Tipu
oh Tipu
Pasal
penipuan ini, setiap hari boleh kita baca dekat akhbar-akhbar. Perlu diingat
pasal penipuan ini orang bijak pun boleh kena tipu. Ingat tak kisah Dr Fadzilah
Kamsah pernah ditipu pada urusan jual beli kereta tiga empat tahun yang lalu?
Jadi berhati-hatilah. Terkena tipu ini tidak memilih mangsa samaada orang kampong
ke?, Orang akademik ke? Orang professional ke? Orang agama ke? Tapi hanya kita
diingat agar berwaspada dan sentiasa berhati-hati ketika kita melalui sesuatu urusan
atau keadaan agar kita sentiasa dilindungi Allah swt….
Jabatan
Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mengenal pasti 12 jenis penipuan
popular di Malaysia yang digunakan golongan penjenayah kolar putih.. Antaranya
:-
1.
Jual beli tanah
Modus
operandi: Anggota sindiket berpura-pura hendak menjual tanah yang kononnya
berpotensi dijadikan tapak kilang atau tanah pertanian. Harga ditawarkan lebih
murah berbanding harga pasaran, menyebabkan ramai terpengaruh. Mangsa
ditunjukkan geran tanah sebagai bukti dan diminta membuat pembayaran tunai.
Mangsa hanya menyedari tertipu apabila mendapati geran tanah diberikan
sebenarnya palsu selepas di periksa dengan pejabat tanah dan tanah ditawarkan
itu milik orang lain.
2.
Tawaran pakej haji dan umrah
Modus
operandi: Sindiket menyamar kakitangan Lembaga Tabung Haji atau wakil syarikat
agensi pelancongan yang menawarkan pakej haji serta umrah pada harga murah dan
cepat. Namun, selepas mangsa membuat bayaran, pakej ditawarkan didapati tidak
wujud. Ada mangsa menyedari ditipu selepas ada dilapangan terbang dan bersedia
memulakan perjalanan.
3.
Bomoh buang sial
Modus
operandi: Dalang mendakwa mangsa ada sial, roh jahat atau nasib malang dan
berkebolehan mengubah keadaan itu jika mangsa menjalani upacara rawatan khas
membuang badi. Proses rawatan biasanya mengambil masa lama dan mangsa perlu
membuat bayaran ditetapkan. Mangsa hanya sedar tertipu apabila tiada perubahan
pada diri dan bomoh menghilangkan diri. Ada juga mangsa wanita dicabul dan
ditiduri.
4.
Jual beli kereta
Modus
operandi: Sindiket mencari mangsa yag memiliki kereta tapi belum menyelesaikan
pinjaman atau bermasalah membuat bayaran ansuran dengan bank. Mereka menawarkan
bantuan kononnya boleh menjual kereta mangsa dan menyelesaikan urusan pinjaman
dengan bank. Mangsa menyedari ditipu apabila pihak bank terus membuat tuntutan
bayaran atau menerima saman lalu lintas. Selepas melakukan pemeriksaan, mangsa
akhirnya mendapati keretanya tidak dijual, manakala anggota sindiket penipuan
menghilangkan diri bersama kereta.
5.
Menyewa tanah untuk pembinaan pencawang telekomunikasi
Modus
operandi: Menyamar sebagai wakil syarikat telekomunikasi seperti Celcom atau
Maxis yang kononnya ingin menyewa tanah untuk didirikan pencawang. Mangsa
ditawarkan bayaran sewa bulanan tidak kurang RM10,000. Bagaimanapun, mangsa
diminta menyerahkan geran tanah, membuka akaun bank baru kononnya untuk
memudahkan bayaran sewa dan diminta mengeluarkan semua duit simpanan dengan
alasan untuk mengelak cukai pendapatan. Selepas duit diserahkan, mereka
menghilangkan diri. Kebanyakkan mangsa adalah penduduk dikawasan kampung.
6.
Menang hadiah utama loteri
Modus
operandi: Dalang sindiket biasanya warga Indonesia yang bijak berlakon kononnya
mereka memenangi hadiah utama. Anggota sindiket, termasuk wanita, mencari
mangsa dikawasan awam, terutama wanita yang banyak memakai barang kemas pemilik
kereta mewah dan juga wanita Umno.
