my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

12 November 2012

Satu cerita tentang Tun Dr Mahathir - tak tahu le cerita benar atau rekaan...tapi ia tetap jadi renungan aku..


Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad wrote:

Kisah seorang sahabat saya, bekerja sebagai jururawat di Institut Jantung Negara (IJN). Dulu beliau memang dikenali sebagai orang yang sangat kuat menentang Tun Dr Mahathir.

Masa tu, Tun masih Dato' Seri, Tun datang tanpa memberitahu pihak IJN, tetiba dia datang. Seorang doktor datang terkejut sambut Tun...

"Datuk Seri”, maaf, kami tak buat apa-apa persediaan pun"


Datuk Seri hanya jawab "Eh... tak apa lah... salah saya datang tak bagitau... takpa... asal ada bantal dengan selimut tak apa... tido atas lantai pun tak apa"

Doktor itu diam dan terus menyiapkan sebuah bilik untuk Tun berehat untuk membuat pemeriksaan.

Then, doktor ni arahkan saya untuk menjaga Datuk Seri. Saya gelisah dan saya cakap kat doktor tu...

"Doktor, boleh tak gantikan orang lain kat tempat saya? Bagilah saya jaga sesiapa pun tapi bukan Dato Seri"

Doktor tu hanya jawab "Saya tahu perasaan awak, tapi anggaplah ia sebagai tanggungjawab kamu"

Dengan hati yang tak rela, saya pun jaga lah beliau .

Pernah suatu ketika, dah tiba masa untuk Datuk Seri tidur, saya pergi jumpa Datuk Seri, saya tengok dia sedang menulis sesuatu... Datuk Seri kata,
"Nantilah, Allah tengah bagi saya idea saya kena menulis...."

Terkesima saya kejap. Selama hampir 5 tahun saya jaga Datuk Seri. Berulang alik ke rumahnya sebagai jururawat peribadi. Walaupun saya datang tanpa memberitahu Datuk Seri ataupun pegawainya, saya selalu nampak Tun baca quran, solat, dan belum pernah saya nampak Datuk Seri minum arak, Datuk Seri tengok video lucah atau sebagainya di rumahnya sebagaimana saya dengar cerita tentang Datuk Seri sebelum ni.

Suatu hari saya rasa Datuk Seri bukan seperti orang cakap. Saya pergi mintak maaf kat Datuk Seri...

"Datuk Seri, saya nak mintak maaf Datuk Seri"

"Eh... kenapa? bukan ke awak selalu jaga saya. watpa nak mintak maaf"- jawab Datuk Seri

"Selama ni saya selalu buruk sangka kat Datuk Seri"

Datuk Seri hanya jawab "Tak apa, saya dah biasa dah" sambil tersenyum

saifulfromslim

5 comments:

  1. Kalau tak cakap pun blh agak. Peribadi seseorang selalunya terpamer dgn tindak-tanduk dan cara pemikirannya. Kalau baik luar, baiklah dalamannya. Kalau buruk luar, buruklah dalamannya. ('Luaran' tu perangai, bukan paras rupa.) Nabi S.A.W. bersabda maksudnya, stiap amalan bermula dgn niat. Niat tu lahir dari sifat/peribadi. Wlupun orang dok kutuk Tun M (terutama pembangkang), pada aku, Tun M ttp negarawan dan cendekiawan Islam yg hebat. Byk yg kita boleh contohi dan hayati. Aku doakan Allah ampunkan dosa Tun M dan balas jasa-jasa yg Tun sumbangkan utk orang Islam dan Melayu.

    ReplyDelete
  2. Sy pun ada cerita...

    Masa muda dulu suami sy kerja sebagai waiter VIP di PWTC. Memang selalu dia melayan Tun M dan isteri. Memang simple, tak banyak kerenah. Kadang2 kopi brand kegemaran takde, ganti dgn jenis lain pun dia tak kisah langsung. Kemudian suami sy tukar kerja dan bertugas di luar negara. Satu hari dia berpeluang menyambut dan menjaga Tun lagi di sebuah ibukota di luar negara. Memanglah Tun tak kenal selepas berpuluh tahun tapi apa yang membanggakan suami sy ialah Tun tetap menyinari dan memberi kebaikan kepada sesiapa sahaja walau di mana dia pergi. Semasa orang lain tidur, Tun masih lagi menulis dan berfikir. Tun adalah sebenarnya anugerah Allah kepada kita semua.

    ReplyDelete
  3. salam Anonymous...tersentuh sy dgn pandangan sdr...banyak kebenaran pada pandangan sdr tu...moga kita sentiasa memperolehi pemimpin-pemimpin seperti ini dan sedemikian rupa dimasa...masa mendatang di negara kita ini...tq

    ReplyDelete
  4. saya tak pernah jumpa Tun secara dekat apatah lagi berbicara dngan beliau...tetapi saya tetap mengatakan beliau sangat hebat penuh dengan sopan santun dan pada saya saya rasa dia seorang dermawan.saya sentiasa mendoakan semoga Tun panjang umur dan dapat berbakti pada bangsa dn negara.

    ReplyDelete
  5. 'Tuan guru mahathir mohamad' agaknya itulah istilah yg akan digunakan sekiranya tun berserban. Serban tetap jadi ukuran bagi mereka yg tak tahu menilai. Serban juga menjadi eksosari penting bagi penipu yg gemar menggunakan agama sebagai alat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...