Cristiano Ronaldo. Bintang Seleccao yang dilabelkan media barat sebagai memiliki sifat sombong ternyata mempunyai hati yang mulia.
Berbeza dengan Barcelona yang mempunyai
hubungan rapat dengan Israel, Real Madrid memilih untuk berkerjasama Palestin.
Perkara ini bukan sahaja boleh dilihat melalui polisi kelab, malah oleh
pemain-pemain kelab itu
Tindakan yang paling ketara ialah
dilakukan oleh pemain termahal dunia, Cristiano Ronaldo. Bintang Seleccao yang
dilabelkan media barat sebagai memiliki sifat sombong ternyata mempunyai hati
yang mulia.
Bekas penyerang Manchester United itu
yang terkenal dengan jolokan CR7, dengan ikhlas hati memberikan kasut emas
yang diraihnya musim 2011 kepada kepada lembaga amalnya dengan tujuan untuk
membantu kanak-kanak Palestin.
Laman Qodsna pada akhir tahun lalu
memberitahu, lembaga amal Real Madrid berjaya melelong kasut emas milik Ronaldo
pada harga 1,4 juta euro. Wang hasil lelongan itu disumbangkan untuk membina
beberapa sekolah yang hancur di sepanjang di Jalur Gaza. Sokongan Pemain
Terbaik Dunia pada 2008 tersebut tidak berhenti sampai di situ sahaja.
Pernah dilaorkan sebelum ini, dalam satu
acara, Ronaldo dengan berani mengenakan skaf Palestin. Tindakannya itu mendapat
kecaman hebat dari lobi-lobi Zionis dan media barat. Beberapa media barat yang
bersekutu dengan Yahudi seakan memusuhinya dan terus menggembar-gemburkan
segala keburukannya
Namun ada juga pihak media yang
menyatakan tindakan Ronaldo itu sebagai satu bentuk tanggungjawab kemanusiaan.
Ia menunjukkan keperihatinanan beliau terhadap krisis Palestin dan rakyat Jalur
Gaza. Ronaldo juga pernah dilaporkan menngunjungi Palestin pada tahun 2007 dan
2005.
Di sana beliau disambut dengan hebat
oleh rakyat Palestin. Walaubagaimanapun kecaman terhadap Ronaldo terus
dilakukan media yang pemiliknya menyokong polisi kerajaan Zionis.
hehehe tidak muka pakjoe ada kt situ bkn muka dya hahahaha(gurau je )
ReplyDelete