my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

09 November 2012

BeRiTa DR AkHbAr - AhLi MAjLiS PegUaM KeceWa - NURUL IZZAH pusing 180 darjah


KUALA LUMPUR 8 Nov. - Seorang ahli Majlis Peguam kecewa apabila Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar tidak mempertahankan kenyataan beliau bahawa hak kebebasan beragama perlu diguna pakai sama rata termasuk orang Melayu.

Siti Zabedah

                                                         
Menurut  yang dipetik dari laman portal Free Malaysia Today, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sepatutnya mempertahankan kenyataannya berhubung kebebasan beragama itu dan bukan ‘memusing’ 180 darjah.

‘‘Tiada apa yang salah mengenainya, beliau mengatakan kebenaran. Saya menjangka ‘hoo-ha’ selepas itu. Tetapi sebagai seorang ahli politik, anda hanya perlu berpegang kepada kebenaran.


‘‘Saya percaya Nurul Izzah cuba menarik perhatian orang ramai, dia tidak memikirkan tentang kesannya," katanya kepada laman portal tersebut.                


Pada forum yang bertajuk Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?, Siti Zabedah merupakan individu yang bertanyakan soalan kepada Nurul Izzah sama ada kebebasan beragama patut diperluaskan kepada orang Melayu memandangkan isu itu disebut oleh pemimpin PKR tersebut dalam forum berkenaan.


Dalam menjawab soalan itu, Nurul Izzah dipetik berkata, “Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."


Siti Zabedah juga tertanya-tanya jika Nurul cuma membuat kenyataan politik dan menyesuaikan diri kepada penonton yang sebahagian besar terdiri dari masyarakat bukan Islam pada hari itu.


Menurut Siti Zabedah yang juga ahli jawatankuasa hak asasi manusia Majlis Peguam, walaupun Nurul Izzah tidak menyebut mengenai murtad dalam responsnya, namun adalah jelas jawapan yang diberikan itu menyokong kepada kebebasan beragama kepada orang Melayu.


‘‘Pada hari berikutnya, dia ‘menarik balik’ kenyataannya dan berkata tidak menyokong murtad. Tetapi secara tidak langsung apabila anda mengatakan anda menyokong kebebasan beragama, dan sekiranya orang Melayu mahu keluar dari Islam, ia adalah murtad," ujar beliau.


Beliau pernah bertanyakan soalan yang sama kepada bapa Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang tetapi gagal mendapat respons yang berterus-terang.


‘‘Beliau (Anwar) ‘berpusing-pusing’ dan tidak menjawab soalan secara berterus-terang. Kita mahu ahli politik yang boleh berterus terang," katanya.


Sementara itu, Siti Zabedah berkata, masanya telah tiba untuk kebebasan beragama kepada orang Melayu didebatkan kerana Perlembagaan Persekutuan tidak membenarkan hak tersebut.


Katanya, individu-individu yang mengkritik Nurul Izzah adalah golongan konservatif dan mereka hanya mahu menegakkan versi agama yang mereka katakan benar.




Berita dari akhbar -saifulfromslim
© Utusan Melayu (M) Bhd

1 comment:

  1. wahhhhh panyang nya etry nasib pakjoe bca abis hahahaha (gurau je)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...