my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

01 April 2012

Laporan Global Competitive Index 2011-2012



Laporan Indeks Daya Saing Global (Global Competitive Index) 2011-2012 melaporkan bahawa Malaysia telah melonjak naik sebanyak lima anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-21 dan mencatatkan peningkatan yang menyeluruh.

Kemajuan negara khususnya dilihat berkaitan kekukuhan institusi dan teras persekitaran makroekonomi, serta dalam beberapa langkah meningkatkan kecekapan pasaran. Antara kelebihan yang menonjol dan menyumbang kepada prestasi yang kukuh dan konsisten ini ialah sektor kewangan yang cekap dan kukuh; membolehkan Malaysia berada di kalangan negara dunia yang maju, di belakang Singapura dan Hong Kong dan dari segi keberkesanan pasaran barangan, yang menempatnya pada kedudukan 15. Di samping itu, keadaan ekonomi makro yang telah semakin baik membolehkan Malaysia berada pada kedudukan ke-29.

Peningkatan Ranking Malaysia dalam bidang-bidang lain dalam Indeks Daya Saing Global 2011-2012

1.  Ketelusan Penggubalan Dasar Kerajaan; naik daripada kedudukan ke-37 (2010-2011) kepada 26 (2011-2012)
2.  Kebebasan Kehakiman; bergerak naik daripada 52 (2010-2011) hingga 43 (2011-2012)
3.  Pembaziran dalam Perbelanjaan Kerajaan; naik daripada 25 (2010-2011) kepada 12 (2011-2012)
4.  Pembayaran yang tidak teratur dan Rasuah; naik daripada 55 (2010-2011) kepada 43 (2011-2012)
5.  Kualiti Pendidikan Asas; naik daripada 30 (2010-2011) kepada 21 (2011-2012)
6.  Kualiti Sistem Pendidikan; naik daripada 23 (2010-2011) kepada 14 (2011-2012)
7.  Kualiti Subjek Matematik dan Sains; naik daripada 31 (2010-2011) kepada 23 (2011-2012)
8.  Brain Drain; naik daripada 28 (2010-2011) hingga 19 (2011-2012)
9.  Upah/Gaji dan Produktiviti; naik dari 6 (2010-2011) hingga 4 (2011-2012)
10.             Pergantungan kepada Pengurusan Profesional; naik daripada 25 (2010-2011) hingga 20 (2011-2012)

Pendidikan negara jauh lebih baik – Muhyiddin

KUALA LUMPUR 31 Mac – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyelar tindakan sesetengah pihak yang selama ini mempertikai kualiti pendidikan negara berbanding negara-negara luar.
Hakikatnya, jelas Timbalan Perdana Menteri, generasi muda di negara ini mendapat pendidikan yang lebih baik jika dibandingkan dengan pelajar di Amerika Syarikat, Britain dan Jerman.
Menurut beliau, fakta tersebut berdasarkan laporan Daya Saing Global 2011/2012 oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang meletakkan kualiti pendidikan negara berada di tangga ke-14 dan di tempat kedua selepas Singapura dalam kalangan negara-negara ASEAN.
‘‘Ini satu pencapaian yang amat membanggakan. Ramai yang mengadu pendidikan negara tidak baik. Tetapi ini (laporan) telah dikeluarkan oleh WEF. Sudah pasti kejayaan itu adalah hasil usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dan rakyat dalam meningkatkan kualiti pendidikan, modal insan serta daya saing negara.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...