Baca dan Ambil Pengajaran
KETUA PADERI SELUROH SABAH MASUK ISLAM
(Rev.Thomas Laiden -- Ust.Tajuddin Othman Abdullah)
Temuramah ekslusif bersama Ustaz Tajuddin Othman Abdullah, bekas
Paderi Besar Gereja-Gereja Seluruh Sabah. Oleh Jamilah Aini Mohd. Rafiei.
BEKAS Paderi Besar Sabah, TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, mengupas perbandingan
yang cukup ilmiah di antara agama Islam dan Kristian berdasarkan
pengkajiannya yang cukup mendalam lagi terperinci selama menjadi Paderi
Besar Kristian selama 12 tahun. Iktibar Buat Mereka Yang Murtad AGAMA
Kristian menurut kitab Injil yang asal jika dikaji sedalam-dalamnya maka
jawapan akhir yang akan ditemui adalah ISLAM. Hakikat ini telah dibuktikan
oleh ramai orang Kristian yang akhirnya mendapat hidayah Allah dan
kemudiannya memeluk agama Islam. Tetapi apa yang paling menakjubkan kali
ini, kita berpeluang berkongsi pengalaman hidup yang tiada tolok
bandingannya bersama USTAZ TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, seorang bekas paderi
besar di seluruh Sabah, yang belajar sebahagian besar dalam hidupnya untuk
menjadi paderi. Beliau yang selama ini berada di tahap paling tinggi dan
mulia sekali di Sabah kerana berkedudukan untuk mengampunkan segala dosa
yang dilakukan oleh orang-orang Kristian Sabah contohnya orang yang paling
berpengaruh ketika itu Pairin Kitingan.
Pengalamannya sebagai Bekas Paderi di sekitar 80-an membuatkan
beliau banyak mengetahui selok belok agama termasuk agama Islam. Setelah
puas mengkaji, akhirnya Allah memberikan hidayah kepadanya dengan memilih
Islam sebagai jalan hidup. Beliau kini bertugas di Majlis Agama Islam
Melaka di bahagian Unit Kristianologi. Bersama seterusnya dengan JAMILAH
AINI MOHD. RAFIEI, turut hadir SUZILAWATI ROZAINOR ABBAS dengan jurufoto
WAN ZAHARI WAN MOHD. SALLEH yang berdialog dengan beliau di Masjid Al-Azim
(Negeri), Air Keroh, Melaka, baru-baru ini.
SEMASA Kristian saya dikenali sebagai Paderi Thomas Laiden. Saya
berasal dari Sabah dan berketurunan Solok.Agama asal saya ialah Roman
Katholik. Saya mendapat pendidikan di Seminary Kepaderian Vantiken Itali
iaitu institusi kepaderian terulung di Itali dan dibiayai oleh Persatuan
Kristian Sabah. Saya tamat pengajian pada tahun 1985 seterusnya bertugas
sebagai paderi di Vantiken. Seterusnya Saya memohon untuk kembali ke negara
asal saya iaitu Sabah.
Pada tahun 1988 saya ditukarkan ke Sabah dan berkhidmat sebagai
paderi di Saya Bertugasdi Gereja St. Mary, Persatuan Gereja Roman Katholik
Sabah seluruh Sabah yang berpusat di Kota Kinabalu. Keluarga saya terlalu
kuat berpegang pada agama. Itulah sebabnya bapa menghantar saya ke Vantiken,
dengan harapan agar saya menjadi seorang paderi yang dikira jawatan yang
terlalu mulia. Saya mempunyai ramai adik beradik tetapi kesemuanya
perempuan, saya adalah anak lelaki tunggal dalam keluarga. Semasa menjadi
paderi, saya banyak membuat kajian mengenai agama Kristian, Buddha, Hindu
dan Islam. Ketika itu saya tidak tahu langsung tentang keindahan dan
kecantikan Islam dan tidak pernah terlintas di fikiran untuk ke situ.
Tambahan pula saya dibesarkan di dalam keluarga yang kuat mengamalkan agama
Kristian. Saya aktif bergiat dalam dakyah Kristianisasi yang cenderung
kepada banyak buku-buku Islam.
Setelah banyak membuat kajian, saya terfikir apabila saya dilantik
menjadi paderi, saya mendapat kesimpulan yang saya sudah mula meragui agama
yang saya anuti. Konflik Diri Yang Tidak Terbendung Ianya ketara di sekitar
1988, apabila sebagai seorang paderi diberi tanggungjawab yang besar iaitu
untuk mengampunkan dosa manusia. Timbul di fikiran saya bagaimana saya
sebagai manusia biasa bisa mengampunkan dosa manusia lain sedangkan para
Nabi dan Rasul yang diutuskan Allah, mereka ini tidak sanggup mengampun
dosa manusia dan tidak mampu mengampunkan dosa manusia. Saya mula serius
membuat kajian mengenai Islam.
