my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

31 August 2013

Merdeka dan Kenyataan Anwar

Hari ini ulangtahun kemerdekaan negara kali ke 56

Aku ucapkan Salam Merdeka buat semua....







Tema Sambutan....MALAYSIAKU BERDAULAT: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU


Tika belek-belek akhbar Star petang tadi terbaca kenyataan Anwar Ibrahim boss Pakatan Rakyat....

ADa APe2 KE MaKsud AnWaR bUaT KenYaTaAn Di BaWah iNi   ....HeHEHe
Dari STar...Anwar berkata:


PETALING JAYA: Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim says he is ready to engage with Barisan Nasional to solve urgent issues facing Malaysians in the spirit of Merdeka.

Despite his earlier objections to the results of the May 5 general election, Anwar, in a press statement on Friday in conjunction with Merdeka Day, said the Pakatan Rakyat coalition was ready to set aside differences with Barisan for the sake of the future and well being of the country.

"We believe that it is important for the Prime Minister to immediately hold a roundtable discussion between Barisan Nasional and Pakatan Rakyat to solve various issues and come out with a unanimous solution," he said.

He said Merdeka Day should be celebrated by giving credit where it's due and not to repeat the mistakes of the past.

"The Merdeka spirit is not just about tolerance or compromise. It is about greater understanding, accepting our differences and our similarities as well as moving forward as a nation to face the challenges ahead of us," he said.


Terjemahan:

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau bersedia untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional untuk menyelesaikan isu-isu penting yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam semangat Merdeka.

Walaupun bantahan awal kepada keputusan 5 Mei pilihan raya umum, Anwar, dalam satu kenyataan pada hari Jumaat sempena sambutan Hari Merdeka, kata Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk mengetepikan perbezaan dengan Barisan demi masa depan dan kesejahteraan negara.

"Kami percaya bahawa ia adalah penting bagi Perdana Menteri untuk segera mengadakan perbincangan meja bulat antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan pelbagai isu dan keluar dengan penyelesaian sebulat suara," katanya.

Beliau berkata, Hari Merdeka harus dirayakan dengan memberi kredit di mana ia disebabkan dan tidak mengulangi kesilapan masa lalu.

"Semangat Merdeka bukan sahaja toleransi atau kompromi. Ia adalah kefahaman tentang yang lebih besar, menerima perbezaan dan persamaan kami serta bergerak ke hadapan sebagai sebuah negara bagi menghadapi cabaran di hadapan kami," kata beliau.




saifulfromslim
31 ogos 2013

28 August 2013

CURANG SEORANG ISTERI, dan kesabaran seorang suami....

CURANG SEORANG ISTERI


Aku terbaca satu blog dan terpanggil untuk berkongsi sama cerita ini. Samaada cerita ini benar atau rekaan, aku tak pasti. Tapi bagi aku cukup cerita ini dijadikan sebagai renungan bersama. Bagi insan-insan yang bergelar Isteri dan Suami diluar sana, moga cerita ini boleh kita sama jadikan iktibar agar kita dijauhi daripada gejala hasutan iblis dan hasutan nafsu.

Siapa sangka, seorang isteri berperawakan lemah lembut, bertudung labuh dan kuat pegangan agama rupa-rupanya bertuankan nafsu apabila sanggup menjalin hubungan sulit dengan suami orang. Padahnya, dia dicekup suami dalam keadaan hanya memakai baju tidur tanpa coli manakala pasangannya tidak berbaju, sekali gus membawa kepada runtuhnya rumah tangga yang dibina selama 10 tahun.

“Nyata doa saya ketika di Makkah supaya Allah SWT menunjukkan kebenaran di dalam rumah tangga saya termakbul. Saya bukan mahu memalukan bekas isteri, tapi ingin berkongsi pengalaman supaya menjadi iktibar kepada orang lain,” kata Azman, 30-an.
Ikuti pengakuan Azman sepenuhnya:

“Terus terang saya katakan, sepanjang hidup bersamanya, tidak sedikitpun saya meragui kesetiaannya. Saya yakin dia setia kepada saya memandangkan perkahwinan kami atas dasar suka sama suka. Ketika bersusah payah membangunkan perniagaan, dia menjadi inspirasi dan semangat untuk saya. Tanpa dia, mungkin saya tidak mampu mengharungi pahit getir dalam dunia perniagaan.

