my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

16 February 2012

Lawatan kerja MB Perak ke DUN Behrang dan Slim River 16 dan 17 Feb 2012


Penduduk di Tanjung Malim berpeluang bertemu dan berinteraksi dengan Menteri Besar Perak Dato’ Seri Dr.Zambry Abd Kadir pada hari Rabu dan Khamis ini. Bermula jam 9.00 pagi, Menteri Besar menghabiskan masa dua hari di beberapa lokasi termasuklah program bertemu rakyat di bandar berkenaan. Lawatan Menteri Besar yang bermula Rabu padat dengan program kerakyatan. Sebagai contoh selepas mesyuarat EXCO, beliau menghadiri program bersama pemimpin membabitkan penyerahan borang keahlian UMNO kepada 200 orang. Selepas jamuan makan dan solat zohor, Dr.Zambry akan hadir dalam Majlis Amanat Menteri Besar di Dewan Seri Tanjong Majlis Daerah Tanjong Malim. Selain kakitangan kerajaan, NGO-NGO, pertubuhan sukarela, belia, JKKK, pemimpin-pemimpin masyarakat dan kaum termasuk imam-imam dan peniaga-peniaga membabitkan 1,500  orang akan hadir. Menteri Besar tidak akan pulang ke kediaman rasmi malam itu sebaliknya memilih untuk bermalam disebuah rumah  milik keluarga angkatnya yang merupakan mantan gurunya, Haji Shafie di Kampung Pauh Behrang Stesyen.
Satu program diperkenalkan GLC dimulakan dengan “program masuk ke kampung-kampung” di DUN Behrang. GLC kerajaan negeri bertindak menjadi penganjur. Bagi penduduk yang berada di kawasan Pekan Behrang Stesyen pada sebelah petang iaitu selepas solat asar, Menteri Besar dijangka menikmati minum petang bersama-sama penduduk. Kawasan pilihan ialah Medan Selera Pekan Behrang stesyen. Program hari pertama tidak tamat di sini tetapi Dr.Zambry selepas menunaikan solat magrib dan isha berjemaah dan bacaan yasin akan “melepak disebuah restoren”. Program ini dinamanakan   sessi lepak. Pada hari Khamis, Menteri Besar menunaikan solat subuh berjemaah di masjid Jamek bandar Tanjong Malim dan mendengar tazkirah sebelum bersarapan dengan jemaah masjid di medan selera. Beliau akan melawat pasar awam Tanjong Malim bertemu peniaga-peniaga. Menteri Besar dan barisan EXCO akan mengadakan “klinik rakyat” bertemu orang ramai. Program ala-ala bertemu pelanggan ini membolehkan orang ramai menemuinya dan EXCO-EXCO tanpa perlu pergi ke Ipoh.  Menteri Besar kemudian berlepas ke Slim River untuk program jamuan rakyat yang diadakan bersebelahan bangunan UMNO bahagian Tanjong Malim. Satu klinik bolasepak Dr.Zambry diadakan di Padang bolasepak MDTM Slim River sebelum Menteri Besar t tiga buah rumah penduduk tempatan di pekan Trolak. Diakhir program, Dr.Zambry mengetuai pasukan bolasepak Menteri Besar menentang pasukan bolasepak pilihan Slim River/Tanjong Malim.
saifulfromslim

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...