Apabila saya diberi tanggungjawab mengampun dosa orang-orang
Kristian seluruh Sabah, jadi masa itu saya rasakan seolah-olah agama ini
sengaja direka-reka oleh manusia. Seterusnya pada tahun 1989 saya kembali
ke Vantiken untuk membuat Kursus Kepaderian di sana selama tiga tahun. Di
sana saya telah berjumpa dengan ketua paderi tertinggi seluruh dunia iaitu
Pope John Paul.
Saya telah berdialog dengannya dan bertanya akan perkara yang
memusykilkan saya sepanjang saya menjadi paderi. Saya berkata kepadanya,
"Paul, saya sekarang rasa ragu dengan agama yang kita ini". Dia
terkejut dan bertanya, "Apa yang kamu ragukan?" Saya berkata,
"Cuba John Paul fikirkan sendiri, kita ini seorang manusia biasa. Di
negeri saya Sabah, di negeri saya sendiri setiap malam Ahad saya
mengampunkan dosa orang Kristian yang beratus-ratus orang yang datang
mengaku dosa. Mereka harap saya yang mengampunkan dosa mereka sedangkan
para Nabi pun tidak pernah melakukannya." Beliau berkata, Wahai Paderi
Thomas, kamu ini dilantik menjadi seorang paderi, maka kamu ini seorang
yang suci dan tidak mempunyai sebarang dosa," Saya katakan yang saya
merasakan diri saya mempunyai dosa. Beliau seterusnya menyambung,
"Memang kita manusia ini mempunyai dosa. Nabi Adam sendiri mempunyai
dosa.
Apabila seseorang yang telah dilantik menjadi paderi bermakna kamu
ini telah dilantik oleh Jesus Christ. Jesus Christ tidak ada dosa maka kita
sebagai paderi ini tidak mempunyai dosa."
Di situlah saya mula tidak percaya pada agama kristian yang
mengatakan ulamak-ulamak Kristian tidak mempunyai dosa. Saya katakan pada
Paul yang ulamak Kristian itu pembohong. Dia terkejut lalu berkata,
"Thomas, kamu telah dihantar hingga ke peringkat tertinggi untuk
menjadi paderi, kenapa kamu berkata demikian. Cuba kamu jelaskan kenapa
kamu kata agama Kristian pembohong". Saya menyoalnya, "Jesus
Christ itu Tuhan atau Nabi?" Beliau menjawab, "Dia Tuhan.
"Saya bertanya kembali, Pernahkah orang nampak Tuhan?Bagaimana
wujudnya Tuhan? Siapa Tuhan kita sebenarnya, Jesus Christ (Nabi Isa) atau
Allah bapa? (Allah)." Beliau mengatakan Jesus itu Tuhan.
Saya menyoal kembali, "Apa matlamat utama Jesus Christ diutus
ke dunia?" Beliau menjawab, "Untuk menebus dosa bangsa manusia,
semua bangsa dan agama." Jadi saya katakan padanya kenapa perlu ada
paderi tukang ampun dosa jika Jesus Christ sudah menebus dosa semua
manusia. Di situ dia mula pening dan terpinga sambil berkata, "Paderi
Thomas awak ini telah dimasuki iblis sehingga berani mempertikaikan
Kristian."Saya katakan padanya, "Kita seorang paderi yang suci,
bagaimana iblis boleh masuk?" Saya juga katakan padanya saya mempunyai
ibu bapa dan adik-beradik apabila ibu bapa saya membuat dosa mereka mengaku
di hadapan anak, kerana kedudukan saya ketika itu sebagai seorang paderi.
Jadi saya terfikir bagaimana saya seorang anak boleh mengampunkan dosa ibu
bapa. Sepatutnya seorang anak yang meminta ampun dari ibunya.
Selepas perdebatan itu Pope John Paul meninggalkan saya, sebagai
seorang paderi beliau tidak boleh marah kerana marah merupakan satu dosa.
Di dalam Kristian mempunyai tujuh rukun iaitu:-
I. Ekaristi Pembaptisan - seseorang yang ingin memeluk Kristian
Mereka mesti dibaptiskan air suci.
ii. Ekaristi Pengakuan - mengaku dosa di hadapan paderi
iii.Ekaristi Maha Kudus - memakan tubuh Tuhan (Khusti kudus)
Iv. Ekaristi Minyak Suci - air suci
V. Ekaristi Krisma - penerima ekaristi Maha Kudus layak menerima
Krisma
vi. Ekaristi Imaman - menjadi paderi
vii. Ekaristi Perkahwinan - hanya untuk penganut awam (Paderi tidak
menerima ekaristi ini)
Dalam Kristian air suci atau lebih dikenali sebagai Holy Water,
adalah paling bernilai sekali. Untuk menjadi seorang Kristian, seseorang
perlu menjalani Ekaristi Pembaptisan iaitu meminum air ini. Ia diperolehi
dari proses uzlah yang dijalani sebelum menjadi paderi. Jika tidak
mempunyai akidah yang benar-benar kuat, akidah boleh rosak disebabkan air
ini. Contohnya ialah seperti apa yang berlaku ke atas seorang doktor
perempuan Melayu di Selangor. Setelah minum, beliau langsung tidak boleh
mengucap, hatinya telah tertutup.