Lebih daripada itu, saya yakin, perawakannya yang lemah lembut, bertudung labuh dan latar belakangnya yang kuat pegangan agama tidak mungkin membuatkan dia sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi hukum agama. Dia melayan saya dengan sepenuh tanggungjawabnya sebagai isteri. Apa saja permintaan saya dia akan penuhi.

Kami bertambah bahagia apabila dikurniakan seorang anak lelaki  yang kini berusia sembilan tahun. Namun, ketika perniagaan saya berkembang dan kami sekeluarga mengecap kesenangan, ada rakan memberitahu pernah melihat isteri saya bersama lelaki lain dalam keadaan mencurigakan. Ketika itu memang saya tidak percaya langsung dan akibatnya saya bertumbuk dengan rakan yang menyampaikan maklumat itu.

Begitupun, cerita mengenai kecurangan isteri saya tidak pernah tamat kerana ada saja rakan menyampaikannya kepada saya. Antara yang paling menyakitkan hati ialah ada yang memberitahu, isteri saya membuat pengakuan bahawa dia sudah berpisah dengan saya. Dalam keadaan sedemikian, saya masih bersabar dan membuang perasaan curiga terhadap isteri. Saya tetap melayannya dengan baik dan pada masa sama dia juga begitu.

Pada Ramadan tahun lalu, saya ke Makkah mengerjakan umrah dan di depan Kaabah saya berdoa supaya Allah SWT terus merapatkan hubungan saya dan isteri. Pada masa sama saya juga memohon kepada Allah supaya menunjukkan kebenaran jika ada kekurangan dalam rumah tangga saya. Pulang dari Makkah, saya menghadiahkan isteri gelang kayu kokka. Tidak lama selepas itu rakan memberitahu, lelaki yang dikatakan menjalin hubungan sulit dengan isteri saya ada memakai gelang sama.

Apa disampaikan rakan saya memang benar kerana tanpa pengetahuan saya, isteri saya menghadiahkan gelang berkenaan kepada lelaki itu. Saya memang sakit hati tetapi kerana perasaan sayang masih menebal, saya buat tak tahu saja. Bagaimanapun, pada satu malam doa saya dimakbulkan Allah apabila saya bagaikan diberi petunjuk mengenai kecurangan isteri.

Entah bagaimana, ketika itu tidak semena-mena kereta yang biasa saya gunakan rosak secara tiba-tiba dan saya pulang ke rumah menggunakan kereta lain. Tidak seperti kebiasaan, saya pulang awal sedikit. Ketika sampai di rumah, saya melihat kelibat seorang lelaki keluar dari pintu belakang dan menguncinya.

Berderau darah saya ketika itu dan dengan menggunakan segala kudrat yang ada, saya mengejar dan berjaya menangkapnya. Ternyata, dia adalah lelaki seperti digambarkan rakan saya. Dalam keadaan separuh bogel, saya mengheretnya ke dalam rumah dan ketika itu isteri saya dalam keadaan kusut, memakai baju tidur tanpa coli. Saya periksa bilik dan mendapati katil ‘bersepah’.

Tanpa sedar, air mata saya mengalir dan benarlah apa yang diberitahu rakan selama ini. Sudah jelas, isteri saya curang. Jika bersama lelaki lain di dalam rumah dalam keadaan mencurigakan, apa lagi yang mereka lakukan jika tidak membuat onar maksiat? Namun, seperti orang tidak bersalah, kedua-duanya berbuat muka selamba. Isteri memberi alasan lelaki itu datang ke rumah kerana mahu membetulkan paip.

Apabila diperiksa, ternyata isteri saya berbohong apabila paip rumah saya tidak rosak dan lelaki itu tidak pula membawa peralatan membaiki paip. Seperkara lagi, lelaki itu masuk ke rumah secara bersembunyi berikutan keretanya diletakkan jauh dari pekarangan rumah.

Bengang dengan reaksi mereka, saya bawa mereka ke balai polis dan membuat laporan. Sedikitpun mereka tidak menunjukkan perasaan takut. Kesudahannya mereka dilepaskan selepas dijamin keluarga masing-masing. Sejak itu, kami duduk berasingan hinggalah kami bercerai baru-baru ini. Saya mendapat hak penjagaan anak.

