my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

29 November 2012

Walau apapun rintangan yang melanda, - PAU 12

"Sudah barang pasti Umno tidak akan membiarkan semua itu berlaku. Jika kita kehilangan harta, ia boleh dicari ganti. Jika kita hilang darjat kedudukan, ia dapat dipulih semula. Tetapi, jika kita kecundang dalam perjuangan ini, kita sudah tidak punya apa-apa lagi. Kita akan melukut di tepi gantang. Akhirnya, terbangsat dan merempat di tanah sendiri."


"If we lose the property, it can be replace. If we lose a ranks and positions , it can be regenerated. But, if we fail in this struggle, we have not got anything else. We will just been annoyed by the bushel. Finally, just be brocks and homeless in their own land."






TERKINI –  Antara Amanat President Umno yang buat aku tertarik sesangat

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata parti itu akan menggunakan segala kudrat yang ada bagi memenangani hati dan fikiran rakyat di gelanggang demokratik. 

"Kita akan bersaing untuk setiap undi, kita akan berusaha untuk menyakinkan setiap rakyat Malaysia, kita juga akan mengetuk setiap pintu hati dan membuka setiap gerbang harapan," katanya ketika menyampaikan ucapan dasarnya di perhimpunan agung Umno di PWTC pagi ini.

"Kita percaya, rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang terbaik dan kita yakin bahawa, Umno dan Barisan Nasionallah yang mampu untuk menawarkan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

"Di sini... di sinilah kita dilahirkan, di sini... di sinilah tangis kita mula bergema. Di sini kita membina keluarga dan di sinilah kita melakar masa depan. Di sinilah juga, dengan izin Allah yang Maha Berkuasa, kita akan bersemadi untuk selama-lamanya.

"Penuhkanlah tanah bertuah ini dengan rakyat yang mencintai harumnya perdamaian. Makmurkanlah watan ini sehingga labanya melimpah ke kaki halaman.

"Duhai putera puteri... duhai para pejuang bangsa, segeralah... segeralah semua menyembah bakti. Pertahankan... pertahankan satu-satunya Bahtera Merdeka ini... pertahankan.... pertahankanlah Putrajaya.

"Fajar telahpun tiba, nan menyinsing membawa harapan, Tanah Malaysia.... Tanah Malaysia... Permata Nilam," tegas Najib di akhir ucapan dasarnya itu.

Beliau mengingatkan bahawa pilihanraya Umum ke-13 ini bukanlah satu pilihanraya yang biasa. Ia merupakan titik penentu kepada destini rakyat  dan negara.

"Pilihanraya inilah yang akan mencorakkan rupawajah Malaysia hari esok untuk ditinggalkan pada anak-anak kita. 

"Antara sebuah Malaysia yang maju berteraskan nilai serta matlamat dikongsi bersama, atau, Malaysia yang mundur terpisah oleh tembok ghaib dipalit rasa prasangka dan prejudis.

"Hakikatnya, hasil kerja keras setiap generasi, kita telah membentuk Malaysia yang dikagumi rakan dan dihormati rakan dan taulan. Siapa menjangka bumi yang sarat dengan segala rencam ini, mampu melepasi, apatah lagi berjaya menangani cabaran bernegara," katanya.

Pilihannya juga amat jelas, tambahnya, untuk kita melihat anak-anak tanpa mengira kaum mahupun agama berhilai ketawa, membesar dan berlibur bersama-sama, atau didewasakan dengan kebencian yang membara.

Di satu sudut, tambahnya, jalan mulia yang telah terintis semenjak merdeka, bersiram darah, bermandi air mata dan dibasahi keringat para patriot sepanjang zaman.

"Hendaklah kita selalu beringat. Betapa susah payahnya bapa-bapa pengasas kita membina apa yang dinikmati hari ini. 

