my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

08 April 2012

filem yang menyebab aku jadi suka tengok wayang....

Tahun 1971...masa tu aku dalam tingkatan 1...masa tu cikgu English Language aku...Mrs Thomas Mathew mencadangkan agar kami menonton filem Melody S.W.A.L.K sebuah filem lakonan Mark Lestor, Jack Wild dan Tracy Hyde. Mrs Thomas Mathew cadangkan filem nie kerana pada kami kerana cerita nie ada persamaan dengan tajuk English Literature Tom Sawyer yang sedang kami pelajari tahun tu dengan ujud 2 watak Tom Sawyer dan Becky Thacher. Filem ini sedang menjadi... ranking tontonan terbesar kalangan remaja masa tu di seluruh dunia termasuk Malaysia. Filem nie begitu diminati kerana masa tu, salah satu kumpulan  British Music - Bee Gees begitu popular ketika tu turut terlibat dengan lagu mereka dalam filem nie.

Aku dan rakan-rakan pergi menonton show jam 12.00 noon pakai tiket 3rd class berharga 65 sen di panggung Rex kat Tanjung Malim (Sekarang dah tutup pun). Aku suka sangat cerita nie...dan kerana filem nie juga le aku mula suka menonton wayang...

Disini aku papar filem penuh SWALK nie...secara shared drp Youtube...sebagai kenangan:



oleh saifulfromslim

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...