Bila rakyat biasa macam aku berkata-kata
Aku petik dari Malaysiakini:
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau yakin akan terus survive dalam arena politik negara ini walau apa pun keputusan mahkamah dalam perbicaraan kes liwat terhadapnya. Ketua pembangkang itu berkata, pengalamannya sebelum ini mengharungi pelbagai pahit manis dalam politik membuktikan keadaan sedemikian. "Saya pernah jadi pemangku perdana menteri, pernah duduk dalam lokap paling hina, pernah makan santapan diraja di semua istana...
"Syukur Alhamdulillah, kamu tahu apa (terjadi)? saya survive," katanya disambut laungan reformasi oleh kira-kira 800 hadirin malam tadi. Bercakap dalam ceramah jelajahnya di Petaling Jaya menjelang keputusan mahkamah terhadap kesnya Isnin ini, Anwar berkata apa pun yang berlaku akan mematangkannya. "Saya matang dalam proses itu. Saya tak sama lagi dengan dulu," katanya. Menurutnya lagi, berdasarkan fakta kes, beliau mesti dibebaskan tanpa syarat. Bagaimanapun, tambahnya, walau apa pun keputusan mahkamah minggu depan, yang paling penting ketidakadilan mesti diubah dalam pilihan raya umum akan datang. "Penting untuk kita tawan Putrajaya. Saya yakin. Kita mesti berada di pihak yang benar dalam sejarah," tambahnya.
Terus optimis berhubung keputusan 9 Januari ini, Anwar berkata, beliau terus menyusun jadualnya seperti biasa, termasuk menghadiri pelbagai program prodemokrasi di luar negara pada minggu depan. "Itu rancangan. Jadi tak jadi, tawakal. Kita mesti maju," katanya. Anwar sekarang dalam rangka jelajah seluruh negara yang dilihat bertujuan untuk menggerakkan seramai mungkin rakyat menghadiri perhimpunan "Bebas Anwar 901" Isnin ini.
Polis telah membenarkan Pakatan Rakyat meneruskan perhimpunan ‘Bebaskan Anwar' di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, di mana keputusan perbicaraan kes liwat terhadap ketua umum PKR itu akan diumumkan Isnin ini. Sementara itu, naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, orang ramai perlu hadir dalam perhimpunan menyokong Anwar Isnin depan kerana beliau merupakan "simbol keadilan"."Terima kasih pada polis sebab beri permit, tapi tak beri padang (untuk berhimpun). Ramai nak hadir," katanya dalam ceramah yang sama.
Pandangan aku pasal DS Anwar Ibrahim ini berdasar petikan di atas:
1. Dia bangga pernah memangku jawatan perdana menteri dan menghina lokap dan bangga kerana pernah makan santapan diraja dan pada pendapat aku dia mahu menjadi PM sangat-sangat kerana kemungkinan dia rase dialah diantara pemimpin pembangkang yang paling cerdik diantara pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain seperti Hj Hadi Awang, Lim Kit Siang, atau pun Tuan hj Nik Aziz.
2. Dia terlalu optimis akan menang pada pilihanraya dan akan menjadi PM dan akan menawan Putrajaya dan merasakan jentera kerajaan sedia ada seolah-olah telah mati dan tidak mampu menyainginya. BN dan PM sedia ada Datuk Sri Najib seolah-olah tiada tandingan dengannya. Dia juga yakin bahawa semua pemimpin parti-parti lain dalam PR sangat menghormati beliau, kerana kemampuan dan kepintaran yang paling cemerlang diantara pemimpin lain samada DAP atau PAS
3. Dia begitu yakin bahawa sebahagian besar rakyat Malaysia memerlukan dirinya untuk memimpin Negara ini dan tidak suka pada pimpinan Datuk Seri Najib sekarang.
4. Dia samasekali tidak yakin akan sistem perundangan di Malaysia ini dengan mengatakan bahawa berdasar fakta kes dia harus dilepaskan dari pertuduhan pada 9hb Januari ini. Dia ingat semua rakyat Malaysia percaya dirinya tidak bersalah dari segi peratusan yang besar semuanya percaya padanya pada perkara ini.
5. Dia juga meletakkan dirinya sebagai pemimpin yang paling menyanjungi demokrasi dan mencintai keadilan.
6. Kenyataan terima kasih Naib President PKR Nurul Izzah pada polis tidak begitu iklas kerana menyindir kerana tidak memberi padang (kawasan yang lebih luas) untuk berhimpun. Jelas anaknya begitu berani mengatakan pada orang ramai harus datang ke perhimpunan pada hari Isnin ini kerana yakin bahawa bapanya satu-satunya pemimpin di Malaysia ini yang paling tulus dan mempunyai simbol keadilan.
PERSOALANYA, AKU TIBA_TIBA TERTANYA-TANYA PULAK...
Jika betul-betul yakin bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah kepimpinan pilihan rakyat Malaysia masakini....AKU TERTANYA-TANYA mengapa harus diadakan kempen "Bebas Anwar 901" dan jelajah seluruh Negara ini? Macam takut saja tak dapat sokongan dan seolah-olah macam tak yakin saja bunyinya. Adakah Malaysia ini maju kerana DSAI pernah jadi Timbalan Perdana Menteri satu masa dulu? Aku rasa entahlah nak jawab ye, pun rase serba salah. Kadang-kadang aku teringin sangatlah nak tengok DSAI jadi PM Malaysia ni, kerana betul ke dia ni cerdik sangat, dan akan meletakkan Negara dalam sistem kehakiman dan perundangan yang telus dan akan berlaku adil pada setiap kaum di Negara ini ? Betul ke dia mampu menjadikan negara ini makmur dan aman damai. Boleh ke dia melaksanakan demokrasi dengan telus? Betul ke dia bijak sangat pada perkara pengurusan ekonomi Negara dan boleh membawa Negara sebagai sebuah Negara maju dan kaya raya?
Siapa boleh jawap...dengan yakin pada perkara ini...bagi aku................. ...........ENTAHLAH...tak mampu nak jawab....
oleh: saifulfromslim
No comments:
Post a Comment