Aku tertarik hati dengan student-student uitm Seri Iskandar...Kedai runcit Rahmat sentiasa jadi tumpuan mereka. Kedai nie berkonsep mini market yang sentiasa penuk sesak dengan pengunjungnya. Ini le yang mengkagumkan aku. Sebagai pengetahuan semua, yang memberi sumbangan terbesar pada premis ini adalah pelajar dari uitm nie. Ini kerana lokasinya yang paling hampir dengan kampus uitm cawangan Perak ini. Dari segi harga...boleh dikatakan berpatutan juga. Depan kedai nie ada gerai bergerak yang menjual burger. Tuan punya gerai kecil nie juga mengharap pelanggannya datangnya dari kalangan pelajar uitm ini juga. Sebahagian besar akan duduk dipenjuru dan didepan deretan kedai sambil minum dan menguyah burger, hot dog sambil minum air kotak kerana kepenatan jauh juga berjalan dari kampus kesitu. Tumpuan pelajar uitm nie ke situ biasanya memuncak sekitar jam 5.00 petang hingga le ke malam.Tak dinafikan kehadiran Uitm ke daerah ini turut menyemarakkan lagi punca pendapatan masyarakat di sini.
No comments:
Post a Comment