Sesungguhnya kita terhutang budi kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Muhamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Sebaliknya, saudara dan saudari, di satu sudut lagi, jalan yang bersimpang siur, kelam dan gulita, dibina atas fitnah, kepalsuan dan janji-janji bohong. Jika rakyat terpedaya dengan siulan menuju lorong itu, percayalah, negara yang permai ini akan hancur, runtuh dan tenggelam.

"Sudah barang pasti Umno tidak akan membiarkan semua itu berlaku. Jika kita kehilangan harta, ia boleh dicari ganti. Jika kita hilang darjat kedudukan, ia dapat dipulih semula. Tetapi, jika kita kecundang dalam perjuangan ini, kita sudah tidak punya apa-apa lagi. Kita akan melukut di tepi gantang. Akhirnya, terbangsat dan merempat di tanah sendiri.

"Bumi mana tak ditimpa hujan, laut mana tidak bergelora, bahagian dunia manakah yang wujudnya orang, atau pimpinan, atau persyarikatan atau parti yang tidak pernah tersandung atau tersalah. Di atas segalanya, sebagai kepimpinan parti dan kerajaan, kami menyusun jari nan sepuluh memohon maaf atas kekhilafan.

"Justeru, saya selaku Presiden Umno, bersama-sama Timbalan Presiden, serta seluruh saf kepimpinan parti, bersumpah dengan nama Allah dan RasulNya, berikrar dan berjanji, terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, terus memartabat rumpun Melayu, terus membenteng akidah umat dan terus memelihara agama Islam," tambahnya.

Walau apapun rintangan yang melanda, biar apapun cabaran menghalang, Najib berkata, Umno tidak akan berpulang walau setapak, Umno tidak mungkin berpatah jalan. Umno takkan berdalih dalam menjulang sebuah kebaktian. Umno dan Barisan Nasional akan mara di barisan hadapan, menghadapi musuh dari luar mahupun dalam.


Lima Perkara President Umno Datuk Seri Najib utamakan dalam amanat president sebentar tadi:

1. Najib garis kriteria `calon boleh menang'

10:47:08 am

2. Teori tukar kerajaan tak boleh diterima di Malaysia, berisiko: Najib
10:58:46 am

3. Najib bidas Ketua Pembangkang, bukan pengurus ekonomi yang cekap
11:08:37 am

4. Jangan perdaya rakyat guna agama: Najib
11:28:52 am


5. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan Umno akan sentiasa memperjuang dan mempertahankan Islam dan menentang sekeras-kerasnya mereka yang mendukung ...
Najib laung semboyan pertahankan Putrajaya
11:50:22 am


saifulfromslim


26 November 2012

Cristiano Ronaldo dan Real Madrid menyokong Palestin



Cristiano Ronaldo. Bintang Seleccao yang dilabelkan media barat sebagai memiliki sifat sombong ternyata mempunyai hati yang mulia.


Berbeza dengan Barcelona yang mempunyai hubungan rapat dengan Israel, Real Madrid memilih untuk berkerjasama Palestin. Perkara ini bukan sahaja boleh dilihat melalui polisi kelab, malah oleh pemain-pemain kelab itu

Tindakan yang paling ketara ialah dilakukan oleh pemain termahal dunia, Cristiano Ronaldo. Bintang Seleccao yang dilabelkan media barat sebagai memiliki sifat sombong ternyata mempunyai hati yang mulia.

Bekas penyerang Manchester United itu yang terkenal dengan jolokan CR7, dengan ikhlas hati  memberikan kasut emas yang diraihnya musim 2011 kepada kepada lembaga amalnya dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak Palestin.

Laman Qodsna pada akhir tahun lalu memberitahu, lembaga amal Real Madrid berjaya melelong kasut emas milik Ronaldo pada harga 1,4 juta euro. Wang hasil lelongan itu disumbangkan untuk membina beberapa sekolah yang hancur di sepanjang di Jalur Gaza. Sokongan Pemain Terbaik Dunia pada 2008 tersebut tidak berhenti sampai di situ sahaja.

