Kate aku...
Betul atau salah...bagi aku ialah keputusan...mahkamah. Andaian mahkamah berat sebelah dan sebagainya....hanya merupakan andaian saja. Para hakim, pendakwaraya mahu peguambela melakukan kerja. Saksi dalam dan dari luar negara telah membuat kenyataan. Aku sebagai warga Malaysia juga ingin bersuara bahawa semua keputusan adalah betul setelah dihalusi pada satu penghakiman yang panjang. Kalau nak kata semua konspirasi....itu tak adil samasekali...kerana bukan senang nak melibatkan semua pihak melakukannya dengan mudah. Tak adil untuk menafikan intergriti dan keutuhan seseorang samaada para hakim, polis, doktor melakukan kerja dengan betul...Seorang dua berkemungkinan lah tapi kalau semua tu memang tak masuk otak. Sebagai warga yang bebas tidak terlibat dengan mana-mana parti politik...yakin dengan sebarang keputusan mahkamah adalah betul kerana ianya telah dihakimi dan ada pemerhati dari luar melihatnya. Mana ada pekerja awam atau professionel sanggup buat kerja salah dan merosakan kehidupan orang lain. Mereka ada pegangan agama dan sebagai manusia pasti takut jika mereka membuat kerja-kerja yang salah. Jangan rasa kita ini saja yang betul dan orang yang tidak bersama kita itu semua salah. Mereka penjawat awam sentiasa akur pada kerja-kerja yang sebaik-baiknya walau pun kadangkala adakala kesilapan berlaku...tapi peratus pasti kecil.. Jika kita tidak salah...kita akan menang...Jika kita menang kita akan kata mahkamah malaysia adil....tapi bila kalah...mahkamah malaysia tak betul. Sebagai warga Malaysia sejak kecil hingga ke hari ini aku melafazkan rukun negara setiap waktu dengan mengangkat tangan. Adalah tidak adil aku untuk tidak percaya pada mahkamah, jika aku sentiasa mengucapkan ikrar rukun negara sejak sekolah sehinggalah kehari ini setelah bekerja. Aku hanya akan baca ikrar itu jika aku rasa ianya benar sebab aku bukan hipokrit seperti ada sesetengah orang baca ikrar sebentar tadi selepas tu tak percaya pada rukun-rukun berkenaan....
KENYATAAN TERBARU DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
SHAH ALAM, 3 JAN : Dalam apa yang dilihat sebagai cubaan untuk meraih simpati dan sokongan rakyat menjelang keputusan perbicaraan liwatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa rakyat terus bersama pembangkang sekali pun beliau dikenakan hukuman penjara. Anwar menegaskan persoalan sama ada beliau ada di dalam penjara atau di luar tidak penting “sekiranya rakyat dan Pakatan masih utuh memilih beliau menggalas jawatan Perdana Menteri,” lapor TVSelangor. Wawancara dengan portal milik kerajaan Selangor itu diuar-uarkan sebagai amanat “terakhir” Anwar kepada rakyat sebelum Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikan keputusan bersabit kes liwatnya Isnin depan Anwar boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun jika disabit kesalahan liwat untuk kali kedua Namun menurut seorang peguam, sekalipun disabit kesalahan dan dihukum penjara, mahkamah boleh memberi Anwar pengecualian daripada menjalankan hukuman sehingga rayuannya di putuskan di Mahkamah Rayuan dan kemudiannya di Mahkamah Persekutuan Proses rayuan boleh mengambil masa berbulan-bulan.
Dalam wawancara itu, Anwar memberi amaran bahawa Barisan Nasional (BN) silap sekiranya berfikir bahawa mereka “selamat” dengan memenjarakan beliau.
"Keutamaan adalah memenangkan Pakatan Rakyat (PR), perbincangan apa terjadi kepada Anwar adalah perkara kedua," katanya. Dalam pada itu, beliau penuh yakin bahawa gagasan Pakatan Rakyat akan menduduki Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang. Pada sidang media di sebelah petang Anwar berkata pucuk pimpinan Pakatan Rakyat sudah memerinci tindakan susulan jika beliau dihukum penjara.
"Soalnya apakah kita ada persiapan? Jawapannya ya. Soalnya pimpinan Pas Tuan Guru Hadi Awang, DAP Lim Lit Siang, sedia maklum? Jawabnya ya. Jadi ini penting sebab, saya ulangi depan mereka bahawa setakat ini dalam mesyuarat memang kebetulan saya mempengurusikan, tetapi keputusan kita buat bersama,” kata Anwar
“Kita buat persiapan yang cukup dan saya harus mengingatkan ini bukan soal peribadi, ini soal Pakatan Rakyat. Ini kita pimpin dan kita putuskan secara kolektif sebagai satu pasukan," tambah beliau.
Anwar menafikan beliau meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Bukit Damansara dan menyifatkannya sebagai konspirasi politik kedua untuk menjatuhkannya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan itu dan berkata tuduhan liwat yang oleh Saiful adalah isu peribadi antara Anwar dan bekas pembantunya itu.
No comments:
Post a Comment