my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

14 April 2012


Nasihat pilih kerajaan dengan bijak

KUALA LUMPUR 13 April - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan rakyat agar bijak memilih parti yang diyakini mampu membentuk kerajaan yang kuat.
Menurut beliau, ini kerana sebagai negara membangun, Malaysia memerlukan kerajaan yang mempunyai keupayaan dalam menjamin kestabilan negara.
"Sudah pasti pakatan (pembangkang) tidak mampu berbuat demikian. Rakyat perlu sedar akan perkara ini dan memilih kerajaan dengan bijak. Mereka tidak seharusnya membenarkan sentimen perkauman mengaburi pemikiran waras.
"Sudah sekian lama Malaysia menikmati keamanan dan pembangunan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN). Secara jujurnya tidak ada sesiapa di negara ini boleh berkata bahawa mereka tidak pernah mendapat faedah daripada pentadbiran BN," katanya dalam entri terbaru blognya di http://chedet.cc/blog hari ini.
saifulfromslim

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...