Apabila difikirkan kembali, apa salah saya sehingga dia sanggup berbuat begitu. Hendak apa saja saya berikan. Malah satu ketika dia pernah berkata kepada anggota keluarga saya, dia tidak tahu hendak membeli apa lagi kerana semua benda boleh dimilikinya. Keluarga saya memang kecewa, apatah lagi ibu saya. Dia adalah menantu kesayangannya, tetapi apa yang berlaku benar-benar mengejutkannya.

Keluarga bekas isteri pula meletakkan kesalahan di atas bahu saya. Mereka menyifatkan saya terlalu cemburu. Saya hairan, adakah perbuatan bekas isteri saya melakukan maksiat bersama lelaki lain dan saya sendiri yang menangkap mereka perlu dimaafkan?”

saifulfromslim



26 August 2013

Peguam Bantah Pendakwaan Ke atas Alvin & Vivian Hina Islam Atas Alasan Hak Kebebasan Bersuara

Peguam  bantah pendakwaan ke atas Alvin & Vivian hina Islam atas alasan hak kebebasan bersuara


Apabila mereka menghina kita umat Islam maka dikatakan mereka punya hak asasi Manusia. Apa sahaja yang mereka ungkapkan dalam menghina Islam tidak boleh diambil tindakan kerana Hak Asasi Manusia memberikan mereka kebebasan untuk bersuara. 
Lihat video dibawah ini:


Jelas bahawa Alvin dan Vivian belum lagi dan sememangnya mereka tidak pernah memohon maaf ke atas umat Islam di atas kebiadapan mereka dalam menghina umat Islam pada bulan Ramadhan yang lalu. Kenyataan peguam Alvin dan Vivian yang mempertikai pihak pendakwa dengan alasan yang cukup cukup jijik iaitu Alvin dan Vivian mempunyai hak dalam kebebasan bersuara.

Umat Islam khusunya orang Melayu harus sedar bahawa puak puak Cina Chauvinist ini akan mengambil kesempatan diatas apa sahaja isu ada. Jelas dan nyata Alvin dan Vivian menghina umat Islam malah mereka berdua juga mengakui yang mereka menghina umat Islam namun kini mereka menafikan kesalahan yang telah dilakukan. 

Bila lagi orang Melayu khusunya umat Islam akan sedar permainan jahat bangsa-bangsa tertentu yang tidak menghormat bangsa dan agama yang majoriti di negara ini?


Tengok le kenyataan ahli parlimen ini. Konon diri tu hebat sangat, nak suruh umat Islam di Malaysia, maafkan 2 ekor haiwan ini. Hebat le konon. Tapi akhir tahi dilempar pada muka muka dia. Padan muka...masih tak sedor ke YB oii....



Ini lagi satu, seorang ahli parlimen sanggup bergambar dengan bintang porno. Tak rasa geli ke nak bergamabar dengan manusia jijik macam ini...Eeeeee geli geliman teman rasakan.


biadab betul le amoi nie...yang hairannya tiada pun tindakan dari parti pemerintah yang terbesar kat negara ini...Beb sebenarnya apa sedang berlaku dinegara milik orang melayu ini sebenarnya...Tak faham mike....berani betul hina bendera parti politik terbesar kat Malaysia ini.


Betul ke????


Ini kebebasan apa pulak? Nak kata hak asasi sosial ke? Apa sebenarnya dah jadinya? Orang macam ini pun berani nak cabar-cabar undang-undang kat Malaysia ini. Dah takde keberanian ke kita nak ambil tindakan manusia serupa perangai haiwan ini. Ada ke orang Cina kat Malaysia ini menyanjungi perangai 2 ekor monyet cam ini. Kalau diikutkan...ramai orang Cina pun menyampah dekat 2 remaja gila ini. Mereka tak secara langsung memalukan bangsa Cina itu sendiri. Ada betul ka? Jawap apek Jawap Ah Soe....

sumber: malayrights.blogspots dan sedap mulut saifulfromslim








21 August 2013

Nahas bas yang terhumban di Genting Higlands - 21/08/2013 2.45petang

Terkini:Nahas bas di Genting: 37 disahkan mati, 24 lelaki, 13 wanita sehingga jam 8.30 malam ini.







KARAK: Pasukan penyelamat kini dilaporkan sedang mengeluarkan 33 lagi penumpang nahas bas yang terhumban di Genting Higlands, yang dipercayai sudah mati.

