my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

15 January 2012

Mengapa ini perlu ada d Malaysia? CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Aku betul2 tak faham pasal kebebasan pelaksanaan undang-undang d Malaysia nie? Aku betul2 tak faham pasal kebebasan bersuara nie. Betul le DSAI dah menang...dan tahniah le. Apa hal pulak nak melarang AG daripada buat rayuan bagi pihak Saiful dan bapanya. DSAI dan Saiful kedua2 rakyat Malaysia...biar le dia buat rayuan...itu haknya untuk mendapat pembelaan ke peringkat mahkamah yang paling tinggi. Kejap kata Malaysia dah hilang akan ketelusan pada sistem mahkamah tapi tibe-tibe melarang pulak pihak yang bukan client dia nak buat rayuan. Rase ini le dikatakan CAKAP TAK SERUPA BIKIN...Biar le dia merayu....kalau dia pihak yang sengaja buat tuduhan...confirm kalah. Kalau kite dipihak yang tidak bersalah...ape pulak nak kecoh sangat....Mengapa orang politik nie asyik nak buat kerja pelik...aku tahu le dia lawyer besar kat Malaysia nie,,,tapi entahlah pelik dengan penyataan yang aku baca melalui media utusan malaysia
Jesss.....baca ...



Karpal gesa AG tidak rayu terhadap pembebasan Anwar

15/01/2012 12:39am

GEORGETOWN 14 Jan. – Peguam utama kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh menggesa Peguam Negara (AG) tidak memfail rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah membebas dan melepaskan Ketua Pembangkang itu dari tuduhan liwat.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata, sebagai peguam bela beliau juga berhak, berdasarkan keterangan, menggesa AG agar tidak membuat rayuan.
"Perbicaraan ini dipanggil ibu segala perbicaraan di Malaysia dan saya kira tiga tahun (perbicaraan) adalah cukup lama dan ia perlu dihentikan demi kebaikan semua,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya semasa pesta Pongal di sini hari ini.

Pada 9 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar dari tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari.
Sekalipun rayuan dibuat oleh bapa Mohd Saiful, Azlan Mohd Lazim supaya AG mengemukakan rayuan, Karpal Singh berkata, sebagai peguam bela beliau juga mempunyai hak menggesa AG supaya tidak berbuat demikian.

"Cukup malang perkara berkenaan telah berlarutan hingga ke peringkat ini buat Saiful, tetapi sebaiknya negara dan semua terlibat menghentikan penghinaan terhadap Anwar dan keluarganya dan terus bergerak menangani isu-isu politik yang lebih penting yang menyentuh setiap orang,” kata beliau. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...