Pernah dilaorkan sebelum ini, dalam satu acara, Ronaldo dengan berani mengenakan skaf Palestin. Tindakannya itu mendapat kecaman hebat dari lobi-lobi Zionis dan media barat. Beberapa media barat yang bersekutu dengan Yahudi seakan memusuhinya dan terus menggembar-gemburkan segala keburukannya

Namun ada juga pihak media yang menyatakan tindakan Ronaldo itu sebagai satu bentuk tanggungjawab kemanusiaan. Ia menunjukkan keperihatinanan beliau terhadap krisis Palestin dan rakyat Jalur Gaza. Ronaldo juga pernah dilaporkan menngunjungi Palestin pada tahun 2007 dan 2005.

Di sana beliau disambut dengan hebat oleh rakyat Palestin. Walaubagaimanapun kecaman terhadap Ronaldo terus dilakukan media yang pemiliknya menyokong polisi kerajaan Zionis.

saifulfromslim

25 November 2012

Kalender Cuti Penggal Persekolahan / Cuti Umum 2013 / Jadual Gaji Tahun 2013


Kalender Cuti Penggal Persekolahan / Cuti Umum 2013




sumber: Akauntant Negara Malaysia



Malaysia 2013 Public Holidays
Date
Holiday
Applicable to                     Created by Saifulfromslim.blogspot.com
1 Jan (Tue)
New Year
All except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 Jan (Mon)
Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan's Birthday
Negeri Sembilan only
20 Jan (Sun)
Sultan of Kedah's Birthday
Kedah only
24 Jan (Thu)
Prophet Muhammad's Birthday
(Maulidur Rasul)
National                  
27 Jan (Sun)
Thaipusam
Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only
1 Feb (Fri)
Federal Territory Day
Federal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only
10 Feb (Sun)
Chinese New Year
National
11 Feb (Mon)
Chinese New Year 2nd day
National except Kelantan and Terengganu
4 Mar (Mon)
Anniversary of Installation
of Sultan of Terengganu
Terengganu only
29 Mar (Fri)
Good Friday
Sabah & Sarawak only
15 Apr (Mon)
Declaration of Malacca as
a Historical City
Malacca only
19 Apr (Fri)
Sultan of Perak's Birthday
Perak only
26 Apr (Fri)
Sultan of Terengganu\'s Birthday
Terengganu only
1 May (Wed)
Labour Day
National
7 May (Tue)
Hari Hol Pahang
Pahang only
17 May (Fri)
Raja Perlis' Birthday
Perlis only
24 May (Fri)
Vesak Day
National
30 May (Thu)
Harvest Festival
Sabah & Labuan only
31 May (Fri)
Harvest Festival
Sabah & Labuan only
1 Jun (Sat)
Agong's Birthday
National
1 Jun (Sat)
Hari Gawai
Sarawak only                      Created by Saifulfromslim.blogspot.com  
2 Jun (Sun)
Hari Gawai
Sarawak only                      Created by Saifulfromslim.blogspot.com  
6 Jun (Thu)
Israk & Mikraj
Kedah, Negeri Sembilan & Perlis only
7 Jul (Sun)
Georgetown World Heritage City Day
Penang only
10 Jul (Wed)
Awal Ramadan *
Johor, Kedah & Malacca only
13 Jul (Sat)
Penang Governor's Birthday
Penang only
26 Jul (Fri)
Nuzul Al-Quran
Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu only
8 Aug (Thu)
Hari Raya Puasa *
National
9 Aug (Fri)
Hari Raya Puasa *
National
31 Aug (Sat)
National Day
National
7 Sep (Sat)
Sarawak Governor's Birthday
Sarawak only
16 Sep (Mon)
Malaysia Day
National
5 Oct (Sat)
Sabah Governor's Birthday
Sabah only
12 Oct (Sat)
Malacca Governor's Birthday
Malacca only
15 Oct (Tue)
Hari Raya Haji *
National
16 Oct (Wed)
Hari Raya Haji (2nd Day) *
Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu Only
24 Oct (Thu)
Sultan of Pahang's Birthday
Pahang only
2 Nov (Sat)
Deepavali
National except Sarawak & Labuan
5 Nov (Tue)
Awal Muharram (Maal Hijrah)
National
11 Nov (Mon)
Sultan of Kelantan's Birthday
Kelantan only
12 Nov (Tue)
Sultan of Kelantan's Birthday
Kelantan only
22 Nov (Fri)
Sultan of Johor's Birthday
Johor only
9 Dec (Mon)
Hari Hol Almarhum Sultan Johor
Johor only
11 Dec (Wed)
Sultan of Selangor's Birthday
Selangor only
25 Dec (Wed)
Christmas
National                           Created by Saifulfromslim.blogspot.com


