UMNO OH UMNO….jangan
jadi arrogant pada rakyat. Jika ini dapat dikikis semuanya akan ok
oleh Saiful
Anuar Safian
Aku kagum
kesedaran Datuk Seri Najib PM yang juga President Umno nie…boleh memahami
kehendak rakyat atau generasi muda masa ini. Dia sanggup meminta maaf dan
mengaku UMNO pernah buat kesilapan. Dia mahu semua pemimpin UMNO berdisiplin
dan merendah diri dan mengetuk setiap pintu hati rakyat. Maksudnya mudah. Dia
mahu setiap pemimpin UMNO diperingkat bahagian, dan cawangan-cawangan termasuk
le semua yang terlibat dalam jawatan-jawatankuasa yang ada, jangan lagi bersifat
arrogant atau berlagak. Nak tegur rakyat pun masih memilih. Apa lagi jika
rakyat tu beraliran fahaman pembangkang pasti dia buat indah tak indah je pada
kumpulan ini.
Sepatutnya wakil rakyat dan pemimpin-pemimpin
harus mengenali semua rakyat dalam DUN berkenaan. Mana yang miskin, golongan
ibu tunggal, kakitangan awam, peniaga kecil, peniaga, petani, pesawah yang ada dimukimnya. Mengenali kawasan
itu dan tahu perkara yang diperlukan oleh rakyat setempat. Beberapa pemimpin
pembangkang aku lihat terus bawa beras dan peralatan dapur kerumah golongan
sukar dan memerlukan dan terus pergi ke teratak mereka tanpa ada majlis formal.
Ini golongan yang dipandang sebagai pemimpin berkaliber dikalangan generasi
masa kini yang tak suka majlis-majlis bercorak retorik dan memualkan. Sebagai
contoh pihak UMNO turut bagi pada orang susah tapi yang berbeza dengan
pembangkang ialah ianya disalurkan secara formal dan secara lapuk dengan adegan
retorik dengan perarakan bunga mangga dan kompang. Unsur kemegahan yang masih dipegang
sebagai tradisi ini pada masa ini lebih dilabel sebagai sifat riak atau
menunjuk oleh aliran pemikir genarasi muda yang sudah tidak relevant lagi
digunakan. Pemimpin akan datang dengan kerete mewah dan disambut. Apa kata
rakyat genarasi masa ini? Jawapannya mereka akan menggangap pemimpin UMNO nie
arrogant atau sombong.
PM mahu semua
pemimpin UMNO merendah diri dan bersikap tawadhuk dengan mengatakan mesti
mengetuk pintu hati setiap individu rakyat jika mahu jadi pemimpin yang boleh
memenangi hati rakyat. Jangan lagi baru jadi AJK Bahagian dah rase nak tegur
orang pun susah. Kasihan le dengan pimpinan pusat berabis buat pelbagai kerja
demi menjaga keutuhan parti. Dulu masa baru kalah pada tahun 2008, sekejap je
sedar hilang bongkak sombong. Pada tahun
ini aku terlihat dalam satu Jamuan Hari Raya yang dibuat oleh UMNO
bahagian, sikap sombong dan berlagak dah macam berulang kembali. Tak payah le
aku cakap kawasan mana? Dengar le nasihat pucuk pimpinan tertinggi yang begitu
besar harapan pada akar umbi. Buang le sifat sombong dan berlagak ini. Isyaallah
semuanya akan dirahmati Allah swt dan isyaallah BN akan menang pada PRU ke 13
nanti. Tapi cukup aku katakan puak-puak nie dah mula nak tunjuk besar kepala
balik. Ada ramai yang dah sedar tapi kerana segelintir buat perangai abis seluruh
kawasan parlimen berkenaan akan dicop sebagai parti tak sedar diuntung.
Tu le Timbalan
president UMNO kate masa gulung perbahasan PAU 2012, perlu ada keintektualan
dikalangan ahli mahu pun pemimpin. Jangan salah faham pulak bukan aku maksudkan
ketinggian akademik. Kadangkala tok bilal dan petani pun ada keintektualan pada
diri mereka ketika menghadapi masyarakat. Ahli-ahli UMNO yang asyik fikir siapa
jadi calon dan siapa pulak winner candidate. Berhenti le berfikir masalah tu
lagi. Jika orang kamu tak dipilih mesti le ada rahmat dan itu merupakan
petunjuk dari Allah agar kamu sedar sebelum terlambat dan tidak terikut same
rentaknya. Kita hanya boleh berdoa agar bekas calon itu diberi kesedaran untuk
insaf dan akur pada kesalahannya Adalah baiknya jika kita terima saja keputusan
pucuk pimpinan. Mereka bukan main hentam pilih je, yang pasti mereka akan
memilih dari pelbagai kriteria yang 90% pasti betul jika tidak 100% betul. Buat le kerja-kerja sungguh-sungguh untuk
kemenangan ikut kemampuan dan kebijaksanaan yang kamu ada. Ramai orang bukan
ahli UMNO tetapi hanya sebagai penyokong je kadangkala lebih mulia dalam
membantu dan menyokong UMNO nie secara tulus. Cuba Tanya diri sendiri kenapa
kamu masuk UMNO? Jika betul kerana sayang perjuangan anak bangsa…confirm kamu
tak ada sifat arrogant nie. Aku tak kate semua ahli UMNO tu sombong…tapi hanya minoriti
kecil tu je…yang merugikan dan membahaya poerjuangan UMNO. Kerana dia nie walau
berada dalam bilangan yang kecil tapi kerana dengan adanya sifat arrogant, dia
ini le yang akan paling suke menonjolkan diri dengan yakin dia tu bagus sangat
di kawasan tue, tapi rakyat sekeliling sebaliknya akan terus beranggapan semua
ahli UMNO macam dia. Apa tidaknya baru jadi AJK kecil dalam bahagian atau AJK
dalam cawangan, dah tunjuk lagak sombong melebihi ketua bahagian. Harapan aku
lepas nie buang le tabiaat buruk tue. Jangan sampai perumpamaan kerana nila
setitik abis rosak susu sebelanga berulang pada PRU ke 13 ini.