Mereka
mendakwa tidak boleh menuntut hadiah kemenangan kerana mereka warga asing, lalu
menawarkan mangsa tiket loteri mereka dengan meminta bayaran sebanyak RM10,000
atau lebih. Biarpun jumlah itu besar, ia dikatakan jauh lebih rendah berbanding
hadiah kemenangan yang kononnya RM200,000. Jika mangsa kekurangan tunai, mangsa
boleh menyerahkan barang kemas dengan nilai dikehendaki. Bagaimanapun, mangsa
menyedari ditipu apabila mendapati tiket loteri/ekor diberikan sebenarnya tiket
menggunakan jarum dan gam.
7.
Beli barang runcit dengan cek palsu
Modus
operandi: Sindiket membeli pelbagai barangan runcit, namun pembayaran terpaksa
dibuat dengan sebahagian kecil menggunakan tunai, manakala sebahagaian besarnya
menggunakan cek, Mangsa menyedari tertipu apabila mendapati cek digunakan tidak
laku, manakala syarikat dimaksudkan tidak wujud
8.
Menjual barangan yang didakwa daripada Jabatan Kastam
Modus
operandi: Sindiket mendakwa memiliki barangan seperti telefon bimbit, kereta
dan komputer yang hendak dijual dengan harga murah kerana ia kononnya barang
lelongan kastam turut digunakan untuk menyakinkan mangsa.
Mangsa
diminta membayar sejumlah wang sebagai cengkeram atau deposit sebelum barangan
dihantar kemudian. Namun, penghantaran tidak dibuat dan anggota sindiket
menghilangkan diri dengan wang cengkeram.
9.
Menang peraduan AF (Akademi Fantasia)
Modus
operandi: Menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya mangsa bertuah
kerana memenangi hadiah peraduan sebanyak RM9,000 Namun mangsa perlu membuat
bayaran ke satu bank sebanyak RM1,000 terlebih dulu. Mangsa menyedari tertipu
apabila wang RM9,000 yang dijanjikan tidak diserahkan. Polis kesal kerana
banyak kali mengeluarkan kenyataan mengenai penipuan ini, namun orang ramai
masih tidak ambil berat dan sanggup ditipu.
10.
Gores dan menang
Modus
operandi: Dianggotai sindiket yang mencari mangsa dirumah, kedai atau tempat
awam. Mangsa diberi kad dan diminta menggores diatasnya untuk mengetahui hadiah
dimenangi. Hadiah dijanjikan termasuk kereta dan wang tunai. Apabila mangsa
ingin menuntut hadiah di premis yang selalunya beroperasi hanya dalam tempoh
singkat, mangsa diminta membuat bayaran tertentu. Seringkali mangsa hanya
menerima hadiah barangan elektrik, kerusi urut atau pinggan mangkuk yang tidak
setimpal dengan wang dilaburkan.
11.
Tawaran bantuan kebajikan dan rumah PPRT/kos rendah
Modus
operandi: Beroperansi dikawasan luar bandar dan mangsa biasanya orang
tua,miskin atau ibu tunggal. Anggota sindiket menyamar kakitangan Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) atau wakil yayasan kebajikan. Mangsa dijanjikan
bantuan kewangan tetap bulanan atau rumah PPRT/kos rendah pada harga potongan
lebih 70 peratus.
Untuk
memperolehnya, mangsa diminta mengeluarkan semua wang didalam bank bagi membuka
akaun baru atau membuat sejumlah bayaran, kononnya deposit pembelian rumah.
Biasanya, mereka sangup mengikut mangsa ke pejabat LTH atau bank untuk
keluarkan wang. Ketika urusan membuka akaun bank baru dan mangsa diminta tunggu
diluar bank dan ketika itu anggota sindiket menghilangkan diri.
12.
Menang cabutan bertuah dari Hong Kong
Modus operandi: Mangsa menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai mencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara.Mangsa bagaimanapun, diminta membayar yuran pemindahan wang kedalam akaun tertentu.Selepas bayaran dibuat, wang kemenangan dijanjikan tidak di peroleh.
Penipuan ke 11 tu paling kejam, orang yang mengharapkan bantuan ditipu... best info di sini, done follow here, harap sudi2 la follow balik.. tengkiu.
ReplyDelete