CURANG SEORANG ISTERI
Aku terbaca satu blog dan
terpanggil untuk berkongsi sama cerita ini. Samaada cerita ini benar atau
rekaan, aku tak pasti. Tapi bagi aku cukup cerita ini dijadikan sebagai
renungan bersama. Bagi insan-insan yang bergelar Isteri dan Suami diluar sana,
moga cerita ini boleh kita sama jadikan iktibar agar kita dijauhi daripada
gejala hasutan iblis dan hasutan nafsu.
Siapa sangka, seorang
isteri berperawakan lemah lembut, bertudung labuh dan kuat pegangan agama
rupa-rupanya bertuankan nafsu apabila sanggup menjalin hubungan sulit dengan
suami orang. Padahnya,
dia dicekup
suami dalam keadaan hanya memakai baju tidur tanpa coli manakala pasangannya tidak berbaju, sekali gus membawa kepada
runtuhnya rumah tangga yang dibina selama 10 tahun.
“Nyata doa saya ketika di Makkah supaya Allah SWT menunjukkan kebenaran
di dalam rumah tangga saya termakbul. Saya bukan mahu memalukan bekas isteri,
tapi ingin berkongsi pengalaman supaya menjadi iktibar kepada orang lain,” kata
Azman, 30-an.
Ikuti pengakuan Azman
sepenuhnya:
“Terus terang saya
katakan, sepanjang hidup bersamanya, tidak sedikitpun saya meragui
kesetiaannya. Saya yakin dia setia kepada saya memandangkan perkahwinan kami
atas dasar suka sama suka. Ketika bersusah payah membangunkan perniagaan, dia
menjadi inspirasi dan semangat untuk saya. Tanpa dia, mungkin saya tidak mampu
mengharungi pahit getir dalam dunia perniagaan.
Lebih daripada itu, saya
yakin, perawakannya yang lemah lembut, bertudung labuh dan latar belakangnya
yang kuat pegangan agama tidak mungkin membuatkan dia sanggup melakukan
perbuatan yang menyalahi hukum agama. Dia melayan saya dengan sepenuh
tanggungjawabnya sebagai isteri. Apa saja permintaan saya dia akan penuhi.
Kami bertambah bahagia
apabila dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia
sembilan tahun. Namun, ketika perniagaan
saya berkembang dan kami sekeluarga mengecap kesenangan, ada rakan memberitahu
pernah melihat isteri saya bersama lelaki lain dalam keadaan mencurigakan. Ketika
itu memang saya tidak percaya langsung dan akibatnya saya bertumbuk dengan
rakan yang menyampaikan maklumat itu.
Begitupun, cerita
mengenai kecurangan isteri saya tidak pernah tamat kerana ada saja rakan
menyampaikannya kepada saya. Antara yang paling menyakitkan hati ialah ada yang
memberitahu, isteri saya membuat pengakuan bahawa dia sudah berpisah dengan
saya. Dalam keadaan sedemikian, saya masih bersabar dan membuang perasaan
curiga terhadap isteri. Saya tetap melayannya dengan baik dan pada masa sama
dia juga begitu.
Pada Ramadan tahun lalu,
saya ke Makkah mengerjakan umrah dan di depan Kaabah saya berdoa supaya Allah SWT terus merapatkan
hubungan saya dan isteri. Pada masa sama saya juga memohon kepada Allah supaya
menunjukkan kebenaran jika ada kekurangan dalam rumah tangga saya. Pulang dari
Makkah, saya menghadiahkan isteri gelang kayu kokka.
Tidak lama selepas itu rakan memberitahu, lelaki yang dikatakan menjalin
hubungan sulit dengan isteri saya ada memakai gelang sama.
Apa disampaikan rakan
saya memang benar kerana tanpa pengetahuan saya, isteri saya menghadiahkan gelang
berkenaan kepada lelaki itu. Saya memang sakit hati tetapi kerana perasaan
sayang masih menebal, saya buat tak tahu saja. Bagaimanapun, pada satu malam
doa saya dimakbulkan Allah apabila saya bagaikan diberi petunjuk mengenai
kecurangan isteri.
Entah bagaimana, ketika
itu tidak semena-mena kereta yang biasa saya gunakan rosak secara tiba-tiba dan
saya pulang ke rumah menggunakan kereta lain. Tidak seperti kebiasaan, saya
pulang awal sedikit. Ketika sampai di rumah, saya melihat kelibat seorang
lelaki keluar dari pintu belakang dan menguncinya.
Berderau darah saya
ketika itu dan dengan menggunakan segala kudrat yang ada, saya mengejar dan
berjaya menangkapnya. Ternyata, dia adalah lelaki seperti digambarkan rakan
saya. Dalam keadaan separuh bogel, saya mengheretnya ke
dalam rumah dan ketika itu isteri saya dalam keadaan kusut, memakai baju tidur
tanpa coli. Saya periksa bilik dan mendapati katil ‘bersepah’.
Tanpa sedar, air mata
saya mengalir dan benarlah apa yang diberitahu rakan selama ini. Sudah jelas,
isteri saya curang. Jika bersama lelaki lain di dalam rumah dalam keadaan
mencurigakan, apa lagi yang mereka lakukan jika tidak membuat onar maksiat? Namun, seperti orang
tidak bersalah, kedua-duanya berbuat muka selamba. Isteri memberi alasan lelaki
itu datang ke rumah kerana mahu membetulkan paip.
Apabila diperiksa,
ternyata isteri saya berbohong apabila paip rumah saya tidak rosak dan lelaki
itu tidak pula membawa peralatan membaiki paip. Seperkara lagi, lelaki itu
masuk ke rumah secara bersembunyi berikutan keretanya diletakkan jauh dari
pekarangan rumah.
Bengang dengan reaksi
mereka, saya bawa mereka ke balai polis dan membuat laporan. Sedikitpun mereka
tidak menunjukkan perasaan takut. Kesudahannya mereka dilepaskan selepas
dijamin keluarga masing-masing. Sejak itu, kami duduk berasingan hinggalah kami
bercerai baru-baru ini. Saya mendapat hak penjagaan anak.
Apabila difikirkan
kembali, apa salah saya sehingga dia sanggup berbuat begitu. Hendak apa saja
saya berikan. Malah satu ketika dia pernah berkata kepada anggota keluarga
saya, dia tidak tahu hendak membeli apa lagi kerana semua benda boleh
dimilikinya. Keluarga saya memang kecewa, apatah lagi ibu saya. Dia adalah
menantu kesayangannya, tetapi apa yang berlaku benar-benar mengejutkannya.
Keluarga bekas isteri
pula meletakkan kesalahan di atas bahu saya. Mereka menyifatkan saya terlalu
cemburu. Saya hairan, adakah
perbuatan bekas isteri saya melakukan maksiat bersama lelaki lain dan saya
sendiri yang menangkap mereka perlu dimaafkan?”
saifulfromslim
Shabas Awak tegas dalam perkara seperti ini jangan jadi dayus (tak dapat cium bau shorga)
ReplyDeleteKalau boleh jantan tu jgn bagi terlepas.bg dia rasa apa yg tuan rasa baru la puas hati.tapi walaupun si perempuan tu bertaubat mcm mana pun tak akan cium bau shurga selagi bekas suaminya tak maafkan dia.
ReplyDelete