan kenyataan Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty nie kat Sinar Harian hari ini. Dia ini ingat orang-orang kat Malaysia nie bodoh sangat tak faham Bahasa Inggeris pada Video Nurul Izzah kat you tube tue. Memang ulasan seterusnya Nurul Izzah buat kenyataan konon maksudnya berlainan, biase le orang politik memang suka spin bila dah terdesak. Aku faham le bahasa inggeris Nurul Izzah tu,, bahasa inggeris mudah je. Tapi maksudnya memang tak sama dengan ape yang diulaskan kemudian. Kamu orang-orang politik ingat, orang awam bodoh sangat ke nak faham bila tengok dan dengar kenyataan pada video tue. Nak tuduh ape pulak...video tu superimposed ke? Ingat aku bodoh ke sangat asyik nak dengar akhbar je dalam membuat pendirian. Tak payah le YB Nurul guna jurucakap pulak untuk perbetulkan kenyataannya. Yang paling baik minta maaf dan mengaku kesalahan kan lebih mudah. Buat forum dalam gereja dan penganjurnya mestilah orang kristian...semua orang boleh agak le kemahuan menganjur atau kehendak yang tersirat oleh golongan ini dalam penganjuran forum tu dan saya sendiri dengar kenyataan Nurul Izzah kat video tue memang kearah menyokong penganjur foram tersebut. Dah le, aku bukan pun masuk mana-mana parti politik tapi jangan ingat aku bodoh sangat asyik nak dengar provokasi UMNO atau BN dan akhbar-akhbar pro kerajaan saja. Tapi yang betul aku boleh fahamlah dengan apa yang dicakapnya melalui video tu. Dah le jangan banyak sangat buat spinning. Nanti kepala sendiri pening.....

SHAH ALAM - PKR kecewa apabila penjelasan yang dibuat oleh Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar dalam isu kebebasan beragama sengaja ditenggelamkan pihak tertentu bagi mengelakkan rakyat mengetahui perkara sebenar.

Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, Nurul Izzah komited terhadap agama dan tidak akan membuat sesuatu kenyataan yang bertentangan syariat Islam.

“Beliau pemimpin harapan, ia disukai semua kaum dan agama, malah keterampilan dirinya berpaksikan agama Islam.

“Apa yang kita lihat ada pihak cuba menjatuhkan beliau (Nurul Izzah), tetapi kami akan terus memberikan penerangan agar rakyat mendapat pendedahan sebenar,” katanya.

Sebelum ini, dalam forum ‘Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab’, Nurul Izzah dilaporkan berkata setiap rakyat di dalam negara ini tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama-agama tertentu.

Kenyataannya itu dilaporkan portal berita berbahasa Inggeris yang menyatakan bahawa rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan ia juga terpakai secara sama rata kepada orang Melayu.

Khamis lalu, Nurul Izzah bertemu Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Marzuki Hussin bagi membuat aduan terhadap akhbar yang didakwa memfitnahnya.

saifulfromslim

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...