Menurutnya beliau sudah tidak yakin lagi dengan agama lain kecuali
Kristian sahaja kerana melalui Kristian beliau boleh melihat Tuhan Jesus
yang turun setiap malam. Itulah permainan iblis. Sesiapa yang meminum air
tersebut dapat melihat apa sahaja. Sebaik sahaja doktor tersebut
meminumnya, akhirnya beliau memeluk Kristian. Saya pergi menemuinya, dia
katakan kepada saya Islam tidak benar, hanya Kristian agama yang benar
kerana umatnya boleh melihat Tuhan. Apabila saya tunjukkan air itu
kepadanya sambil bertanya pernahkah beliau meminumnya. Beliau menjawab
memang pernah meminumnya semasa beliau belajar di Indonesia; apabila pergi
ke gereja beliau akan diberi minum air tersebut.
Beliau menyatakan kepada saya beliau akan hidup dan mati dalam
Kristian. Saya membacakan kepadanya surah Al-Kahfi di samping memintanya
mengamalkan surah tersebut setiap masa. Alhamdulillah lama-kelamaan
keadaannya semakin pulih.
Inilah permainan sihir sebenarnya. Tidak siapa dapat melawan ilmu
Allah, hanya ilmu Allah sahaja yang berkesan menghapuskan permainan sihir.
Tidak lama kemudian beliau kembali mengucap dan terus menangis. Saya
katakan kepadanya saya sudah terlalu berpengalaman dengan taktik Kristian.
Itulah, cara memikat orang untuk ke agama Kristian cukup mudah, tidak
mengapa jika tidak percaya kepada agama Kristian, tetapi apabila minum air
itu segala-galanya akan berubah. Setelah saya mempelajari Islam barulah
saya tahu rupanya iblis ini boleh menyerupai bermacam rupa. Kekuatannya
hanya pegangan akidah.. Tetapi Holy Water ini sekarang tidak boleh lagi
diedarkan di Malaysia kerana orang yang membuatnya di biara Vantiken telah
memeluk Islam dan membongkar rahsia ini. Ramai orang sudah tahu mengenai
air ini dan mula berhati-hati dengan setiap apa yang meragukan.
Rukun yang kedua pula iaitu Ekaristi Maha Kudus bermaksud memakan
tubuh Tuhan. Saya pernah berhujah dengan John Paul mengenainya. Saya
katakan padanya sedangkan Firaun yang zalim itupun tidak pernah memakan
tubuh tuhan kenapa pula kita sebagai ulamak Kristian boleh makan tubuh
tuhan?. Saya jelaskan kepadanya, apabila semua paderi memakan Khusti Kudus
(sejenis makanan yang diimport khas dari Itali) bermakna itu satu
penghinaan kerana tubuh tuhan boleh dimakan. Kata beliau, itu memang sudah
menjadi rukun Kristian dan tidak boleh dipertikaikan lagi.
Apa yang paling merbahaya ialah Holy Water. Khusti Kudus tidak
mempunyai rahsia apa-apa, ia seolah-olah seperti roti yang dicampur dengan
bahan lain. Berlainan dengan Holy Water yang kesannya cukup kuat.
Bayi-bayi yang baru dilahirkan pun dibaptiskan. Terdapat sesetengah
klinik yang membaptiskan bayi walaupun bayi tersebut Islam. Bagi
kepercayaan Kristian setiap bayi yang baru lahir wajib dibaptiskan kerana
ia mempunyai dosa, ia menyimpan dosa pusaka yang ditinggalkan datuk moyang
mereka. Ia berlainan dengan Islam, Islam meletakkan bayi yang baru lahir
itu adalah dalam keadaan fitrah (bersih).
Sebenarnya agama Kristian ini tidak salah. Di dalam semua kitab
tidak ada mengenai agama Kristian. Kristian ini baru sahaja berkembang oleh
seorang Paul yang pertama di zaman Julius kemudian beliau engembangkannya.