Pasukan bomba dan penyelamat dikatakan akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua jam lagi untuk mengeluarkan mangsa terbabit.

Setakat jam 6 petang ini, 16 penumpang yang cedera sudah dikeluarkan dan mereka kini dikejarkan ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan. 

Sumber: Berita Harian



Gambar Nahas di Genting ( Lebuhraya Karak)







saifulfromslim.blogspot

18 August 2013

iLUSI dAN kEBESARAN....sUBHANALLAH

Asalamulaikum wrt,
Lihat pd 3 titik pd kalimah 'Allah' selama 10 saat, lepasi tu alihkan
pandangan pd dinding kosong.. lihatlah keajaibannya. ...subhanallah..
akan rasa kagum dgn ilusi mata kurniaanya ini..






Ilusi pergerakan pd dinding yg bergerak secara bacaan allah itu yg paling mengkagumkan

Pandangan-pandangan dari orang-orang yang dah cuba...

Pendapat 1: 2 tahun lepas dah cuba.;.menakjubkan..

Pendapat 2:  ade seorang sahabat beritau ianya jg dlm rangkuman terafi (therapy) minda                                              yang baik untuk kesihatan otak...tak tau betul atau salah le

Pendapat 3: betul la..boleh nampak semula ayat nama Allah tu kat dinding..terbaik..


Apa pendapat sahabat-sahabat khususnya dari dari sahabat-sahabat muslimin dan muslimah semua...

saifulfromslim.blogspot

16 August 2013

Mesir untuk kembali bersikap waras - Tun Mahathir (Ahead 2 Video's Tun speech n Cairo Violence)


boleh tonton video ini dibawah

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Masyarakat dunia digesa merayu kepada Mesir untuk kembali bersikap waras, sekali gus menghentikan permusuhan dengan serta-merta yang telah mengakibatkan pertumpahan darah.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, emosi pihak yang terlibat dalam kejadian berdarah itu ketika ini berada di tahap tinggi sehingga mengatasi nilai kemanusiaan, selain kurang memahami erti demokrasi.Seluruh dunia perlu merayu kepada Mesir untuk kewarasan. Sekarang ini mereka ‘gila’, sebab itu mereka bunuh sesama sendiri, mereka lakukan sama seperti Israel lakukan.

Jadi kita hanya boleh merayu sahaja, apa lagi yang mampu kita buat kerana kita hanya negara kecil bukan sama besar dengan Amerika Syarikat,katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu Palestin di sini hari ini.

Sebanyak sembilan NGO berkaitan hadir dalam majlis yang dianjurkan Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF).Pasukan keselamatan Mesir semalam dilaporkan mula menggempur penyokong bekas Presiden yang digulingkan, Mohammed Mursi seawal pukul 7 pagi.

Ikhwanul Muslimin mendakwa, kira-kira 2,200 orang maut manakala lebih 10,000 yang lain cedera dalam operasi yang dilancarkan oleh pasukan keselamatan Mesir di dua kem utama penunjuk perasaan pro-Mursi.Terdahulu, ketika berucap dalam majlis tersebut, beliau yang juga Presiden PGPF berkata, orang Islam ketika ini begitu ‘sibuk’ berbunuhan sesama sendiri, sama seperti apa yang dilakukan oleh musuh Islam.Katanya, perpaduan masyarakat Islam sudah berpecah apabila masing-masing mahu berkuasa dengan cara menggulingkan pihak yang berjaya memerintah.

Namun, jelas beliau, keadaan sebegitu boleh berlaku di negara ini jika ada sesetengah pihak mahu melihat kejadian seumpamanya turut berlaku.Jika kita suka, mungkin perkara itu boleh berlaku, sebab ada sesetengah pihak mahu melihat berlaku di sini dan boleh turunkan kerajaan. Namun, saya rasa rakyat Malaysia kurang beremosi, baik- baik sahaja dan tidak suka berbunuh sesama sendiri,’’ katanya.Dalam pada itu, mengulas tentang nasib rakyat Palestin, beliau berkata, semua pihak perlu mencapai kesatuan dengan satu tujuan untuk membantu rakyat negara itu walaupun masing-masing berbeza pendapat.