Lepas nie jika
ada calun dari mana-mana kawasan tak dicalon jangan le sabotaj parti dan yang
paling malang lagi, dia nie akan turut menghasut dan mengugut pengikutnya supaya turut sama mensabotaj
calon parti yang dipilih. Lihat diluar sana ramai remaja yang bukan ahli-ahli
mana-mana parti terus terang menyokong pembangkang. Kenape ini berlaku? Mudah
je…sebab pemimpin pembangkang tidak bersifat angkuh walaupun kadangkala hanya
mengeluar doktrinasi bercorak fitnah. Mereka terus jaja dotrinasi fitnah secara
berterusan dengan cara merendah diri. Lama kelamaan ramai juga terpegaruh dan
percaya setelah 2, 3 kerat golongan minoriti nie dijadikan contoh oleh pemimpin
pembangkang nie pada golongan minoriti UMNO yang arrogant nie . Jika saya
reka-reka je cerita nie takkan PM mengeluarkan soalan CEPUMAS …apakah tindakan
anda jika tidak dipilih sebagai calon? pada ucapan penggulungan PAU 2012 petang
tadi. Fikir-fikirkan le…tahun 2008 dulu salah satu daripada faktor utama
kekalahan BN adalah kerana sifat arrogant dan kurang sifat keintektualan
dikalangan pemimpin dan ahli-ahli UMNO.
Saya tahu dan
semua orang tahu UMNO dah memang banyak berjasa pada Malaysia dari pencapaian,
kemerdekaan, kemajuan, pembangunan yang banyak lagi. Jika itu saja modal kita
nak terang pasal kecemerlangan UMNO rasanya genarasi masa ini enggan mahu mendengar
cerite berulang ini dan hanya akan dianggap sebagai retorik murahan je.
Ahli UMNO perlu
sifat intelektual, rendah diri, rajin berterusan memberi assessment yang bijak
untuk menangkis idea dotrinasi pemimpin pembangkang yang berterusan bercorak
fitnah pada kerajaan. Memang saya akui UMNO ada juga kesilapan seperti rasuah,
salah guna kuasa dan sebagainya tapi
bilangan yang terlibat dengan ini adalah kecil jika dibandingkan dengan
kebaikan yang telah dibuat UMNO dan BN. Semua rakyat tak bodoh le kerana sedar dengan
ada peningkatan kadar FDI dan peningkatan index pulangan pelaburan negara yang
terpampang jelas pada Financial Reports badan antarabangsa mana mungkin rasuah
begitu berleluasa di Malaysia. Memang le amalan rasuah masih berlaku tapi pada
kadar yang kecil saje. Tapi kebijaksanaan pembangkang berhasil menanamkan
sebahagian genarasi muda mempercayai agenda fitnah mereka melalui pendekatan
mereka yang lebih tersusun dan meletak diri mereka ke aras rendah diri dan tidak bongkak dan telah
menarik minat genarasi hingga mempercayai agenda fitnah ini. Sebab itu aku kate
pentingnya penangkisan secara bijak terhadap dakwaan songsang pembangkang ini.
Sebab itu aku kate intelektual perlu pada ahli-ahli UMNO nie.
Aku tulis ini
bukan kerana sakit hati atau dengki pada mana-mana pemimpin UMNO atau ingin
mencari aib mana pemimpin kawasan Parlimen atau Adun tapi sekadar menyatakan
kebenaran agar UMNO tidak kecundang pada PRU ke 13 nanti. Aku yakin pucuk
pimpinan telah banyak berusaha terutama dalam menterjemah tranformasi pada
kadar yang besar pada rakyat khususnya PM Datuk Seri Najib Tun Razak. Bantu le
dia dan ikut le nasihatnya dengan jujur….
Saifulfromslim.blogspot.com
No comments:
Post a Comment