Sampah oh sampah
Cerita pasal sampah...semua kita benci padanya. Bau busuk ada kaitan dengan sampah. Kotor adalah juga gambaran pada sampah. Geli pada sampah. Tapi ada orang yang hidup dengan sampah. Hasil dari sampah mereka menjana penghidupan dengan pendapatan daripada sampah. Jadi sampah-sampah ini tidak sehina golongan sampah masyarakat .
Ada wakil rakyat yang jadi wakil pada rakyat tapi tak buat satu habuk pun. Ini satu contoh
sampah masyarakat.
Ada penjawat awam yang berada pada status yang tinggi seperti ketua pengarah, pengarah dan sebagainya dan sanggup menipu negara dan gasak duit dan terus menerus berada dalam masyarakat juga adalah juga
sampah masyarakat.
Ada pak ustaz yang siang malam berceramah pasal agama hingga dahi jadi hitam tapi terlibat dengan kerja maksiat seperti melakukan kerja terkutuk seperti zina, liwat dan rogol. ni lagi satu golongan haram jadah
sampah masyarakat.
Ada ahli politik kalau pasal menyalah pihak lain, nombor satu. Sedangkan dirinya satu habuk pun takda yang betul. Di dewan rakyat memaki hamun..langsung tak tau jaga mulut...konon ada kuasa boleh berbicara apa saja kerana kekebalan yang diizinkan. Mulut mereka ini betul-betul bau longkang asyik maki hamun saja dan ini juga adalah golongan sampah masyarakat yang tersalah pilih oleh masyarakat.
Mereka ini asyik nak makan aje apa saja mereka makan tak kira halal atau haram...sedar-sedar rumah bagai nak rak besarnya. Kereta mewah belambak-lambak parking depan rumah. Lepas tu buat muka kesian depan mangsa banjir kononnya penuh rasa simpati. Inilah sebenar sampah masyarakat kelas 1
Peniaga pulak bila jual barang pada masyarakat langsung tak kesian. Ikut suka dia saja nak tipu. Tipu timbang le dan tipu kualiti le dan paling geram ialah tipu harga. Ini lagi satu sampah masyarakat yang jadi sampah tanpa menyedari dia bergantung hidup pada masyarakat untuk hidup. Betul le...si mangkok nie boleh digelar sampah masyarakat tak sedar diri.
Saifulfromslim
No comments:
Post a Comment