Saya percaya walaupun kita tidak mencapai kesatuan menyeluruh, sekurang-kurangnya kita sepakat kepada tujuan.Kita boleh tidak bersetuju kepada beberapa perkara, tetapi apabila mahu menyediakan air, ubat dan makanan kepada mereka yang nak dibantu, kita boleh bekerjasama,’’ katanya.

Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad said it was 'price' to be paid by those who practice the concept of liberalism and freedom of expression."That's the price to be paid by those who want to 'freedom', they too want freedom of speech," he told reporters after Assemblage Forum Help Palestinian NGOs in Putra World Trade Centre (PWTC) here today.


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ianya adalah 'harga' yang perlu dibayar oleh golongan yang mengamalkan konsep liberalisme dan kebebasan hak untuk bersuara."Itu harga yang perlu dibayar 
oleh mereka yang inginkan 'kebebasan', mereka yang terlalu inginkan kebebasan bersuara," katanya kepada pemberita selepas Forum Himpunan NGO Membantu Palestin di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC) di sini hari ini.


Cairo violence. What is going on in Egypt
Kezaliman di Kaherah. Apa yang berlaku di Mesir
saifulfromslim


13 August 2013

Terbaru dari Pak Lah pasal 'buku Pak Lah' AWAKENING

Kenyataan terbaru dari Pak Lah berhubung buku Awakening, yang seolah-olah dirinya menyebelahi pembangkang.  Yang menarik ialah Pak Lah sendiri tidak akan terlibat dengan pelancaran buku Awakening ini. Sebabnya kerana beranggapan ianya bukan buku tulisan dan tak terlibat pada penajaan dan sebagainya. Nak tahu lebih lanjut baca kenyataan Tun Abdullah Badawi @ Pak Lah.


12 Ogos
Kenyataan Ini Dari Pejabat Tun Abdullah Badawi

Sejak dua tiga hari yang lepas, banyak berita diterbit mengenai 'buku Pak Lah'. Isu ini juga mendapat liputan luas dalam media sosial dengan pelbagai reaksi dan komen. Sebelum saya memberi apa-apa komen, mungkin saya perlu memberi sedikit penjelasan tentang buku tersebut.

Pertamanya, buku tersebut tidak ditulis oleh saya. Buku ini disusun oleh dua ahli akademik, James Chin dan Bridget Welsh, dengan memuatkan beberapa rencana oleh pelbagai penulis yang telah menyumbangkan tulisan masing-masing mengenai pentadbiran saya sebagai Perdana Menteri. Ada yang dikhabarkan positif dan banyak juga yang negatif dan kritikal.

Kedua, saya sendiri hanya terlibat melalui wawancara yang dibuat oleh James Chin dan Bridget Welsh. Wawancara ini lebih kepada menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh penulis-penulis yang telah menyumbang kepada buku tersebut dan memberi saya ruang untuk menjelaskan beberapa perkara dari sudut saya sendiri.

Ketiga, saya tidak menaja atau meminta buku tersebut diterbitkan. Sudah menjadi perkara biasa para akademik membuat analisa tentang sejarah politik negara kita dan sudah pasti era saya tidak terlepas dari kajian ilmiah. Saya cuma telah setuju untuk diwawancara agar suara, pendapat serta penjelasan saya dapat dimuatkan didalam buku tersebut.

Keempat, oleh kerana saya bukan penerbit, pencetak, pengarang ataupun penulis buku tersebut, saya tidak tahu, tidak diberitahu dan tidak bertanggungjawab diatas mana-mana jemputan untuk melancarkan atau membincangkan buku tersebut. Berita yang mengatakan pemimpin dari parti pembangkang dijemput untuk melancarkan buku ini di Singapura - kalaupun benar - adalah keputusan penerbit buku, bukan saya.

Kelima, saya tidak merancang untuk menghadiri pelancaran buku tersebut. Ini kerana saya tidak mahu orang membuat andaian yang buku ini ditulis atau ditaja oleh saya. Saya cuma menjawab soalan yang ditanya. Biarlah jawapan-jawapan saya menjadi tumpuan pembaca.