Asal agama Kristian ialah dari agama Yahudi dan Nasara. Tetapi di Romawi ia
dinamakan Kristianisasi. Jika kita meneliti di dalam kitab Nabi Isa (Injil)
tidak ada disebut Kristian. Sebenarnya semua ulamak Kristian tahu mengenai
kedudukan agama Islam. Pernah terjadi dalam tahun '78, semasa itu saya
terjumpa kitab yang menyatakan kebenar dan Nabi Muhammad. Tetapi semasa itu
saya tidak begitu memperdulikannya. Di dalam kitab tersebut ada menyebut
mengenai Ahmad iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Ketika itu saya masih belajar di Vantiken, oleh kerana saya kurang
sihat saya tidak dapat mengikut kelas pengajian. Saya diberi tugas oleh
seorang paderi untuk menjaga sakristi perpustakaan yang terdapat di gereja)
untuk menjaga kitab-kitab di situ. Paderi tersebut mengatakan kepada saya,
Thomas, kamu perlu menjaga kesemua kita-kitab di sakristi ini tetapi kamu
tidak boleh membuka almari." Beliau menunjukkan kepada saya almari
yang dimaksudkan. Saya hairan kerana beliau melarang saya membuka almari
tersebutkan sedangkan kuncinya diserahkan kepada saya. Sifat manusia,
apabila dilarang maka itulah yang ingin dibuatnya. Ketika itu Semangat saya
terlalu berkobar-kobar untuk mengetahui isi kandungan turunkan kepada Nabi
Isa a.s.Saya mengambil kitab itu dan menyembunyikannya.
Kitab tersebut ditulis di dalam bahasa Hebron. Ia masih saya simpan
hingga ke hari ini dan saya dalam proses untuk menterjemahkannya ke dalam
bahasa Melayu. Ia menjadi rujukan kepada saya, dan sebagai bukti untuk
berdebat dengan orang-orang Kristian. Saya telah utarakan kepada Majlis
Agama Islam Melaka, jika boleh saya ingin menterjemahkannya dan sebarkan
kepada orang ramai. Pihak Majlis tidak berani melakukannya, menurut mereka
ia akan mengancam nyawa saya kerana dengan pendedahan kitab tersebut rahsia
Kristian akan tersebar. Isi kitab tersebut sama dengan al-Quran.
Rupa-rupanya barulah saya mengetahui semasa upacara mengangkat sumpah dalam
proses beruzlah pada hari yang ke 39, setiap paderi akan meletakkan tangan
mereka ke atas kitab yang dibalut dengan kain putih yang diletakkan di atas
bantal. Tidak siapa dibenarkan membukanya dan isi kandungannya. Berbalik
kepada kisah saya mencuri kitab tersebut, selepas kehilangannya paderi yang
menyerahkan kunci kepada saya dahulu memanggil saya dan bertanya apakah saya
ada mengambilnya.
Saya menafikan dengan mengatakan tidak pernah mengambil kitab
tersebut. Hati saya nekad untuk tidak mengaku dan menyerahkannya kerana
saya ingin mengkaji kitab tersebut. Disebabkan seseorang bakal paderi tidak
boleh berbohong, beliau mempercayai pengakuan saya. Akhirnya pada
keesokannya iaitu pada hari mengangkat sumpah, disebabkan Injil tersebut
telah hilang, mereka meletakkan kitab suci al-Quran (yang dibalut dan
sentiasa tersimpan di almari) sebagai ganti kitab yang hilang. Al-Quran digunakan
di dalam upacara mengangkat sumpah? Semua paderi tidak tahu hal ini kecuali
saya. Pada masa itu saya terfikir, apa gunanya jika kita bersumpah di atas
kitab al-Quran tetapi masih tidak beriman dengannya? Bermakna semua paderi
telah bersumpah di atas al-Quran tetapi kufur selepas itu. Menyingkap saat
saya didatangkan hidayah ialah ketika saya sudah tamat belajar dan bertugas
di Gereja St. Mary, Sabah.
Pada suatu malam Ahad pada tahun 1991, saya bersembahyang dengan
cara Kristian) di hadapan tuhan-tuhan saya iaitu. Tuhan Bapa, Ibu Tuhan
(Mary) dan Anak Tuhan (Jesus Christ). Ketika itu saya terfikir di dalam
hati, patung-patung ini diukir oleh manusia, saya menyembahnya setiap hari
di dalam bilik.' Apabila saya selesai sembahyang saya meletakkannya di
bawah tempat tidur. Hati saya berkata, alangkah hinanya Tuhanku. Kenapa aku
boleh meletakkannya di bawah tempat tidur yang boleh aku baringkan dan
letak sesuka hatiku? Turunnya Hidayah Malam itu, selesai sembahyang saya
mengambil sehelai kertas dan saya tulis diatasnya, "Tuhan, diantara
agama Islam, Kristian, Hindu dan Buddha aku telah mengetahui semua agama
ini. Malam ini tolonglah tunjukkan kepadaku manakah di antara tiga agama
ini yang benar bagiku". Setelah itu, tak tahulah saya katakan
bagaimana mengantuknya mata saya yang tak pernah-pernah saya alami rasa
mengantuk yang lain macam, mata saya langsung tidak boleh terangkat.
