LIMA
KHASIAT MEMINUM KOPI
Bagi yang
gemar meminum kopi, minuman ini adalah pemberi tenaga. Tak menghairankan jika
mereka boleh minum lebih daripada satu cawan kopi sehari.
Jika
anda mengetahui cara minum kopi yang baik dan boleh mengendalikan pengambilan
kopi setiap hari, minuman ini memang boleh memberikan kesan positif bagi tubuh
kita. Diantaranya ialah:
1.
Melindungi jantung.
Peminum
kopi yang mengambil 1-2 cawan kopi hitam satu hari mempunyai risiko terkena
stroke lebih rendah berbanding mereka yang tidak minum kopi. Hal ini disebabkan
oleh adanya antioksidan yang terkandung dalam kopi.
Kopi
mempunyai antioksidan lebih banyak berbanding blueberry yang selama ini kita
beranggapan yang tinggi akan antioksidannya. Antioksidan yang terkandung di dalamnya
membantu menahan kesan buruk dari keradangan pada arteri. Sebaik saja setelah
meminumnya, kopi meningkatkan tekanan pada darah dan denyut jantung. Namun
setelah beberapa lama, kopi justeru menurunkan tekanan darah, kerana
antioksidan pada kopi mengaktifkan asid nitrat pada tubuh sehingga terjadi
pelebaran pembuluh darah.
2.
Mencegah diebetes
Antioksidan
kopi, khususnya asid klorogenat dan guinides, memainkan peranan untuk
meningkatkan sel tubuh terhadap insulin yang membantu menyusun atur kadaran
gula darah. Faktanya, orang yang minum kopi setiap hari mempunyai risiko lebih
rendah terkena 2 jenis diabetes, menurut beberapa kajian.
3.
Menjaga kesihatan hati
Kopi
juga boleh mengurangkan risiko munculnya sirosis dan penyakit hati yang lain.
Satu analisa daripada sembilan kajian mendapati bahawa kopi boleh mengurangkan
risiko kanser hati sebanyak 43%. Hal ini kerana peranan antioksidan dan kafein
di dalamnya.
4.
Meningkatkan kekuatan otak
Minum
kopi secara teratur juga dapat membantu mengurangkan risiko demensia dan Alzheimer,
sama halnya seperti Parkinson. Antioksidan yang terkandung di dalam kopi melindungil
kerosakan sel otak dan membantu rangkaian saraf untuk bekerja lebih maksimum
sehingga otak bekerja lebih baikdan lancar.
5.
Membantu menghilangkan sakit kepala
Kajian
membuktikan, 200 miligram kafein dapat membantu menghilangkan sakit kepala,
termasuk migrain. Walaupun begitu belum ada kajian yang membuktikan bagaimana
cara kafein menghilangkan sakit kepala, namun para penyelidik percaya bahawa
kafein meningkatkan aktiviti sel otak yang mengakibatkan saluran darah di
kawasan sekitar menegang.
"Penegangan
pembuluh darah ini membantu menghilangkan tekanan yang mengakibatkan rasa
sakit," menurut Robert Shapiro, MD, Ph.D., profesor saraf dari Director the
Headache Clinic dari Universiti Vermont Medical School, yang diperolehi dari
laman Yahoo! Shine.
Namun,
dibalik kenikmatannya, kopi menyimpan kesan negatif bagi mereka yang tidak
mengetahui cara minum kopi yang baik. Minum kopi berlebihan boleh menimbulkan
kesan buruk, antara lain, peningkatan kadar kolesterol perosak dan trigliserida
yang akan membuat darah menjadi pekat.
Selain
itu, kopi akan berbahaya bagi pesakit tekanan darah tinggi, kerana kafein boleh
meningkatkan tekanan darah secara tiba-tiba. Bagi wanita hamil, kopi boleh
meningkatkan risiko kematian pada bayi. Kopi pun mengakibatkan tulang rapuh.
Bagi pesakit gastrik, kopi adalah musuh besar yang harus dielakkan kerana
kafein meningkatkan pengeluaran asid dalam perut kita. Kopi pun membuat
gelisah, insomnia, dan tremor (tangan bergetar).
Untuk
dapat mengelak kesan negatif pada kopi, pilih jenis kopi tanpa tambahan gula
dan susu, serta mengurangkan dos kopi yang anda minum setiap hari. Selain itu,
pilih juga jenis kopi yang kurang kafein. Dan agar 'racun' dalam kopi boleh
diminimumkan(kurangkan), jangan lupa untuk selalu pengambilan 2 gelas air kosong (air suam
atau mineral) untuk setiap satu cawan kopi yang anda minum.
saifulfromslim.blogspot
kopi memang bagu..
ReplyDeletetpi kopi jugak ada mengandungi bahan kimia :3 if i'm not mistaken!
ReplyDelete