Berlatarbelakangkan fakta-fakta diatas, saya berharap orang awam mendapat gambaran yang lebih jelas tentang 'buku Pak Lah'. Sekali lagi, ini bukan buku yang ditulis atau ditaja oleh saya. Mungkin ada yang bertanya, kenapa Pak Lah setuju untuk diwawancara oleh pengarang-pengarang yang dikatakan selalu menulis rencana yang kritikal? Saya bersetuju diwawancara kerana perlu ada penjelasan saya sendiri didalam kajian ilmiah ini. Suka atau tidak, setuju atau tidak, saya berpegang kepada prinsip keterbukaan sebagai paksi kepada demokrasi yang matang. Prinsip keterbukaan inilah yang saya amalkan apabila didatangi dengan permohonan oleh para pengarang buku ini untuk diwawancara. Walaupun saya dimaklumkan buku ini bakal memuatkan rencana yang kritis dan 'unflattering' tentang kepimpinan saya, saya masih setuju diwawancara atas semangat keterbukaan demi perdebatan yang seimbang dengan mengambil kira semua sudut pandangan.

Sudah pasti pandangan-pandangan dalam buku ini akan mengundang reaksi-reaksi tertentu. Terpulanglah kepada semua pihak untuk membuat rumusan masing-masing. Prinsip keterbukaan bermaksud kita sedia memberi ruang kepada semua untuk bersuara. Tetapi janganlah pula ada yang membuat andaian bahawa buku ini ditulis oleh Pak Lah yang sudah bersubahat dengan pembangkang untuk menentang partinya sendiri. Itu sudah memesong fakta dan menjadi fitnah. Apa juga teguran yang diberikan dalam wawancara saya yang dimuatkan dalam buku ini dibuat kerana saya ingin melihat UMNO terus diberikan mandat dan kepercayaan oleh rakyat. Saya tak pernah meninggalkan UMNO dan Insya'Allah bila tiba masanya nanti, saya akan menghembuskan nafas terakhir saya di dunia ini masih lagi sebagai ahli UMNO yang cintakan negaranya.



Pandangan aku: Kenapa Pak Lah sanggup ditemuramah oleh pihak yang nyata pro pembangkang. Jika Pak Lah nak beri pandangan dengan jujur dan mengambil pendekatan yang positif,  sepatutnya cari penerbitan yang lebih jujur atau penerbitan yang bukan pro pembangkang. Dah jadi macam ini siapa harus disalahkan? Aku betul-betul tak faham dan menjadi seribu tandatanya pasal penerbitan Awakening ini….  

saifulfromslim

12 August 2013

Raya dulu dan sekarang - sAtu NoStALgiA

Raya tahun ini bersamaan 2013 M dan 1434 H....
Hari ini Raya...iaitu raya kali ke 55 buat aku, yang berlangsung pada 8hb Ogos 2013 bersamaan 1 syawal 1434 Hijrah...terkenang aku meraikan Hari Raya ketika aku kanak-kanak dan remaja di Slim River ini. 


Cerita pasal raya aku masih ingat disekitar tahun 1965. Aku beraya dekat kampung di Kampung Baru Slim River. Bila raya yang penting baju baru. Emak akan buat kueh untuk hari raya. Seingat aku takde jualan kueh raya masa itu. Semuanya mesti dibuat sendiri. Orang kampung akan buat secara individu atau secara kelompok kueh-kueh ini dikalangan ahli keluarga. Masa tu Tv tak le meriah sangat. Hanya ada TV RTM hitam putih yang bersiaran mula pukul 3.00 petang hingga jam 12.00 malam. Siaran paling best masa ini, ialah Tayangan gambar Melayu seminggu sekali dan masa raya adalah tambahan siaran. Selain itu drama mingguan seperti Potret Minggu ini dan beberapa cerita orang putih seperti Hawaii Five 0, The fugitive dan cerita jepun the Samurai sangat dapat perhatian. Masa ini yang meriah ialah panggung wayang. Di Slim Panggung Raya yang berhampiran padang  Local Counsel Slim River merupakan paling meriah. Disini ada tayangan gambar Melayu yang dah mula ada warna. Filem Hindustan sangat kerap ditayangkan. Sentiasa mendapat sambutan dari kalangan orang kampung dan estate persekitaran pekan Slim River ini. Jika dibanding dengan hari ini ketika raya, pekan Slim River lebih meriah pada raya diera tahun sekitar tahun tahun 1965 hingga ke tahun 70an. Stesyen Bas Mogah menjadi nadi utama dan sentiasa ramai dari pagi seawal jam 5.00 pagi hingga 12.00 malam. Bas slim beroperasi hingga larut malam kerana ada midnite show di panggung  Raya.