Akhirnya saya tertidur. Pada malam itu, pada saya mungkin bagi para Nabi
boleh dianggap mimpi tetapi menurut saya mungkin Tuhan ingin memberikan
hidayah kepada saya. Di dalam tidur, saya merasakan seolah-olah saya
menaiki lif dari satu tingkat ke tingkat lain sehingga tingkat tujuh, ketika
itu mata saya tidak boleh dibuka kerana di hadapan saya ada satu cahaya
yang terang benderang menyuluh. Saya bertanya kepada seorang yang berdiri
di hadapan saya, orangnya MasyaAllah terlalu tinggi. Jarak di antara khaki
dan kepala umpama langit dan bumi.
Saya bertanya kepadanya, Negeri apakah ini?"Beliau berkata
kepada saya, "Awak tidak layak masuk ke negeri ini, ini negeri umat
Nabi Muhammad s.a.w." Saya meminta keizinannya sekali lagi untuk masuk
tetapi beliau tetap tidak membenarkan. Dari luar saya dapat lihat di
dalamnya ada satu jalan umpamanya titi yang halusnya seperti sehelai
rambut. Saya tak berani katakan ia Titian Sirat atau apa-apa kerana tidak
mengetahui apa-apa ketika itu. Saya hairan kenapa orang yang berjubah dan
bertudung mereka melintas jalan itu dengan mudah sedangkan saya langsung
tidak boleh mengangkat kaki. Penjaga itu berkata lagi, "Awak tidak
boleh masuk, tetapi awak lihatlah bagaimana keadaan mereka yang beragama
Yahudi dan Nasara (Kristian). "Alangkah terkejutnya saya apabila melihat
orang-orang Kristian yang kepalanya dimasukkan ke dalam api umpama
dijadikan kayu api. Saya terkejut dan sedar hanya Islam agama yang benar.
Akhirnya saya tersedar seelok sahaja azan subuh dilaungkan dari masjid
berhampiran.
Saya bangun dan membersihkan badan saya. Saya menuju ke kereta.
Pemandu telah bersedia membawa saya tetapi saya menolak pelawaannya dan
katakan kepadanya saya ingin pergi ke satu tempat yang orang lain tidak
boleh ikut serta. Saya memandu kereta menuju ke sebuah masjid di atas bukit.
Ketika saya tiba, mereka sedang berjamaah menunaikan fardu Subuh, saya
menanti seketika sebagai menghormati agama mereka. Setelah selesai, saya
pergi menemui imam yang bertugas ketika itu. Saya katakan kepadanya yang
saya ingin memeluk Islam hari itu juga.
Beliau terkejut dan berkata kepada saya, "Awak ini di bawah
Pairin Kitingan, Ketua Menteri Sabah, susah kami hendak Islamkan awak,
tambahanpula awak paderi besar seluruh Sabah." Saya katakan
padanya," Awak jangan bimbang sebab dosanya saya yang ampun, hal dia
tidak perlu dibincangkan. Apa yang saya mahu, hari ini saya mahu peluk
Islam." Seterusnya imam tersebut berkata lagi, "Awak tak boleh
masuk Islam sekarang sebab awak perlu mengisi borang, tandatangan surat
akuan sumpah dahulu, baru awak boleh masuk Islam." Dengan agak kasar
saya katakan kepadanya, "Kalau beginilah caranya untuk memeluk Islam,
lebih baik orang masuk Kristian. Kalau masuk Kristian, hari ini terus
dibaptiskan dan menjadi Kristian.
Untuk masuk Islam pun perlu isi borang ke? Baiklah, jika hari ini
saya turun ke bawah dan ditakdirkan tiba-tiba saya dilanggar kereta dan
mati, maka apa akan jadi kepada saya dan siapa yang akan
bertanggungjawab?" Akhirnya imam tersebut menyuruh saya mengucap dua
kalimah syahadah. Maka pada pagi Ahad itu saya telah sah sebagai seorang
Islam. Kekuatan Diri Setelah selesai mengucap, saya kembali ke rumah saya.
Ketika saya melalui kawasan gereja, orang ramai sudah penuh menunggu saya
untuk upacara pengampunan. Mereka melambai tangan ke arah saya. Saya
membalas kembali lambaian mereka. Ketika itu seakan ada satu kekuatan dalam
diri saya. Saya keluar dari kereta dan membuat pengumuman di hadapan
mereka.
