my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

20 May 2013

Rentak PDRM dan KDN dan Pak Menteri Untuk Benteras HURU HARA


Dakwaan konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan dengan nama Malaysia Spring seperti yang didakwa bekas Naib Pengerusi DAP - Polis akan Siasat

Polis akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan dengan nama Malaysia Spring seperti yang didakwa bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim semalam.Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, PDRM telah menilai dan memandang serius dakwaan itu kerana perkara tersebut boleh menggugat keharmonian serta kesejahteraan awam.

Katanya, beliau sendiri telah mengarahkan pegawai-pegawainya untuk membuat laporan polis berhubung rancangan mengadakan Malaysia Spring supaya satu kertas siasatan dibuka bagi mengkaji kebenaran di sebalik dakwaan Tunku Abdul Aziz."Pendedahan yang dikatakan Tunku Abdul Aziz dianggap sesuatu yang amat serius kerana melibatkan ancaman terhadap keharmonian rakyat negara ini.

"Polis tidak boleh bertoleransi dengan mana-mana pihak yang cuba merancang sesuatu yang berkaitan rusuhan dan keganasan."Oleh demikian saya sendiri meminta pegawai saya untuk membuat laporan polis supaya siasatan sepenuhnya tentang konspirasi Malaysia Spring dijalankan, seterusnya tindakan tegas diambil terhadap pihak-pihak yang didakwa mahu menjayakan perkara seumpama itu," katanya.

Utusan Malaysia pada Sabtu melaporkan Tunku Abdul Aziz mendakwa pembangkang sudah lama merancang konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan sekiranya mereka kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.Dakwa beliau, seorang pemimpin tertinggi DAP pernah membayangkan demonstrasi terlampau seperti Arab Spring bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Tunku Abdul Aziz mendakwa, Penasihat Seumur Hidup DAP, Dr. Chen Man Hin pernah menyatakan sokongan kepada Bersih 3.0 selain membayangkan demonstrasi itu sebagai permulaan kepada Malaysia Spring pada 26 April tahun lalu.Mengulas lanjut, Khalid memberitahu, beliau juga akan mengarahkan pegawainya bertemu dengan Tunku Abdul Aziz untuk mengumpul maklumat tentang konspirasi menggulingkan kerajaan.

"Kita akan berjumpa terus dengan beliau untuk mengambil setiap informasi yang beliau ada tentang konspirasi ini. Jika benar apa yang didedahkan Tunku Abdul Aziz semalam, tentu sekali maklumat itu akan membantu polis menjalankan siasatan berhubung perkara itu nanti," katanya.

Dalam pada masa sama, Khalid turut meminta pihak-pihak lain yang mempunyai maklumat tentang perkara itu ke depan dan berhubung dengan pihak polis dalam membantu siasatan."Kita menyeru mana-mana individu yang mengetahui tentang konspirasi menggulingkan kerajaan supaya datang menyalurkan maklumat kepada polis.

"Bongkar perkara sedemikian kerana itu mampu menyelamatkan negara daripada sebarang anasir yang mahu menjejaskan keharmonian serta kesejahteraan yang telah lama wujud di Malaysia."Polis juga tidak akan bertoleransi dengan perkara sebegitu, kita akan siasat sedalam-dalamnya dan mengambil tindakan terhadap mereka yang mahu menghuru-harakan negara," katanya.-19/5/2013

Kenyataan Datuk Seri Zahid Hamidi KDN - Pasal menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan
Sebarang usaha untuk menukar kerajaan melalui rampasan kuasa adalah jelas di luar proses demokratik dan polis akan memberikan tindak balas yagn sesuai, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi.

Katanya, semua pihak bersetuju bahawa pembentukkan kerajaan mesti berlaku dengan cara yang demokratik dan tidak pernah berlaku di Malaysia pertukaran secara rampasan kuasa.

Menurut Zahid lagi, rampasan kuasa dianggap terkeluar daripada proses demokrasi dan mengetepikan autoriti Yang di-Pertuan Agong.

Beliau merujuk penangkapan aktivis mahasiswa Adam Adli ekoran ucapannya dalam sebuah forum di Kuala Lumpur minggu lalu, yang menyebabkannya direman lima hari bawah Akta Hasutan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi balas kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berang apabila diminta mengulas mengenai kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tulisan kontroversinya di Utusan Malaysia minggu lalu.Dengan nada marah, Zahid berkata negara ini juga bukan milik Anwar."Negeri ini pun bukan negeri bapa dia punya. Memang bukan (milik) bapa saya. Ini (pun) bukan negeri bapa dia.

"Yang itu, awak kena tulis, Malaysiakini. Kamu selalu spin. Tolong tulis berdasarkan etika kewartawanan," katanya sambil menuding jarinya kepada wartawan portal tersebut.Ditanya lanjut sama ada beliau akan memohon maaf atas tulisan tersebut, seperti mana yang dituntut oleh setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, Zahid berkata beliau tidak sepatutnya berbuat demikian.

"Dia (Lim) yang patut minta maaf kepada saya, sebab salah tafsir kenyataan saya. Bukan saya minta maaf kepadanya," katanya dengan nada serius.Zahid dalam tulisannya dalamUtusan Malaysiapada 16 Mei menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.

Enggan ulas isu tahan Adam Adli. Anwar pula ketika berucap di Seremban, 18 Mei lalu berkata Zahid gesaan agar rakyat yang tidak gembira dengan sistem pilihan raya supaya berpindah keluar dari negara ini adalah satu kenyataan sombong yang menghina rakyat.

"Kamu ingat negara ini bapa kamu punya? Ini cara menghina rakyat," kata Anwar dalam pidatonya itu.
Sementara itu, Zahid dalam sidang media hari ini turut ditanya mengenai sebab penahanan yang dibuat ke atas aktivis mahasiswa Adam Adli. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu kenyataannya dijadikan isu politik.

"Kalau saya cakap, nanti mereka (pembangkang) kata itu tindakan (bermotifkan) politik. Biar profesional," katanya. Ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pula, dalam sidang media sama, berkata beliau akan mengulas perkara itu kemudian.

saifulfromslim.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...