saifulfromslim.blogspot

24 November 2012

Penggunaan Alkohol Semasa Solat



Sejak kecil lagi aku menganggap pakai minyak wangi yang mengandungi alkohol adalah haram. Ini biasanya dijelas oleh ustaz dan ustazah yang mengajar pendidikan Islam kat sekolah, dan yang mengajar mengaji kat kampung. Semua mereke nie kate haram guna minyak wangi yang beralkohol tika solat. Aku pakai juga minyak wang beralkohol nie tapi diluar waktu solat. Tapi masalah timbul tika aku ingin bersolat tika perjalanan atau lebih difahami sebagai musafir. Jawapannya tika masa mude nie, solat jamak mahu pun solat fardhu tika aku pakai minyak wangi selalu le aku tinggalkan. Bila dah berumur sedikit baru le aku bawa pakaian lain tika berjalan jauh....tapi fatwa nie dah diputuskan pada tahun 1970 lagi bahawa dibolehkan mengguna pewangi beralkohol ketika solat...dah aku hanya tahu perkara nie pada tahun 1996 sedangkan fatwa nie dah ade sejak tahun 1970 lagi. Tapi yang menghairankan masih ada ustaz-ustaz yang mengatakan haram menggunakan minyak wang beralkohol sehingga hari ini...nak lawan mereka aku tak berani...maklum le mereka nie ustaz....

Disini aku sertakan hukum menggunakan alkohol tika solat:


Penggunaan Alkohol Semasa Solat

Tarikh Keputusan: 1 Jan, 1970

Keputusan:




Menurut maklumat yang di terima alkohol ialah nama yang digunakan di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan hidroksi (-OH), dan dikenali ada dua jenis yang agak baik, iaitu:


i)Alkohol kayu (methanol)ii)Alkohol biji-bijian (ethanol)

Kedua jenis alkohol ini mempunyai sebatian yang merupakan formula am struktur (R-OH. Methanol adalah sebatian yang mempunyai formula struktur (CH-OH). Di hospital ia dikenali dengan nama 'spirit' yang dipakai untuk membunuh kuman. Jenis ini tidak digunakan untuk minuman. Ethanol adalah sebatian yang mempunyai formula struktur(CH3CH2-OH) bahan inilah yang digunakan sebagai campuran dalam minuman keras.

Dari penjelasan ringkas mengenai jenis alkohol itu dapat dapat disimpulkan bahawa setiap arak atau minuman keras ada mengandungi alkohol tetapi tidak semua alkohol itu adalah arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis. Alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.

Selain itu alkohol juga terhasil dari lebihan proses pembuatan makanan seperti tapai,sama ada dari ubi kayu atau pulut.Ianya adalah tidak najis dan harus dimakan.

Ubat-ubatan, minyak wangi yang dicampurkan alkohol yang diproses bukan untuk pembuatan arak adalah harus dan dimaafkan.


