my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

16 August 2013

Mesir untuk kembali bersikap waras - Tun Mahathir (Ahead 2 Video's Tun speech n Cairo Violence)


boleh tonton video ini dibawah

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Masyarakat dunia digesa merayu kepada Mesir untuk kembali bersikap waras, sekali gus menghentikan permusuhan dengan serta-merta yang telah mengakibatkan pertumpahan darah.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, emosi pihak yang terlibat dalam kejadian berdarah itu ketika ini berada di tahap tinggi sehingga mengatasi nilai kemanusiaan, selain kurang memahami erti demokrasi.Seluruh dunia perlu merayu kepada Mesir untuk kewarasan. Sekarang ini mereka ‘gila’, sebab itu mereka bunuh sesama sendiri, mereka lakukan sama seperti Israel lakukan.

Jadi kita hanya boleh merayu sahaja, apa lagi yang mampu kita buat kerana kita hanya negara kecil bukan sama besar dengan Amerika Syarikat,katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu Palestin di sini hari ini.

Sebanyak sembilan NGO berkaitan hadir dalam majlis yang dianjurkan Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF).Pasukan keselamatan Mesir semalam dilaporkan mula menggempur penyokong bekas Presiden yang digulingkan, Mohammed Mursi seawal pukul 7 pagi.

Ikhwanul Muslimin mendakwa, kira-kira 2,200 orang maut manakala lebih 10,000 yang lain cedera dalam operasi yang dilancarkan oleh pasukan keselamatan Mesir di dua kem utama penunjuk perasaan pro-Mursi.Terdahulu, ketika berucap dalam majlis tersebut, beliau yang juga Presiden PGPF berkata, orang Islam ketika ini begitu ‘sibuk’ berbunuhan sesama sendiri, sama seperti apa yang dilakukan oleh musuh Islam.Katanya, perpaduan masyarakat Islam sudah berpecah apabila masing-masing mahu berkuasa dengan cara menggulingkan pihak yang berjaya memerintah.

Namun, jelas beliau, keadaan sebegitu boleh berlaku di negara ini jika ada sesetengah pihak mahu melihat kejadian seumpamanya turut berlaku.Jika kita suka, mungkin perkara itu boleh berlaku, sebab ada sesetengah pihak mahu melihat berlaku di sini dan boleh turunkan kerajaan. Namun, saya rasa rakyat Malaysia kurang beremosi, baik- baik sahaja dan tidak suka berbunuh sesama sendiri,’’ katanya.Dalam pada itu, mengulas tentang nasib rakyat Palestin, beliau berkata, semua pihak perlu mencapai kesatuan dengan satu tujuan untuk membantu rakyat negara itu walaupun masing-masing berbeza pendapat.

Saya percaya walaupun kita tidak mencapai kesatuan menyeluruh, sekurang-kurangnya kita sepakat kepada tujuan.Kita boleh tidak bersetuju kepada beberapa perkara, tetapi apabila mahu menyediakan air, ubat dan makanan kepada mereka yang nak dibantu, kita boleh bekerjasama,’’ katanya.

Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad said it was 'price' to be paid by those who practice the concept of liberalism and freedom of expression."That's the price to be paid by those who want to 'freedom', they too want freedom of speech," he told reporters after Assemblage Forum Help Palestinian NGOs in Putra World Trade Centre (PWTC) here today.


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ianya adalah 'harga' yang perlu dibayar oleh golongan yang mengamalkan konsep liberalisme dan kebebasan hak untuk bersuara."Itu harga yang perlu dibayar 
oleh mereka yang inginkan 'kebebasan', mereka yang terlalu inginkan kebebasan bersuara," katanya kepada pemberita selepas Forum Himpunan NGO Membantu Palestin di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC) di sini hari ini.


Cairo violence. What is going on in Egypt
Kezaliman di Kaherah. Apa yang berlaku di Mesir
saifulfromslim


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...