Saya katakan kepada mereka, "Kamu ini jika sembahyang pun
berdosa kalau tak sembahyang lagi bagus." Kemudian saya meninggalkan
mereka yang kelihatan seperti kehairanan. Saya meneruskan perjalanan menuju
ke rumah. Di dalam rumah semua ahli keluarga sudah bersedia menanti saya
untuk ke gereja. Jubah saya sudah siap diseterika. Saya panggil semua ahli
keluarga sambil bertanya apakah mereka sudah makan atau belum. Mereka
katakan yang mereka sudah makan kecuali Khusti Kudus sahaja yang belum
dimakan. Saya katakan itu tidak payah dimakan pun tidak mengapa kerana di
kedai banyak roti untuk di makan. Saya membuat pengumuman kepada mereka,
saya berkata sambil memandang ke arah bapa saya, "Saya hendak
memberitahu kamu sesuatu perkara. Saya belajar di Vantiken selama 12 tahun
dan sudah terlalu banyak menghabiskan wang bapa. Selama 12 tahun saya
belajar, saya tahu bahawa agama yang saya anut ini adalah agama yang salah,
agama yang betul adalah Islam." Ketika itu saya lihat tidak ada
apa-apa riak di wajah bapa dan ahli keluarga saya, tetapi mereka semua
terdiam. Saya menyambung kembali, "Tadi saya telah memeluk Islam di masjid
bandar sana dan menyuruh saya mengucap. Bermakna hari ini saya sudah
menjadi orang Islam." Bapa saya berkata kepada saya, "Oh! kamu
sudah Islam! Tidak mengapa!" Seterusnya beliau menuju turun ke dapur.
Saya ingatkan tidak ada apa-apa ketika itu.
Saya tidak sedar rupa-rupanya beliau pergi mengambil parang panjang
dan cuba menyerang saya. Saya yang kebetulan duduk di tepi tingkap di
tingkat satu terus terjun ke bawah. Saya melompat dari tingkat atas dengan
berkaki ayam Tuhan masih mahu memanjangkan umur saya. Saya turun dan terus
meninggalkan rumah sehelai sepinggang hingga ke hari ini.
Dari segi pengamalan kedua ibu bapa saya yang memang cukup kuat
berpegang pada agama, apabila seorang anak murtad (keluar Kristian) mereka
tidak lagi mengaku anak. Hijrah untuk Keselamatan dan Belajar Selepas itu
saya pergi ke Jabatan Agama Islam Sabah. Demi keselamatan diri saya, salah
seorang pegawai di sana menasihatkan saya agar pergi belajar dan keluar
dari Sabah. Akhirnya saya merantau ke Semenanjung dan menyambung pengajian
saya di Institut Dakwah Kelantan pada tahun 1992 dan seterusnya saya
menyambung pula ke Nilam Puri sehingga tahun 1995. Ketika itu saya adalah
pelajar yang paling tua sekali. Setelah tamat pengajian, saya menganggur
sekejap. Tidak lama kemudian saya diterima bertugas di Majlis Agama Islam
Melaka hingga ke hari ini. Kemungkinan juga selepas ini saya akan
dipindahkan ke majlis Agama Islam Kelantan.
Di sini (Melaka) saya ingin menerbitkan buku mengenai kajian
Kristian. Tetapi terlalu banyak prosedur yang perlu dijalani. Kini setelah
hampir sembilan tahun saya memeluk Islam dan meninggalkan Sabah, saya masih
diugut dan dikecam. Namun saya tidak khuatir kerana yakin Allah tetap
melindungi hamba-Nya dan yakin ajal maut itu tetap datang walaupun
bersembunyi di ceruk mana sekalipun. Kini saya bahagia setelah mendirikan
rumah tangga bersama isteri yang cukup memahami jiwa saya. Dalam usia 49
tahun, saya baru mempunyai seorang cahaya mata berusia satu tahun setengah.
Islam tidak menyusahkan penganutnya. Jika menjadi paderi perkahwinan tidak
dibenarkan tetapi setelah Islam, baru saya tahu betapa indahnya perkahwinan
dan zuriat yang merupakan rezeki dari Allah (SWT).
Di Vantiken, orang Kristian yang keluar agama kemudian masuk ke
negara tersebut, mereka akan bunuh. Bagi mereka seseorang yang murtad di
anggap kotor dan mencemarkan maruah agama. Tetapi adakalanya saya terfikir,
jika di sana orang Kristian murtad kenapa ianya tidak terjadi di negara
yang pemerintah dan majoriti penduduknya beragama Islam. Itulah yang
susahya. Saya membuat kajian hampir empat tahun baru mendapat nikmat Islam.
Terlalu sukar saya mengecapi nikmat Islam tetapi orang di sini yang memang
lahirnya dalam Islam dengan mudah mahu membuang Islam. Di sini saya
bertanggungjawab terhadap mereka yang murtad, jika yang tidak
berpengetahuan tidak mengapa tetapi yang sedihnya yang murtad ini ialah
mereka yang mempunyai pendidikan hingga ke peringkat tertinggi dan
mempunyai pendapatan yang melebihi dari keperluan bulanan.
