Masa peristiwa berdarah ini, aku ingat juga sebab masa tue aku
bersekolah dalam darjah 4 di SRJK
Inggeris Slim River. Walaupun masih kecil aku dapat banyak khabar dari ayah dan
abang-abang aku pasal peristiwa ini. Cikgu Aku Mr Khoo Lai Huat dan Mr V
Balachandran serta Mr Harun guru bahasa melayu ada saja cerita mereka pasal
peristiwa ini hari-hari dekat dalam kelas sebelum memulakan pelajaran. Walau
pun sekolah nie bercampur bangsa tapi pergaduhan tak le berlaku dekat sekolah.
Tapi pertengkaran antara kami rakan-rakan ada le jugak… Sebab tue aku tau juga
banyak informasi pasal peristiwa 13 Mei nie.
Tarikh 13 Mei 1969 - tarikh yang sangat sinonim
dalam sejarah negara. Pada tarikh ini kira-kira 43 tahun lalu, berlaku
peristiwa berdarah yang tidak mungkin dilupakan oleh seluruh rakyat terutama
mereka yang mengalami sendiri peristiwa berdarah itu.
Lebih menyayat hati, ada antara mereka yang menyaksikan sendiri pertumpahan darah gara-gara perbalahan antara kaum itu, hilang keluarga dan tempat bergantung akibat tragedi itu.
Lebih menyayat hati, ada antara mereka yang menyaksikan sendiri pertumpahan darah gara-gara perbalahan antara kaum itu, hilang keluarga dan tempat bergantung akibat tragedi itu.
Bagi generasi baru, tarikh itu mungkin tidak
meninggalkan kesan. Mereka tidak mungkin merasai pahitnya perasaan kehilangan,
pedihnya maruah dipermainkan apatah lagi berasa gerun kerana nyawa berada di
hujung tanduk.
Jika diimbas semula peristiwa berdarah itu, banyak kesan yang boleh dilihat sama ada secara langsung ketika itu mahupun kesan jangka panjang atau impak positif serta pengajaran yang boleh diambil dari 13 Mei 1969.
Jika diimbas semula peristiwa berdarah itu, banyak kesan yang boleh dilihat sama ada secara langsung ketika itu mahupun kesan jangka panjang atau impak positif serta pengajaran yang boleh diambil dari 13 Mei 1969.
Kesan langsung sudah tentulah huru hara, kebakaran,
kematian, kecederaan dialami mereka yang terbabit dengan peristiwa itu yang
menyaksikan angka kematian direkodkan seramai 196 orang dengan 439 orang lagi
cedera, 39 orang hilang dan 9,143 individu ditahan. Pihak berkuasa juga
merekodkan sebanyak 211 kenderaan musnah pada kejadian itu. Namun, ada pihak
mendakwa statistik itu tidak begitu tepat kerana orang ramai yang menjadi saksi
kejadian menyatakan jumlahnya lebih ramai berdasarkan deretan lori membawa
mayat yang tidak sempurna menuju ke beberapa balai polis sekitar ibu negara.
Kejadian itu juga menyebabkan pengisytiharan darurat oleh Yang Di-Pertuan Agong yang dibuat pada malam 16 Mei. Dengan pengisytiharan itu, Perlembagaan Persekutuan digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang Di-Pertuan Agong
saifulfromslim.blogspot
ini juga mgkin karma kehidupan . apa yg kita lihat skrg mgkin AKAN tapi nauzubillah la kan :'(
ReplyDeletep/s: tulisan ni agak kurang sesuai untuk mmbaca . maaf saya hnya mmberi pndapat :)
Tiada fakta menyokong... cuma cerita pengalaman tanpa tarikh dan masa.
ReplyDeleteTiada fakta menyokong... cuma cerita pengalaman tanpa tarikh dan masa.
ReplyDelete