Di Slim River ini tika bulan puasa yang paling meriah ialah kat masjid kerana ada majlis moreh, makan nasi minyak setiap malam hingga ke hari 29 terakhir puasa. Semua budak-budak kesana untuk berbuka puasa. Rasanya kat Slim masa itu Masjid dikendalikan oleh oleh Tok Siak yang bernama Pak Haron yang mana sudah arwah dan meninggal di Mekah ketika menunai fardu Haji. Pak Imam masa tu ialah ustaz Halim Helmi, Tuan Hj Hamzah, ustaz muda tika itu Ustaz Syed Hassan Idrus dan ada beberapa orang lagi yang aku dah lupa nama mereka.


Tika nak raya, budak-budak sibuk dengan bunga api dan main mercun serta Meriam Buluh. Tapi bagi aku ketika itu hanya main mercun kerana sepapan mercun boleh menjadi 24 bila ditanggal dari papannya. Kedai tarikan masa ini ialah kedai Mottey dimiliki seorang berbangsa India yang ada kedai TOL dari Majlis Tempatan bersebelan kedai gunting Cina yang masih ada hingga sekarang di Slim River ini. Disini bunga api, pistol api, roket lambung dan mercun dijual.

Aku ingat masa nak raya, mak aku akan buat biskut raya seperti, Dahlia, semperit, peanut butter biscuit, biskut cherry dan kueh tradisional seperti buah ulu, kueh bakar, kueh loyang dan begitu juga dodol dan lemang macam dah menjadi wajib disediakan. Mereka masak dengan mengguna dapur minyak gas dan oven yang berjenama Butterfly.

Malam 27, atau malam tujuh lekor di Kampung Baru ini sangat meriah kerana ia merupakan kampung yang juga terletak di Pekan Slim River ini. Pada malam ini moreh kat masjid paling memuncak, kerana berlaku upacara qatam tadarus al quran dan jamuan moreh boleh dianggap paling best dan sedap. Pelita menjadi wajib dikalangan semua rumah dipekan Slim ini. Permainan dikalangan budak-budak dikampung aku ialah bunga api dan mercun papan. Ada juga membuat pistol mercun yang mengguna batang payung sebagai struktur pistol yg dibuat bersama kayu atau papan tebal. Mercun disumbat didepan dan belakang. Apabila bahagian belakang dibakar yang depan akan turun terbakar dan terbang jauh, seolah-seolah seperti macam konsep pistol sebenar. Meriam buluh dengan karbait turut dimain oleh kalangan budak-budak di kampung baru Slim River ini.



Pagi Raya, macam biasa seperti hari ini juga iaitu solat sunat aidilfitri. Ziarah menziarahi turut diadakan dikalangan kelompok-kelompok iaitu jemaah masjid, golongan remaja dan kanak-kanak. Tapi masa ini konsep duit raya tidak begitu meriah seperti hari ini. Duit raya hanya diberi oleh ibu bapa dan saudara-mara terdekat saja.

Pada hari raya tumpuan ramai ialah dipanggung-panggung wayang. Kedai dan warung makan seperti Kedai makan Mastan dan Kadir Batcha menjadi tumpuan paling sesak. Begitu juga kedai-kedai runcit termasuk le kedai Motei menjadi tumpuan utama kanak-kanak. Mereka membeli mercun, bunga api dan tikam nombor untuk dapat hadiah jadi tumpuan utama.

Jamuan utama di Hari Raya masa dulu memang menarik tapi tak le sehebat seperti hari ini. Biskut raya, kueh bangkit, kueh bakar, kueh loyang, pulut wajib, lemang, dodol, ketupat, baulu dan kek buatan sendiri memang menjadi hidangan dikalangan semua rumah. Rendang, dan kari ayam serta daging menjadi menu wajib dikalangan semua rumah. Masa tu oren, sarsi ais krim soda lemenet dlm botol seperti botol kicap memang menjadi hidangan minuman masa itu. Aku masih ingat dirumah berkotak-kotak arwah ayah aku beli. Meriah dan sungguh nostalgia bila teringat raya-raya dimasa dulu-dulu di Slim River ini. Kini hanya tinggal seribu macam kenangan.

saifulfromslim.blogspot.com






11 August 2013

Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Awakening menyalahkan Dr Mahathir