Pernah saya katakan kepda seorang doktor, "Doktor, suatu ketika
dahulu saya menerima gaji bulanan sebanyak RM5,000 sebulan, dilengkapi
dengan pembantu rumah, pemandu dan rumah serba lengkap. Kehidupan saya
terlalu mewah di Sabah. Tetapi doktor, kenapa saya sanggup melepaskan itu
semua semata-mata kerana Islam! Gaji doktor sekarang terlalu mencukupi
tetapi mengapa perlu tinggalkan Islam?" Saya memang cukup marah dan
terkilan apabila mendengar orang yang ingin murtad. Minta maaf jika saya
katakan, mengapa terlalu bodoh sangat sehingga sanggup menanggung dosa
besar? Umat Islam dari segi ekonomi sebenarnya terlalu mencukupi cuma cara
pelaksanaannya yang agak longgar. Kita lihat Kristian, dari segi kerjasama
dan ukhuwah mereka begitu kuat. Semasa saya menjadi paderi dahulu, apabila
saya masuk ke sesebuah kampung untuk berdakwah saya dibekalkan beberapa
ribu wang. Ini kerana gereja di seluruh dunia bersatu padu. Meskipun dari
segi politik berbeza dan bermusuh tetapi untuk menghancurkan Islam mereka
mesti bersatu.
Mereka berkata jika di negara Barat, penduduk penganut Kristian
tidak bersembahyang pun tetapi mereka tetap Kristian. Gereja di sana setiap
hari Ahad kosong kerana setiap hari Ahad diadakan acara perlawanan bola
sepak di kalangan paderi. Orang ramai pergi menyaksikan acara tersebut. Itu
yang mereka minat. Oleh sebab itu peruntukan untuk di sana sudah tidak ada
lagi. Sebagai alternatifnya mereka akan mengalihkan peruntukan itu untuk
disalurkan ke negara Asia terutamanya ke Indonesia dan Malaysia. Begitulah
kuatnya kerjasama di antara mereka. Bagi mereka tidak perlu berdakwah untuk
orang Barat yang sudah sedia Kristian sebab untuk mereka memeluk Islam
sukar. Yang lebih penting ialah misi mengkristiankan orang Islam. Bagi
pandangan saya, saya lihat orang Islam agak susah untuk bersatu.
Masing-masing mempunyai fikrah yang berbeza dan hidup dalam kelompok
sendiri. Kadangkala di kalangan orang Islam sendiri bergaduh. Ini berlainan
dengan orang Kristian yang amat menitikberatkan soal kebajikan. Namun bukan
semua orang Islam begitu, masih ramai di kalangan mereka yang bijak. Semasa
saya menjadi paderi, saya memberikan tumpuan kepada orang miskin. Pernah
terjadi di Perak, saya telah menghabiskan beratus ribu untuk mereka, mereka
mengambil wang tersebut tetapi tidak memeluk Kristian. Selepas saya Islam,
saya pergi menemui mereka, senarai nama mereka masih ada dalam simpanan
saya.
Setelah saya periksa rupa-rupanya mereka ini masih Islam walaupun
pada awalnya mereka berjanji untuk memeluk Kristian. Alhamdulillah mereka
tidak berdendam pada saya sebaliknya mereka membelanja saya makan setelah
mengatahui saya telah memeluk Islam. Masalah Kelemahan Pendakwah Islam
Adakalanya saya terfikir kenapa ketika Barat menjajah kita, orang Melayu
tidak murtad sedangkan pada hari ini negara yang pemerintahnya Islam tetapi
orang Melayu boleh murtad dengan begitu mudah sekali. Kelemahan kita ialah
pendakwah Islam kadang-kadang boleh kalah dengan pendakwah Kristian. Saya
beri contoh seorang kawan saya yang pernah sama-sama belajar dengan saya
semasa di Vantiken dahulu. Beliau pernah menyatakan kepada saya, orang
Yahudi sekarang sedang memberi tumpuan kepada kajian al-Quran dan Hadis.