SUMBER: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/penggunaan-alkohol-semasa-solat

saifulfromslim.blogspot.com

'Mamat' nama seekor Burung Tiong Emas


                                   Pandainya Bebenor Burung Tiong Emas yang bernama Mamat nie



Di sebuah asrama puteri di Universiti dekat pekan Sri Iskandar Perak terdapat seekor burung tiong yang dipanggil 'Mamat'. Si Mamat sungguh comel dan pandai berkata-kata kerana suka menegur para mahasiswi yang pulang dari kampus, kadang-kadang muncul perkataan yang menawan dari mulut si Mamat, misalnya : "Salamat pagi?" .. "Kemana Kamu?" , "oooey .. ari nak ujan" ..... "bangun bangun bangun"...dan sebagainya

Suatu hari tanpa disangka-sangka ketika 3 sekawan penghuni Asrama Puteri nak pergi kuliah dan melintas di depan sangkar Si Mamat , tiba-tiba: bersuara, Si Mamat, "biru - putih - ijau

Tersentak 3 mahasiswi tadi terhenti dan saling berpandangan:" Macamana Mamat tau warna panties kita ni ah?" "Jangan-jangan dia suka mengintai kita bertiga?" sampuk salah seorang mahasiswi.
"Biarkanlah, mungkin cuma kebetulan saja" sampuk salah seorang mahasiswi yang memakai panty hijau.

Keesokan harinya ketika 3 mahasiswi yang sama melintas lagi di depan si Mamat, tiba-tiba, dengar Mamat bersuara "hitam - coklat - putih"
Tiga mahasiswi tadi terhenti langkah dan saling berpandangan:"Si Mamat tau lagi ke??"

"Jangan pedulilah kat dia tu,dia hanya sesekor burung je, esok kita bertiga test kat Mamat yang konon bijak sangat nie, Apakata jikalau kita bertiga tak usah pakai, ia boleh tau ke juga?"

Keesokan harinya ... ketiga mahasiswi tadi sengaja tidak memakai panties berangkat ke kampus ... perlahan-lahan melintasi di depan sangkar si Mamat.
"Sssh.. lihat tu si Mamat nampak kebingungan dan macam terkejut melihat kita" Gurau salah seorang. Tak reti nak berkata-kata le Si Mamat nie dah…hahaha tergelak salah seorang mahasiswi yang bertiga tu.

Tanpa disangka tiba-tiba si Mamat berkicau ... "keriting - keriting - botak"
Terkejut dan terbeliak mata ketiga-tiga mahasiswi tadi.....sambil merah padam muka berasa malu

saifulfromslim




22 November 2012

Adakah Penyakit Alzheimer Atau Nyanyuk Pada Ibu atau Bapa Kita Satu Ujian Allah s.w.t Pada Kita Untuk Menguji Kesabaran Dan Keimanan Kita...?


MENJAGA orang tua yang uzur bukanlah senang. Mereka terdedah kepada pelbagai jenis penyakit dan boleh menunjukkan pelbagai ragam.
Begitulah luahan hati Puan Normala apabila meluahkan perasaan mengenai keadaannya yang terpaksa mengambil giliran setiap tiga bulan untuk menjaga ibu yang uzur.

Pada waktu itu hidupnya sekeluarga akan menjadi kelam-kabut, tambahan pula kesukaran untuk mendapatkan pembantu rumah yang sanggup membantu.
Masalah kesihatan ibunya bermula beberapa tahun yang lepas. Puan Normala pelik apabila ibunya memberi jawapan yang bukan-bukan ketika diajukan sebarang soalan yang mudah.
Pada mulanya beliau menyangka ibunya mengalami masalah pendengaran sehinggalah pada satu hari ibunya hilang di pusat membeli belah ketika dibawa keluar.

Ibunya ditemui sedang merayau-rayau tanpa tujuan dan tidak ingat lokasi di mana dia berada. Ibunya lalu dibawa berjumpa doktor.
Doktor membuat beberapa pemeriksaan dan ujian mudah. Keputusan mengesahkan ibunya mengalami tanda-tanda penyakit Alzheimer atau nyanyuk.
Ini menjawab teka-teki perubahan ganjil yang ditunjukkan melalui tingkahlaku ibunya selama ini.
Nyanyuk adalah sejenis penyakit otak yang disebabkan oleh penuaan. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja seawal usia 65 tahun.