Awakening buku Pak Lah, menyalahkan Dr Mahathir atas kelemahannya dirinya dan akan dilancar di Singapore. Kenape mesti kat Singapore. Dah takde tempat ke di Malaysia ini. Buku ini diterbit oleh Malaysiakini. Kenape Nurul Izzah terlibat dengan pelancaran buku ini. Apa perlunya nak marah-marah Dr M atas kegagalan sendiri? Sendiri punya salah sendiri punya tau lah. Buku ini diedit oleh Bridget Welsh dan James Chin. sorang mat sallaeh, sorang lagi cina. Macam dah tak ada melayu yang boleh buat editing..hehehe. Camne pun tahniah pada Pal Lah kerana dapat menulis buku dan dapat perhatian dari negara jiran dan sokongan dari anak ketua pembangkang Nurul Izzah, walhal dia bekas pemimpin utama UMNO sebelum diterajui Datuk Seri Najib. Saya pun heran...ini macam punya hal pun boleh jadi kat Malaysia nie...Kah2..kah2, kAh2


PETALING JAYA, Aug 6 ― After years of “elegant silence”, Tun Abdullah Ahmad Badawi is now firing back at his number one critic and former boss Tun Dr Mahathir Mohamad, accusing his predecessor of leading the “unwarranted attacks” that led to his eventual ouster.

Although handpicked by Dr Mahathir to be his successor, Abdullah later came under relentless attack from the nation’s longest-serving prime minister and ultimately was forced to relinquish his presidency of Umno and position as prime minister to Datuk Seri Najib Razak in April 2009, after leading Barisan Nasional (BN) to its then-worst electoral showing in Election 2008.

“I didn’t like what Mahathir did. I gave Mahathir the opportunity to give me his views. I went to see him but he chose to be public in his attacks against me and my administration,” read an excerpt of his book Awakening reproduced by Malaysiakini today.

“Mahathir cannot deny that he contributed to the erosion of BN’s support in the 2008 general election through his open and unwarranted criticism and attacks.

“Calling my administration, which included a majority of people from his own Cabinet, as a ‘half-past-six government’ and accusing us of corruption and all kind of things,” Abdullah continued,


According to the 73-year-old fondly called “Pak Lah”, the “core issue” was with Dr Mahathir’s inability to accept any vision of the country beyond what he had mapped out before his retirement.

“Mahathir is set in his ways. And he believes that his way is the only way. When I tried to do things differently, he believed that I was doing things wrongly. But that is Mahathir,” read another excerpt.


Pak Lah: Singles out Dr Mahathir’s remark on ‘half-past-six government’.
The previously cordial relationship between the two turned sour when, after coming to power, Abdullah discontinued the double-tracking rail megaproject approved during Dr Mahathir’s time, citing the country’s weak finances.

Dr Mahathir had then taken the cancellation, as well as that of the controversial “Crooked Bridge” to Singapore, as personal affront, saying these insinuated he had mismanaged the country’s finances.

In his book, Abdullah revisits the double-tracking project, among others, insisting the country would have succumbed to the 2008 banking crisis had he not cancelled the projects when he did.

“Can you imagine if I had succumbed to Mahathir’s continued pressure to spend when the deficit was already so high, how would Malaysia have weathered the oil and financial crisis which subsequently came up in 2008?

“If we had not been prudent then, and continued to spend, I can tell you we would be bankrupt by now,” he said in an interview, which was published in the book that is slated to be launched later this month.

The new remarks are unlikely to improve relations between the two former prime ministers, which have remained chilly despite the years since Abdullah made way for Najib.

In an earlier excerpt, Abdullah lashed out at Dr Mahathir for accusing him of sleeping on the job although Dr Mahathir was aware that Pak Lah’s bouts of public napping were due to a now-corrected disorder of sleep apnoea.

“He knew the problem and yet he chose to say all these things.”

Awakening, jointly edited by political analysts Bridget Welsh and James Chin, is due to be launched by Pak Lah later this month.

Abdullah was prime minister from 2003 until 2009 after serving as Dr Mahathir’s deputy starting in 1999.

He was the member of parliament for Kepala Batas from 1978 until Election 2013, when he made way for current MP Datuk Reezal Merican Naina Merican.

He is also the father-in-law of Youth and Sports Minister and Umno Youth chief Khairy Jamaluddin.

-malaymail-

saifulfromslim
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...