my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

10 November 2012

Itulah jangan suka buat tindakan dolak dalih le YB yang bijak sangat oii.

Dalam satu forum di Subang Jaya baru-baru ini, Nurul Izzah membentangkan perkara berkaitan hukum hak beragama dan dan ketiadaan privacy jika berlaku terjahan oleh penguatkuasa jabatan agama islam di kediaman orang awam. 

Dia nie bercakap pada satu Forum. Perkara biasalah, hasil daripada kenyataannya jadi bahan perbincangan awam dan akhbar-akhbar. Sepatutnya dia berbangga ramai pihak tertarik pada kenyataan dan dijadikan hasil perbincangan awam pada semua peringkat samaada di kedai-kedai kopi, di peringkat petubuhan-pertubuhan malah sampai keperingkat akhbar-akhbar nyamuk , arus perdana dan portal-portal serta blog membuat liputan hasil daripada kenyataannya pada forom berkenaan. Normallah, ada yang pro dan kontra buat liputan dan perbincangan. Jika tidak mahu orang buat liputan dan takut serta marah pada pandangan yang kontra tak usah libatkan diri dengan mana-mana forum pun di masa akan datang. Bila orang ramai beri response pada forum kita, itu hak dialah didalam sebuah negara demokrasi. 

Kamu berani melibatkan diri pada penyertaan dalam satu-satu forum bererti kamu sudah sedia dengan semua fakta yang harus kamu jelaskan ketika ditanya nanti. Ini tidak, mulalah nak mengadu dan saman sana sini dan menuduh orang lain buat fitnah. Siapa yang fitnah siapa? Jika kamu tak buat kenyataan yang mengelirukan pada satu sesi forum, tak siapa pun akan marah pada kamu atau pertikaikan kenyataan kamu. Kamu berani dan terlalu bongkak dan rasa bijak sangat buat kenyataan secara terbuka dalam satu-satu forum, jadi readylah nak balas pertikaian orang. Kamukan dah buat homework sebelum melibatkan diri dengan satu-satu forum serta memastikan semua kenyataan kita ada fakta yang benar dan sohih lebih-lebih lagi pada perkara berkaitan undang-undang atau agama. 

Ini tidak, kamu bertindak macam orang bodoh mula mengelakkan diri daripada buat kenyataan. Kamu yang mula-mula buat kenyataan tiba-tiba saman akhbar-akhbar dan portal-portal yang tak bersetuju dengan pendapat kamu. Kamu buat kenyataan mengelirukan, jadi mereka pertikaikanlah. Sepatutnya kamu hadapi mereka dan perbetul salah faham mereka pada kenyataan kamu. Disini timbul persoalan siapa yang patut disaman, kamu atau mereka. Kamukan public figure, seorang wakil rakyat, pendokong demokrasi, orang yang berwibawa, bijak pandai, tapi kenapa mula menyorok dan menyaman pulak pihak-pihak yang mencari kebenaran daripada kenyataan kamu pada forum berkenaan. Betul-betul aku tak faham dengan golongan manusia jenis ini. Apa dah jadi orang yang asalnya menyokong kenyataan kamu yang kini mengatakan kamu mengecewakan dia yang juga seorang ahli Majlis Peguam Siti Zabedah Kassim. Dia pun persoalkan sikap kamu. Itulah jangan suka buat tindakan dolak dalih le YB yang bijak sangat oii.

saifulfromslim


SHAH ALAM 9 Nov. - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dilihat cuba mengelak daripada menyatakan pendirian berhubung kenyataannya mengenai kebebasan beragama sepatutnya terpakai sama rata dan bukannya hanya kepada orang bukan Melayu dalam satu forum di Subang Jaya baru-baru ini.
Malah, beliau yang ditemui pemberita selepas memberikan penjelasan berhubung isu berkenaan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini hari ini turut mengelakkan diri daripada menjawab tentang kekecewaan seorang ahli Majlis Peguam, Siti Zabedah Kassim yang mendakwa Nurul Izzah tidak mempertahankan kenyataan beliau bahawa hak kebebasan beragama perlu dipakai sama rata termasuk orang Melayu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...