Dia mengatakan pada saya;"Wahai Thomas, (dia tetap memanggil saya
dengan nama Kristian walaupun saya telah Islam), Allah ada mengatakan di
dalam salah sebuah ayatnya yang bermaksud; Tidak akan masuk syurga
melainkan orang-orang yang beragama Yahudi dan Nasara." Sekarang kami
pendakwah Kristian mahu pandai membaca al-Quran, terjemahan dan hadis. Kami
mempunyai kursus khusus mengkaji al-Quran dan Hadis. Awak lihatlah apa yang
telah dikatakan oleh Tuhan mu itu." Saya katakan kepadanya,
"Betul apa yang awak baca ini. Kami membaca al-Quran bukan seperti apa
yang awak faham. Memang benar awak membaca ayat itu tetapi al-Quran ini
jika awak tafsir separuh-separuh itu tidak betul. Al-Quran bukan seperti
Injil yang boleh ditafsir separuh-separuh. Saya dahulu apabila belajar
al-Quran mengambil masa sehingga tiga tahun baru khatam. Saya ucapkan
terima kasih pada awak kerana hanya enam bulan awak sudah boleh membaca
al-Quran." Saya katakan lagi padanya, "Sebenarnya awak tidak tahu
tafsir al-Quran." Maksud sebenar ayat tersebut ialah "Telah
berkata mereka (orang-orang Yahudi dan Nasara), tidak akan masuk syurga
melainkan orang Yahudi dan Nasara, sedangkan semua itu hanyalah merupakan
angan-angan kamu yang kosong." Itu bukan firman Allah, kata-kata itu
adalah keluar dari mulut orang-orang Yahudi sendiri. Paderi tersebut masih
belum faham lalu bertanya, "Apakah angan-angan kosong itu?" Saya
katakan," Setiap hari Ahad kamu makan tuhan kamu. Apabila kau
menghadap Khudsi Kudus sambil berdoa bermakna kamu telah memakan tuhan
kamu. Untuk apa kamu berbuat demikian?" Beliau tidak boleh berkata
apa-apa walaupun mukanya telah merah padam. Saya katakan kepadanya,
"Kamu tidak boleh marah. Kalau kamu marah, siapakah yang akan
mengampunkan dosa kamu?" Hal itu tidak mengapa jika diutarakan di
hadapan mereka yang faham, tetapi apa yang saya bimbangkan bagaimana jika
ayat itu dibacakan di hadapan mereka yang tidak faham dan rendah pengetahuan
agamanya? Siapakah Sasaran Kristian?
Program mereka kini ialah berdakwah kepada orang Islam yang
menghabiskan masa di kaki-kaki lima terutamanya golongan remaja yang
bermain gitar. Mereka akan katakan, jika bermain di kaki lima tidak
mendapat apa-apa bayaran, lebih baik bermain lagu di gereja setiap hari
Ahad dengan pendapatan lumayan. Dari situ ramai yang tertarik. Dari segi
wanita Islam pula, yang saya perhatikan senarai namanya terlalu ramai orang
Melayu yang memohon menukar nama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Itu
yang menyedihkan saya. Di JPN, beratus nama sedang menunggu, apabila pihak
JPN meluluskan nama- nama tersebut, maka akan murtadlah nama-nama itu. Itu
kelemahan undang-udang negara, kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana
mereka ini berpegang pada peruntukan yang mengatakan apabila seseorang yang
berumur 18 tahun ke atas bebas beragama. Apa ikhtiar kita?? Ada seorang
wanita berjumpa saya tetapi keadaannya meragukan. Beliau memakai tudung.
Saya menggunakan isteri saya untuk memerhatikan wanita ini. Bila mereka
tinggal berdua, barulah saya tahu di dalam tudungnya itu ada salib. Isteri
saya memberitahu saya. Saya memanggilnya. Saya katakan kepadanya,
"Kamu tidak sayangkan Islam ke? Tolong buang benda yang ada didalam
tudung kamu itu". Dia tidak mengaku, tetapi saya yakin beliau
memakainya. Sejurus kemudian beliau mengeluarkan rantai salib di lehernya
dan mengatakan beliau sengaja memakainya tanpa mempunyai niat apa-apa.
Saya katakan padanya yang saya dahulu memakai rantai yang lebih
besar daripadanya. Akhirnya saya megambil rantai tersebut dan menyimpannya
di pejabat saya untuk dibawa ke pihak atasan dan menerangkan bagaimana
seriusnya penyakit ini di kalangan anak remaja kita. Wanita jika tidak kuat
pegangan memang mudah dipengaruhi. Ada juga taktik orang-orang Yahudi yang
menjadikan perkahwinan sebagai langkah paling mudah untuk memurtadkan gadis
Islam. Untuk berkahwin, mereka (lelaki Kristian) akan memeluk Islam,
kemudian akan membawa isterinya ke negara asalnya dan memurtadkan isterinya
itu.
Kemenangan Islam, Keadilan Sejagat 'Sesungguhnya orang-orang yang
berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka beristiqamah, turun kepada
mereka malaikat Allah berkata: jangan kamu takut dan jangan berdukacita,
dan bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan kepada kamu.'
Sumber:
www.tranungkite.net/lama/b05/tok_j3.htm
saifulfromslim.blogspot
|
Allah hu Akhbar. Allah Maha Besar!
ReplyDeletetp cerita ini dinafikan oleh gereja msia, dgn alasan tiada pernah ada nama padri ini dlm senarai padri mereka....
ReplyDeleteBiasa la tu. Bila paderi mereka murtad agama mereka maka mereka dianggap telah mati. Jadi nama tersebut tidak boleh lagi disenaraikan untuk ngelak paderi dirujuk oleh yang lain. Bukankah mereka terkenal dengan sikap menyimpan rahsia.
ReplyDeleteBTW, terima kasih kerana senarai kan Blog Tendang Terajang di sini.