Simptom utamanya adalah sifat pelupa yang melampau. Simptom lain adalah perubahan yang ketara terhadap emosi dan tingkahlaku.
Puan Normala teringat pengalamannya menjaga ibu. Memang ibu ada mengalami masalah pelupa. Ibu kerap memberitahu belum mengambil sarapan pagi walhal baru sahaja selesai makan.
Ibu juga pernah masak makanan yang terlalu masin sehingga tidak boleh dimakan kerana memasukkan garam berkali-kali ke dalam masakan. Ibu lupa yang dia telah pun memasukkan garam sebelum itu.

Buang air di ruang tamuPada waktu pagi Puan Normala mendapati ibunya tidur dan buang air di ruang tamu kerana gagal mencari kedudukan bilik air.
Ibu kerap bertanyakan soalan yang sama walaupun telah diberi jawapan berulang kali. Ibu juga kerap ke sana ke mari mencari barang-barang miliknya yang dikatakan hilang tetapi sebenarnya dia yang terlupa tempat simpanan.
Tidak hairanlah adiknya menyediakan bilik khas seperti kurungan di rumah setiap kali sampai gilirannya menjaga ibu.

Sekarang ibu selalu kelihatan murung. Ingatan masa lampaunya juga terjejas. Kini nama anak dan rakan lama juga tidak mampu diingat.

Apabila ditanya ibunya meradang. Ibu termenung ketika diberi baju untuk dipakai kerana lupa cara untuk mengenakan butang baju tersebut. Ibu juga bersolat pada waktu yang salah kerana tidak dapat lagi membezakan antara siang dan malam.
Bela hantuSaya menerangkan kepada Puan Normala, pesakit nyanyuk juga boleh mengalami halusinasi seperti mendengar suara ghaib.
Ini ditunjukkan melalui tingkah laku ibunya yang kerap bercakap seorang diri. Pesakit juga boleh mendapat delusi seperti mengatakan ada orang menghantar ilmu hitam atau ada hantu mengacau. Keadaan ini dipanggil psikotik.

Puan Normala mengambil nafas lega. Beliau kini mempunyai fakta untuk dijelaskan kepada anak-anaknya yang keadaan nenek mereka bukanlah disebabkan membela hantu.
Perkara sama akan dijelaskan kepada suaminya agar tidak lagi menghabiskan wang berubat dari satu tempat ke satu tempat untuk membuang hantu tersebut.
Kajian menunjukkan penyakit nyanyuk boleh memberi tekanan hebat kepada penjaga atau caregiver. Penjagaan memerlukan kesabaran, komitment dan kos yang tinggi.

Inilah sebab utama mengapa anak-anak memilih untuk menghantar ibu bapa mereka ke rumah kebajikan atau pusat perlindungan orang tua.
Jika dikesan pada peringkat awal, penyakit ini boleh dicegah dari menjadi bertambah teruk. Malangnya ia tetap tidak akan dapat mengembalikan ingatan pesakit seperti sediakala.
Walaubagaimanapun, ubat-ubatan seperti Aricept, Exelon dan Ebixa contohnya boleh membantu pesakit menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik.

Kepada anak-anak, elakkan pesakit berpindah-randah daripada satu rumah ke rumah lain. Ini bertujuan supaya orang tua mereka mudah mengingat dan tidak keliru dengan susun atur perabut dan kedudukan bilik di rumah anak-anak.
Pastikan bilik tidur mempunyai tingkap dan jam yang besar supaya mereka boleh dirangsang mengenal-pasti perubahan waktu siang dan malam.
Banyakkan bersabar, ini mungkin perkara terbaik yang anda boleh lakukan untuk mereka.

saifulfromslim.blogspot
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...